SEMALAM angka positif Covid-19 meningkat 6,075 kes, naik 24.9 peratus. Selangor mencatat 2,251 kes manakala negeri-negeri lain turut mencatat peningkatan ketara, sekali gus menunjukkan negara di ambang malapetaka.
Gelombang ketiga lebih ganas dan kritikal, malah kehadiran varian-varian baharu yang tembus ke dalam negara menjadikan virus ini lebih kuat, kadar jangkitannya lebih cepat dan ia sekarang berada dalam komuniti masyarakat tanpa disedari.
Super spreader seperti varian Afrika Selatan (B1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1) merebak dengan pantas, malah mereka yang dijangkiti tidak akan menunjukkan gejala. Ujian saringan dibuat mencatat keputusan negatif walaupun keadaan pesakit pada tahap kritikal.
Proklamasi Darurat sudah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, dan Prosedur Operasi Standard (SOP) semakin ketat dan peringatan diulang berkali-kali, yang belum dilaksanakan ialah PKP penuh.
Jumlah kes tetap melambung setiap hari. Di mana silapnya? Rakyat perlu tanya diri sendiri. Apakah masing-masing tahu negara ini dalam selangkah lagi untuk menjadi seperti India dan Brazil. India setakat 17 Mei lalu mencatat 263,533 kes baharu dengan purata 319,497 kes dalam tujuh hari.
Brazil pula merekodkan 75,445 kes baharu sehingga 18 Mei lalu dengan purata 64,304 kes dalam masa tujuh hari dan 439,000 kematian yang sangat tragis. Apakah pengalaman dua negara itu tidak memadai mewujudkan kesedaran.
Yang hairannya, masih ramai dalam kalangan rakyat kita yang masih mengabaikan pematuhan SOP. Bermundar-mandir ke pusat beli-belah tanpa tujuan, malah ada yang menjadikan pusat beli-belah untuk bertemu sanak-saudara semasa Aidilfitri.
Menipu untuk merentas negeri menyambut Aidilfitri, ada yang mengadakan rumah terbuka secara senyap-senyap, menghimpunkan ahli keluarga meraikan Syawal sedangkan aktiviti itu dilarang demi mengekang penularan virus Covid-19.
Apakah bahasa yang paling mudah untuk disampaikan kepada golongan ini, agar mudah untuk mereka hadam. Kompaun yang dikenakan ibarat mencurah air ke daun keladi. Kalau ada yang dikompaun, ada sahaja tangan yang menghulur.
Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menguatkuasakan hukuman lebih berat. Banyak kaedah boleh difikirkan termasuklah memperkenalkan hukuman sebat, penjara mandatori atau menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.
Negara kita sudah cukup baik tidak menutup sektor ekonomi, bagi membolehkan rakyat terus bekerja mencari rezeki. Cumanya dalam keadaan sekarang kawalan tertentu seperti tempoh perniagaan dan pergerakan rakyat dihadkan.
Ramai yang merungut tetapi tanyalah semula diri sendiri, bukankah semua yang dihadapi sekarang angkara sendiri, jadi kenapa berang. Contohilah jiran tetangga kita, Singapura yang berjaya melandaikan graf Covid-19. Tepuk dada tanyalah selera.
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Penalti lebih berat wajar
SEMALAM angka positif Covid-19 meningkat 6,075 kes, naik 24.9 peratus. Selangor mencatat 2,251 kes manakala negeri-negeri lain turut mencatat peningkatan ketara, sekali gus menunjukkan negara di ambang malapetaka.
Gelombang ketiga lebih ganas dan kritikal, malah kehadiran varian-varian baharu yang tembus ke dalam negara menjadikan virus ini lebih kuat, kadar jangkitannya lebih cepat dan ia sekarang berada dalam komuniti masyarakat tanpa disedari.
Super spreader seperti varian Afrika Selatan (B1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1) merebak dengan pantas, malah mereka yang dijangkiti tidak akan menunjukkan gejala. Ujian saringan dibuat mencatat keputusan negatif walaupun keadaan pesakit pada tahap kritikal.
Proklamasi Darurat sudah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, dan Prosedur Operasi Standard (SOP) semakin ketat dan peringatan diulang berkali-kali, yang belum dilaksanakan ialah PKP penuh.
Jumlah kes tetap melambung setiap hari. Di mana silapnya? Rakyat perlu tanya diri sendiri. Apakah masing-masing tahu negara ini dalam selangkah lagi untuk menjadi seperti India dan Brazil. India setakat 17 Mei lalu mencatat 263,533 kes baharu dengan purata 319,497 kes dalam tujuh hari.
Brazil pula merekodkan 75,445 kes baharu sehingga 18 Mei lalu dengan purata 64,304 kes dalam masa tujuh hari dan 439,000 kematian yang sangat tragis. Apakah pengalaman dua negara itu tidak memadai mewujudkan kesedaran.
Yang hairannya, masih ramai dalam kalangan rakyat kita yang masih mengabaikan pematuhan SOP. Bermundar-mandir ke pusat beli-belah tanpa tujuan, malah ada yang menjadikan pusat beli-belah untuk bertemu sanak-saudara semasa Aidilfitri.
Menipu untuk merentas negeri menyambut Aidilfitri, ada yang mengadakan rumah terbuka secara senyap-senyap, menghimpunkan ahli keluarga meraikan Syawal sedangkan aktiviti itu dilarang demi mengekang penularan virus Covid-19.
Apakah bahasa yang paling mudah untuk disampaikan kepada golongan ini, agar mudah untuk mereka hadam. Kompaun yang dikenakan ibarat mencurah air ke daun keladi. Kalau ada yang dikompaun, ada sahaja tangan yang menghulur.
Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menguatkuasakan hukuman lebih berat. Banyak kaedah boleh difikirkan termasuklah memperkenalkan hukuman sebat, penjara mandatori atau menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.
Negara kita sudah cukup baik tidak menutup sektor ekonomi, bagi membolehkan rakyat terus bekerja mencari rezeki. Cumanya dalam keadaan sekarang kawalan tertentu seperti tempoh perniagaan dan pergerakan rakyat dihadkan.
Ramai yang merungut tetapi tanyalah semula diri sendiri, bukankah semua yang dihadapi sekarang angkara sendiri, jadi kenapa berang. Contohilah jiran tetangga kita, Singapura yang berjaya melandaikan graf Covid-19. Tepuk dada tanyalah selera.
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved