SAMBUTAN Hari Malaysia baru sahaja berlalu tiga hari lalu. Apa kesannya? Adakah impaknya kepada orang muda kita?
Persoalan acuh tak acuh tentang nilai-nilai kenegaraan ini bukanlah baharu. Ia dibangkitkan saban tahun sebagai fi’il yang sentiasa dipersoalkan. Sebahagian warga muda tidak pernah tahu dari segi pancainderanya bagaimana signifikan dan pentingnya hari merdeka.
Penyakit lama ini kena diubati. Tentulah reaksi spontan ialah terhadap kaedah dan kandungan pendidikan di negara ini yang begitu terbahagi kepada jurusan kaum: kebangsaan, Cina dan Tamil.
Bab pengajaran atau asuhan patriot kukuhkah atau sekadarnya sahaja?
Kelihatan yang ada hanya beberapa kelas sivik atau tatanegara yang diajar sambilan atau secara picisan sahaja. Kalau bab Sejarah, hanya dihafal untuk lulus peperiksaan.
Yang kita cukup risaukan kelak majoriti komuniti internet akan berghairah fitnah memfitnah memperkecilkan usaha kenegaraan. Mereka percaya seolah-olah dunia siber itu dunia mereka. Tersisih dari kuat kuasa undang-undang.
Buat masa ini mungkin belum banyak lagi krisis besar yang mengaitkan sekolah dengan kaum. Tetapi masanya akan sampai apabila soal perkauman akan muncul dengan sistem kita langsung tidak upaya membuat penentuan patriotisme dalam pembelajaran.
Jika semua sekolah mengajar segala subjek wajib yang menjurus kepada ilmu dan negara bangsa, jurang pemisah mungkin dapat diminimumkan. Tetapi usaha paling baik ialah mewujudkan hanya satu sistem sekolah untuk anak-anak kita mengajar semua perkara asas. Iaitu yang benar-benar melonjakkan nasionalisme jangka panjang.
Perkara ini wajar difikirkan kaedahnya, biarpun pada peringkat awal akan dikritik terutama oleh mereka yang berpegang teguh kepada budaya etnik.
Namun senjata sosial paling mujarab ialah pembelajaran rendah dan menengah sebagai bahan lenturan sahsiah, kecerdasan dan konsep kehidupan masa depan.
Hasil yang kita harapkan – semua anak Malaysia nanti akan berfikir secara komposit, bukan sempit melepaskan pucuk masing-masing sahaja.
Daya tahan global seharusnya berpaksikan daya tahan nasional atau domestik. Jika daya tahan nasional kita lemah atau keterlaluan menyelusuri bibit-bibit global tanpa ketahanan peribadi Malaysia, akhirnya malapetaka akan tiba.
Nilai-nilai tradisional negara bangsa Malaysia atau yang wujud secara keseluruhan akan diketepikan oleh pertumbuhan baharu di bawah sistem komunikasi canggih yang ada hari ini.
Yang akan terus merubah landskap kenegaraan adalah perkara-perkara berkaitan moral dan pertahanan. Memang akan dihujahkan bukankah kita ada sistem pertahanan yang baik? Memang sedap didengar.
Tetapi yang kita bimbangkan adalah perantaraan komunikasi siber – google, twitter, WhatsApp, AI dan macam-macam yang baharu muncul secara tiba-tiba. Isian-isian inilah yang terus mengumpul data kita sebagai pengguna setiap detik. Kemudian menghimpunkannya di bawah satu kancah siber.
Dan banyak lagi yang sudah siap dieksperimen dan sedia untuk dilancarkan terhadap mana-mana negara yang disasarkan.
Yang sedihnya pemimpin-pemimpin politik Melayu kita masih bercakaran, terus alpa dan merugikan bangsa.
Politik mereka dihantui kecurigaan. Lantas berterusan ke medan ‘perang saudara’ sehingga kini.
Yang ruginya – warga muda kita dengan nilai-nilai kenegaraan termasuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang kian terhakis di lubuk sanubari mereka. – UTUSAN
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Nilai kenegaraan yang acuh tak acuh

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved