Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak menyokong pengganas dalam peperangan Israel dan Hamas adalah satu penegasan yang seharusnya disambut baik.
Malah ketegasan Perdana Menteri dalam isu tersebut juga sudah dapat dilihat sebelum ini apabila meminta media negara ini juga tidak mengikut rentak Barat yang melabelkan pejuang Hamas sebagai militan atau pengganas.
Hamas sebenarnya mangsa dalam konflik tersebut. Ini kerana negara mereka telah dicerobohi oleh Israel yang kemudiannya sedikit demi sedikit meluaskan kawasan jajajah mereka sehinggakan penduduk Palestin terus dipinggir.
Malah matlamat Israel untuk melenyapkan terus penduduk Palestin di Semenanjung Gaza juga bukan lagi satu rahsia. Sebab itulah dalam peperangan yang berlaku sejak 7 Oktober lalu, Gaza sudah menjadi seperti padang jarak padang tekukur selepas dibom bertubi-tubi oleh tentera Israel.
Keadaan tersebut dengan kematian rakyat Palestin mencecah 15,000 orang, ratusan ribu yang cedera dan angkanya terus meningkat, kesemua 22 hospital sudah lumpuh dan Gaza dikepung segenap penjuru, boleh dikatakan Israel sudah menguasai wilayah tersebut.
Yang tinggal hanya semangat dan sedikit senjata. Jika dibandingkan dengan kekuatan ketenteraan Israel dan sistem pertahanan negara tersebut, apalah sangat Gaza kepada rejim tersebut.
Yang menjadi mangsa dalam peperangan tersebut ialah rakyat Palestin. Mereka hilang segalanya sejak diceroboh pada tahun 1948.
Apakah warga Palesltin itu layak digelar pengganas hanya kerana mereka mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa. Yang sepatutnya digelar pengganas dalam konflik di wilayah itu adalah rejim Zionis Israel.
Dalam keadaan Gaza yang sudah lumpuh dan dikepung, tentera Israel dengan kereta kebalnya terus menunggu di luar hospital dan hanya menunggu masa untuk menembak mereka yang keluar.
Ini kerana mereka percaya anggota Hamas yang menentang mereka masih berlindung di dalam kemudahan kesihatan tersebut. Hospital yang dianggap sebagai satu-satunya tempat yang tidak akan diserang dalam kancah peperangan bukan lagi tempat yang selamat.
Rejim Zionis tidak pernah berasa kesal untuk menjarah Palestin dan melupakan penghapusan etnik. Yang penting mereka dapat menguasai sepenuhnya Palestin.
Sebab itu pendirian tegas kerajaan Malaysia untuk bersama dengan Palestin dan terus menagih sokongan global terhadap misi gencatan senjata dan peperangan ditamatkan harus disokong semua pihak.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Palestin bukan pengganas

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved