Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan (GNAFC) dalam LaporanGlobaltentangKrisisMakanan (GRFC) 2022 berkata, hampir 193 juta manusia tidak mempunyai jaminan bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera iaitu meliputi 53 negara dan wilayah.
Jaminan bekalan makanan wujud apabila semua manusia pada setiap masa mempunyai akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan serta keutamaan makanan untuk hidup yang aktif dan sihat
Namun, situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut BankDunia sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum juga meningkat masing-masing 54 peratus dan 60 peratus dalam tempoh sama.
Negara kita juga sedang berhadapan masalah ketiadaan bekalan telur ayam, ayam segar dan minyak masak peket. Hal ini terus membelenggu dan meresahkan rakyat hingga mencetuskan kebimbangan mereka berisiko berdepan krisis makanan jika ia tidak ditangani segera.
Isu ini bukan baharu. Ia sudah berlarutan hampir enam bulan dan hingga kini belum ada tanda-tanda penyelesaian. Hakikatnya, kekurangan makanan juga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara.
Ini antara cabaran yang mesti ditangani oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi rakyat, tidak ada gunanya setakat nama Malaysia gah di persada dunia jika rakyat tidak cukup makan dan inflasi melambung tinggi.
Malaysia perlu mencontohi Thailand dalam aspek pertanian. Thailand misalnya adalah antara pengeksport terbesar beras dan 40 peratus daripada keseluruhan rakyatnya terlibat dengan bidang pertanian berbanding hanya 16 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam sektor itu.
Negara Mesir juga adalah antara yang boleh kita contohi di mana masyarakatnya mengamalkan sektor pertanian dalam skala besar. Walaupun lebih dari 1 juta kilometer persegi wilayah Mesir adalah gurun dan kawasan yang boleh didiami manusia adalah kurang 40,000 kilometer persegi, ia menjadi pengeluar utama gula, sayur-sayuran, buah-buahan dan minyak zaitun.
Persepsi terhadap bidang pertanian perlu diperbetulkan. Seharusnya ia menjadi bidang yang dibanggakan oleh mereka yang menceburinya. Demikianlah di Australia. Golongan petaninya bangga kerana merekalah yang menjamin cukupnya bekalan makanan untuk kegunaan domestik malah turut dieksport.
Sebenarnya, Malaysia tidak kurang pakar dalam bidang pertanian. Kita ada universiti khusus iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Apa yang perlu dilakukan adalah menggembleng tenaga pakar untuk memajukan lagi sektor pertanian. Matlamatnya, meningkatkan tahap sara diri dan mengurangkan import makanan. Jangan ‘matikan’ kajian pakar-pakar di universiti sahaja sebaliknya ia perlu dikomersialkan.
Agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Felcra Berhad dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) pula boleh memainkan peranan membantu dalam industri penternakan dan pertanian.
Selain itu, kerajaan juga perlu menghapuskan penguasaan ekonomi oleh kartel yang menjadikan mereka sangat berkuasa dalam mengatur permintaan dan penawaran khususnya harga ayam. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Pastikan makanan negara cukup
Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan (GNAFC) dalam Laporan Global tentang Krisis Makanan (GRFC) 2022 berkata, hampir 193 juta manusia tidak mempunyai jaminan bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera iaitu meliputi 53 negara dan wilayah.
Jaminan bekalan makanan wujud apabila semua manusia pada setiap masa mempunyai akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan serta keutamaan makanan untuk hidup yang aktif dan sihat
Namun, situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut Bank Dunia sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum juga meningkat masing-masing 54 peratus dan 60 peratus dalam tempoh sama.
Negara kita juga sedang berhadapan masalah ketiadaan bekalan telur ayam, ayam segar dan minyak masak peket. Hal ini terus membelenggu dan meresahkan rakyat hingga mencetuskan kebimbangan mereka berisiko berdepan krisis makanan jika ia tidak ditangani segera.
Isu ini bukan baharu. Ia sudah berlarutan hampir enam bulan dan hingga kini belum ada tanda-tanda penyelesaian. Hakikatnya, kekurangan makanan juga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara.
Ini antara cabaran yang mesti ditangani oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi rakyat, tidak ada gunanya setakat nama Malaysia gah di persada dunia jika rakyat tidak cukup makan dan inflasi melambung tinggi.
Malaysia perlu mencontohi Thailand dalam aspek pertanian. Thailand misalnya adalah antara pengeksport terbesar beras dan 40 peratus daripada keseluruhan rakyatnya terlibat dengan bidang pertanian berbanding hanya 16 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam sektor itu.
Negara Mesir juga adalah antara yang boleh kita contohi di mana masyarakatnya mengamalkan sektor pertanian dalam skala besar. Walaupun lebih dari 1 juta kilometer persegi wilayah Mesir adalah gurun dan kawasan yang boleh didiami manusia adalah kurang 40,000 kilometer persegi, ia menjadi pengeluar utama gula, sayur-sayuran, buah-buahan dan minyak zaitun.
Persepsi terhadap bidang pertanian perlu diperbetulkan. Seharusnya ia menjadi bidang yang dibanggakan oleh mereka yang menceburinya. Demikianlah di Australia. Golongan petaninya bangga kerana merekalah yang menjamin cukupnya bekalan makanan untuk kegunaan domestik malah turut dieksport.
Sebenarnya, Malaysia tidak kurang pakar dalam bidang pertanian. Kita ada universiti khusus iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Apa yang perlu dilakukan adalah menggembleng tenaga pakar untuk memajukan lagi sektor pertanian. Matlamatnya, meningkatkan tahap sara diri dan mengurangkan import makanan. Jangan ‘matikan’ kajian pakar-pakar di universiti sahaja sebaliknya ia perlu dikomersialkan.
Agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Felcra Berhad dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) pula boleh memainkan peranan membantu dalam industri penternakan dan pertanian.
Selain itu, kerajaan juga perlu menghapuskan penguasaan ekonomi oleh kartel yang menjadikan mereka sangat berkuasa dalam mengatur permintaan dan penawaran khususnya harga ayam. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved