Bagi pekerja swasta, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memang jadi tabungan utama wang selepas persaraan. Selepas bersara pada usia 55 atau 60 tahun, wang itulah yang menjadi tabungan utama membiayai kehidupan seharian.
Sebab itulah, apabila menyentuh bab pengeluaran KWSP, banyak pro dan kontra. Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan KWSP tidak bersetuju dengan desakan membenarkan pengeluaran kali kelima duit caruman kerana ketika ini bukan masa kecemasan seperti tempoh penularan Covid-19.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, hasil kajian pihaknya mendapati hanya pengeluaran kali pertama hingga ketiga iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang benar-benar tulen untuk keperluan harian seperti membeli makanan, barangan dan membayar hutang.
Pengeluaran Khas keempat yang dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu iaitu sebanyak lebih RM40 bilion kebanyakannya digunakan oleh mereka bukan untuk keperluan asas, tetapi digunakan untuk pelaburan termasuk membeli emas dan simpanan kecemasan.
Malah, dilaporkan kira-kira 3.1 juta pencarum yang membuat pengeluaran menerusi empat skim pengeluaran KWSP belum dapat membina semula jumlah simpanan masing-masing selepas setahun.
Apapun, isu utama dalam hal ini adalah bayaran upah atau gaji yang diterima oleh pekerja. Gaji pekerja terutama swasta yang masih rendah adalah punca utama sukar bina semula jumlah simpanan KWSP.
Ini disokong oleh laporan Utusan Malaysia pada 18 Februari 2022 tentang majikan di negara ini disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.
Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.
Ketika ini, untuk pekerja gaji kurang RM5,000 majikan wajib mencarum sebanyak 13 peratus manakala caruman pekerja pula 11 peratus. Bagi gaji lebih RM5,000, caruman majikan adalah 12 peratus dan pekerja 11 peratus.
Jika gaji pekerja RM2,000 sebulan, caruman KWSP sebulan hanya RM460 sebulan iaitu RM5,520 setahun. Jika gaji dinaikkan ke RM2,500, jumlah caruman itu akan bertambah RM115 sebulan. Dalam setahun ia menokok sebanyak RM1,380.
Dengan itu, dapatlah ia mengatasi isu gagal bina semula simpanan KWSP untuk kegunaan selepas persaraan.
Dalam masa sama, mereka yang terlibat boleh cuba menambah pendapatan sama ada melakukan kerja sambilan atau berniaga kecil-kecilan untuk membuat tabungan tambahan selain hanya bergantung kepada KWSP.
Memanglah duit KWSP banyak bantu selepas bersara, tetapi kalau hidup sekarang dah merana sebab semuanya perlukan wang, seharusnya kita fikirkan penyelesaian masalah sekarang. Bukan untuk lepas bersara. –UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Naikkan gaji untuk bina semula simpanan KWSP
Bagi pekerja swasta, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memang jadi tabungan utama wang selepas persaraan. Selepas bersara pada usia 55 atau 60 tahun, wang itulah yang menjadi tabungan utama membiayai kehidupan seharian.
Sebab itulah, apabila menyentuh bab pengeluaran KWSP, banyak pro dan kontra. Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan KWSP tidak bersetuju dengan desakan membenarkan pengeluaran kali kelima duit caruman kerana ketika ini bukan masa kecemasan seperti tempoh penularan Covid-19.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, hasil kajian pihaknya mendapati hanya pengeluaran kali pertama hingga ketiga iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang benar-benar tulen untuk keperluan harian seperti membeli makanan, barangan dan membayar hutang.
Pengeluaran Khas keempat yang dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu iaitu sebanyak lebih RM40 bilion kebanyakannya digunakan oleh mereka bukan untuk keperluan asas, tetapi digunakan untuk pelaburan termasuk membeli emas dan simpanan kecemasan.
Malah, dilaporkan kira-kira 3.1 juta pencarum yang membuat pengeluaran menerusi empat skim pengeluaran KWSP belum dapat membina semula jumlah simpanan masing-masing selepas setahun.
Apapun, isu utama dalam hal ini adalah bayaran upah atau gaji yang diterima oleh pekerja. Gaji pekerja terutama swasta yang masih rendah adalah punca utama sukar bina semula jumlah simpanan KWSP.
Ini disokong oleh laporan Utusan Malaysia pada 18 Februari 2022 tentang majikan di negara ini disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.
Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.
Ketika ini, untuk pekerja gaji kurang RM5,000 majikan wajib mencarum sebanyak 13 peratus manakala caruman pekerja pula 11 peratus. Bagi gaji lebih RM5,000, caruman majikan adalah 12 peratus dan pekerja 11 peratus.
Jika gaji pekerja RM2,000 sebulan, caruman KWSP sebulan hanya RM460 sebulan iaitu RM5,520 setahun. Jika gaji dinaikkan ke RM2,500, jumlah caruman itu akan bertambah RM115 sebulan. Dalam setahun ia menokok sebanyak RM1,380.
Dengan itu, dapatlah ia mengatasi isu gagal bina semula simpanan KWSP untuk kegunaan selepas persaraan.
Dalam masa sama, mereka yang terlibat boleh cuba menambah pendapatan sama ada melakukan kerja sambilan atau berniaga kecil-kecilan untuk membuat tabungan tambahan selain hanya bergantung kepada KWSP.
Memanglah duit KWSP banyak bantu selepas bersara, tetapi kalau hidup sekarang dah merana sebab semuanya perlukan wang, seharusnya kita fikirkan penyelesaian masalah sekarang. Bukan untuk lepas bersara. –UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved