TIAP hari ke tempat kerja, saya melalui projek pembinaan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam Elevated Exspressway (DASH) di Puncak Perdana, Seksyen U10 Shah Alam.
Hampir tiga tahun saya tempuh laluan paling sesak Pesiaran Mokhtar Dahari. Alhamdulillah, dalam seminggu ini DASH sudah hampir siap.
Dari UiTM Puncak Perdana di situ, jajaran struktur lebuh raya ini tampak `berkerawang’. Wah! cantik sekali, dengan panorama tasik di tepian.
Bukan DASH topik utama yang saya ingin bawakan. Tetapi perit-jerih pembinanya yang saban hari saya menyaksikan bukan wajah orang kita. Ya, buruh-buruh warga asing.
Pandemik Covid-19 kita masih belum berakhir. Mengikut unjuran Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), hampir 1.9 juta termasuk orang profesional akan hilang pekerjaan menjelang hujung tahun ini.
Portal MYFutureJobs mencatatkan ketika ini sebanyak 206,014 pencari kerja di seluruh negara. Ada 166,047 peluang pekerjaan belum diisi.
Dari sinilah peranan “orang-orang besar politik” kita dalam kerajaan dituntut. Usaha lebih gigih perlu dilakukan untuk ‘memaksa’ orang kita mengisi kerja kosong. Menggantikan buruh asing dengan pekerja tempatan.
Hendak makan, orang lain yang masak dan hidangkan. Hendak baiki rumah, orang lain yang usahakan. Hendak bina rumah, kilang dan bangunan, anak bangsa tidak lagi melaksanakannya.
Barangkali kontraktor besarnya diwakili anak watan, tetapi tenaga kerjanya semua dari luar tanah air.
Siapa yang membancuh simen? Siapa yang bertukang kayu? Siapa yang membina jalan? Dulu orang kita sendiri, kini kerja ini yang secara tak kena dipanggil 3D (dirty, difficult and dangerous) ini dibuat oleh pendatang. Sekiranya tak ada orang Kelantan dan Terengganu, mungkin tak ada tukang emas dan perak selain penenun kain batik dan songket.
Banyak hak kita sudah diambil orang. Durian yang terbaik dari Segamat pun sudah ‘dirampas’ negara tetangga. Dibungkus menarik, dijual mahal ke China (tanyalah YB Edmund Santhara Kumar). Hinggakan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah pun sudah dihak cipta oleh Amerika dan Singapura. Benihnya kini ditanam di Florida.
Tanggapan kerajaan terhadap tenaga manusia harus diubah kepada menilai dan menghormati tenaga pakar 3D iaitu melalui latihan vokasional yang lebih mendalam dan meluas.
Apabila tangga gaji 44, 48 dan 54 sama dengan pakar tukang kayu dan pembancuh simen serta pereka petak besi serta logam, anggapan rendah terhadap kerja-kerja 3D itu sendiri akan berubah kepada hormat dan menilai.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Paksa orang kita kerja 3D

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved