REKOD setakat Oktober tahun lalu, kenderaan yang berdaftar di Malaysia mencecah 36.3 juta, ditambah lagi sebanyak 328,901 kenderaan setakat Mei 2024 menjadikan hampir 37 juta kenderaan di negara ini. Angka itu mengatasi jumlah penduduk di Malaysia iaitu seramai 34 juta orang yang dicatatkan pada suku tahun pertama tahun ini.
Malah jumlah kenderaan itu dijangka akan bertambah melebihi 37 juta pada tahun 2025 dan keadaan ini pastinya akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya. Lebih 20 tahun dahulu kita boleh menjangkakan waktu-waktu kesesakan berlaku iaitu waktu pagi ketika warga kota pergi bekerja dan waktu petang pulang kerja.
Hari cuti hujung minggu terutama Sabtu dan Ahad atau cuti-cuti umum lain, jalan raya agak lengang kerana warga kota kebanyakannya tidak keluar rumah, sebaliknya banyak menghabiskan waktu bersama keluarga. Paling tidak pun, mereka akan keluar pada sebelah petang bersama keluarga untuk beriadah atau berjalan-jalan di pusat beli-belah.
Tetapi sekarang ini tiada waktu lengang dapat dilihat di jalan raya. Hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum lain keadaan kesesakannya lebih teruk berbanding hari bekerja. Jarak perjalanan yang hanya mengambil masa 20 minit untuk jarak 30 kilometer, sudah menjadi satu jam setengah malah mungkin cecah dua jam untuk sampai ke destinasi.
Banyak pembaziran masa dan wang berlaku akibat daripada kesesakan ini. Akhbar ini pernah membuat anggaran – warga kota membazirkan kira-kira RM6.8 bilion bagi mengisi petrol selepas terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika berulang-alik ke tempat kerja selama 580 jam setahun.
Jumlah itu diperoleh berdasarkan anggaran purata kesesakan lalu lintas dihadapi kira-kira 2.2 juta pemilik kenderaan dari Lembah Klang yang memasuki ibu negara semasa waktu puncak, iaitu dari pukul 6 pagi hingga pukul 9 pagi dan terpaksa menghabiskan masa selama 135 minit atau dua jam 15 minit di atas jalan raya.
Jalan yang dikenal pasti paling teruk mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Kuching, Jalan Pahang, Jalan Cheras-Kajang. Pengangkutan awam dan rangkaian seperti tren dan bas perlu diperbanyak dan diperluaskan di kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan teruk. Contoh seperti di Jalan Kuching, tiada pengangkutan awam seperti tren untuk memberi pilihan kepada orang ramai daripada memandu kereta ke tempat kerja.
Dengan kewujudan lebih banyak pengangkutan awam dan memperluaskan rangkaiannya, kerajaan boleh menghidupkan semula kempen menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam seperti tren, bas atau teksi dengan tambang subsidi yang ditetapkan kerajaan. Cara ini dilihat lebih berkesan untuk mengatasi kesesakan. Tetapi tolonglah jangan beri cadangan kongsi kereta yang langsung tidak praktikal.
Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Pengangkutan awam atasi kesesakan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved