LANGKAH kerajaan memperkenalkan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berkuat kuasa pada 1 Jun ini, memang dialu-alukan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, dua kod itu ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang bertujuan memperkukuh perlindungan kanak-kanak serta mengurangkan risiko kandungan memudaratkan.
Menerusi CPC, penyedia perkhidmatan perlu menerapkan prinsip keselamatan melalui binaan atau safety-by-design bagi kanak-kanak.
Selain itu, penyedia perkhidmatan juga perlu mengehadkan pendaftaran dan pemilikan akaun oleh pengguna di bawah usia 16 tahun. Harapnya, tiada lagi ibu bapa yang ‘memberi restu’ anak-anak yang bawah umur mengubah usia mereka bagi membolehkan ada akaun media sosial.
Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026. Tujuannya, menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.
Cabaran utama pelaksanaan CPC dan RMC adalah memastikan semua platform digital benar-benar mematuhi kod berkenaan, bukan sekadar menyatakan komitmen. Lebih-lebih lagi dalam era maklumat berada di hujung jari dan dunia tanpa sempadan.
Realitinya, majoriti ibu bapa kini sudah mendedahkan anak-anak kepada telefon pintar seawal usia anak tiga atau empat tahun. Antaranya untuk ‘mendiamkan’ mereka atau tidak mengganggu kerja ibu atau bapa di rumah.
Atas faktor itu juga, penyedia platform mesti bertanggungjawab. Mereka perlu bertindak segera terhadap kandungan berbahaya dan menyediakan saluran aduan yang mudah digunakan.
Mereka juga perlu memastikan ciri seperti mesej peribadi dan cadangan video tidak mendedahkan kanak-kanak kepada risiko. Tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sahaja.
Sebelum ini, lebih 10,000 akaun palsu yang menyalahgunakan identiti kerabat diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diturunkan sejak awal tahun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Tindakan itu dilaksana oleh platform media sosial hasil pemantauan berterusan MCMC dan laporan yang dibuat pelbagai pihak bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Mac lalu.
Kita berharap kod tersebut dilaksanakan secara serius supaya dapat membantu menangani kandungan berbahaya di media sosial. Sebabnya, banyak kandungan berbahaya hari ini bukan dicari oleh kanak-kanak, sebaliknya muncul melalui cadangan video, pautan yang dikongsi atau kandungan tular.
Bagaimanapun, pelaksanaan kod itu perlu mengimbangi aspek keselamatan digital dan kebebasan pengguna. Ini kerana kanak-kanak masih memerlukan ruang untuk belajar, berhubung dengan keluarga dan rakan serta mencari maklumat.
Kita tidak boleh menyekat akses secara mutlak kanak-kanak kepada internet. Sebaliknya, perlu memastikan platform berisiko seperti media sosial dikawal dengan lebih baik.
Harapan kita terutama ibu bapa, kod ini mampu melindungi kanak-kanak dan remaja daripada buli siber, penipuan, kandungan lucah, pemangsa dalam talian serta kandungan yang boleh menjejaskan emosi dan keselamatan diri.
ONSA: Ibu bapa pun kena pantau anak

Jangan sudah terhantuk baru terngadah. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved