Tahniah Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-13 berkuat kuasa semalam. Buat Tan Sri Abdul Hamid Bador, selamat bersara dan meneruskan hobi bahagia lagi nyaman di kebun.
Walaupun ada pihak-pihak mempertikaikan pelantikan KPN baharu sebagai tidak sah kerana negara masih berdepan darurat namun Acryl sudah duduk di kerusi nombor satu PDRM.
Acryl anak kelahiran Selangor dan seorang pegawai PDRM penuh pengalaman termasuk pernah mengetuai pasukan menyiasat klip video aksi seks mirip seorang ahli politik kenamaan.
Hamid pula bekas KPN yang terbukti lantang mengkritik dan membongkarkan macam-macam ragam bukan sahaja dalam PDRM malah membabitkan pentadbiran negara.
Keberanian Hamid antara faktor kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang kini menunggu nasib kes di peringkat Mahkamah Rayuan.
Kali kedua diberi peluang berkhidmat, Hamid sekali lagi mencetus gelora dalam kerajaaan Perikatan Nasional (PN) apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin campur tangan dalam urusan polis.
Bukan itu sahaja, Hamid tanpa berselindung terus membongkar masalah demi masalah dalam PDRM. Amat mengejutkan apabila seorang KPN mengakui bahawa rasuah dalam pasukan itu sebagai tradisi.
Lepas hal-hal salah laku timbul pula isu kartel. Kartel dalam polis adalah pakatan jahat yang merintis jalan untuk geng tertentu menguasai pasukan itu.
Itulah antara kisah ketika kepimpinan PDRM bawah Hamid. Seperti kebiasaan ada yang setuju dengan cara Hamid dan tidak kurang ramai juga yang mengecam.
Kini masuklah era Acryl. Belum dapat diramal bagaimana pembawaan Acryl sebagai KPN yang ‘disambut’ beliau ketika PDRM ‘berkocak’ bukan sahaja dari dalam malah di luar pun ‘bergolak’.
Adakah beliau bakal meneruskan misi Hamid yang bercita-cita membersihkan imej PDRM secara terbuka. Walau apa pun pilihan Acryl, rakyat biasa tanpa kepentingan hanya mahu PDRM bangkit menjadi sebuah pasukan ikhlas, bersih lagi adil.
Suka atau tidak warga PDRM harus terima hakikat sejak dahulu dan kini, persepsi terhadap pasukan itu tidak pernah positif. Percaya atau tidak ada dalam kalangan ahli keluarga tidak merestui hasrat anak-anak menyertai PDRM malah ada yang pencen awal kerana tidak tahan dengan benda-benda tidak betul dalam pasukan.
Pada hari pertama bergelar KPN, Acry mengakui tugas diamanahkan ke atas bahunya amat berat, justeru beliau memohon kerjasama barisan pengarah jabatan, ketua polis negeri dan ketua polis daerah untuk bersama-samanya meneruskan usaha untuk kesejarahteraan dan keselamatan rakyat.
Misi Acryl jernihkan ‘kocakan’ dalam PDRM

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved