TERKINI
Sukan Asia: Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan lelakiJDT juara Liga Super kali ke-10 berturut-turutBanjir: Penduduk Kampung Iboi berjaga-jagaPekan Guar Cempedak pula dinaiki airJER: Jualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabilIndonesia larang transaksi jualan di media sosialOperasi LRT Laluan Ampang, Sri Petaling disambung semula Feb 2024JKR, LLM siap sedia hadapi banjir – Menteri Kerja RayaLelaki dipenjara tiga tahun ugut bakar rumah bekas isteriNoor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Menu
Penguatkuasaan lemah punca budak sekolah hisap rokok
SIKAP acuh tak acuh pihak yang sepatutnya mengawal selia larangan menjual dan merokok dalam kalangan remaja bawah umur antara punca ramai dalam kalangan pelajar sekolah menengah tidak takut untuk membelinya walaupun secara terbuka.
Menyedut asap tanpa sebarang kebaikan itu tanpa disedari telah memikat seramai 43,019 pelajar daripada 1.3 juta yang menjalani ujian saringan Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK). Itu jumlah yang disaring dan tidak dikira berapa ramai lagi mereka di luar sana yang menghabiskan duit belanja sekolah untuk sebatang rokok.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini mendedahkan seorang pelajar hanya perlu membayar RM1 untuk sebatang rokok yang boleh dibeli di kedai runcit.
Maknanya, pelajar itu akan membelanjakan RM7 untuk tujuh batang rokok dalam tempoh seminggu jika dia mengambil sehari sebatang rokok. Dia juga akan membelanjakan RM30 untuk mendapatkan bekalan bagi 30 hari secara purata.
Jika dicongak, seorang pelajar akan membelanjakan RM360 dalam setahun. Jika 43,019 pelajar yang merokok membelanjakan RM1 sehari untuk membeli sebatang rokok, maka mereka telah membelanjakan RM15.4 juta setahun daripada duit poket.
Duit RM15.4 juta itu bukan sahaja boleh membantu pelajar miskin membeli buku rujukan tambahan, malah boleh digunakan untuk membaiki kemudahan yang rosak.
Malaysia tidak pernah sunyi dengan kemunculan akta baharu setiap kali Parlimen bersidang. Begitu juga akta melarang orang di bawah umur untuk membeli rokok terutamanya pelajar sekolah. Apa guna akta jika tidak serius menguatkuasakannya.
Yang mengaut keuntungan adalah syarikat pengeluar tembakau. Walaupun tidak dibenarkan lagi mengiklankan jenama rokok dan menaja aktiviti sukan di negara ini, syarikat tembakau sentiasa mencatat keuntungan walaupun menurun sedikit kesan daripada kemunculan rokok elektronik atau vape.
Apabila syarikat tembakau mencatat keuntungan maka, ia bermakna kempen anti rokok terutamanya melahirkan generasi bebas rokok bagi mereka yang lahir selepas 2005 sukar mencapai matlamat.
Malah, keuntungan lumayan berniaga rokok turut mendorong kegiatan menyeludup rokok dari negara luar meningkat.
Statistik 2021 menunjukkan nilai rampasan rokok dianggarkan RM25.9 juta menunjukkan perniagaan tembakau mempunyai permintaan tinggi di negara ini.
Justeru, agensi dan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan bahan seperti rokok perlu kerap turun padang untuk memantau penjualan rokok mematuhi peraturan yang telah ditetapkan undang-undang.
Jika tidak, segala usaha yang dilakukan untuk menjayakan kempen Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) hanya gah disebut tetapi tidak mencapai matlamat.
Penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam juga perlu pemantauan. Sebagai contoh di kawasan rehat dan rawat lebuh raya siapakah yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang larangan itu di tempat-tempat khusus.
Jawapannya tiada. Sebab itu pengguna lebuh raya di kawasan rehat dan rawat bebas merokok walaupun ada papan tanda melarangnya di satu-satu tempat.
Nak salahkan siapa dalam hal ini… – UTUSAN
Mara bantu ubah nasib pekerja tidak mahir
‘Kisah silam bukan gambaran saya hari ini’
Selantang mana pun, Palestin tetap tidak diiktiraf PBB
Pelangai: Bolos atau bertahan?
Sebenarnya isu perkauman tidak wujud di negara ini