HARI ini sekali lagi rakyat negara ini meraikan ulang tahun yang amat bermakna untuk Malaysia.
Selepas menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 pada 31 Ogos lalu, kini mereka meraikan pula Hari Malaysia iaitu sempena penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Menyingkap kembali penubuhannya, ia menandakan gabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Penubuhannya tidak mudah kerana ia melibatkan beberapa negeri di bawah jajahan Inggeris ketika itu selain mendapat bantahan daripada negara jiran.
Pembentukan persekutuan baharu itu dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan kepada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kebangsaan
Ke-6 Tanah Melayu.
Namun beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharannya hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membuat pungutan suara Sabah dan Sarawak menerusi Suruhanjaya Cobbold.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika itu berpendapat penubuhan Malaysia penting terutama dalam membendung kemaraan fahaman komunis selain demi pembangunan bersama dan kemerdekaan
negeri-negeri jajahan Inggeris itu.
Sejak penubuhan Malaysia, ia menjadi sebuah negarra berdaulat dan rakyatnya walaupun pelbagai bangsa dan agama, tetapi boleh hidup bersatu dengan aman
damai. Banyak toleransi antara mereka yang memungkinkan rakyatnya boleh hidup bersama.
Namun berlaku episod sedih pada 1965 apabila Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman memutuskan agar Singapura dikeluarkan daripada persekutuan itu sekali gus memberi kemerdekaan kepada
Singapura pada 9 Ogos ekoran perbalahan dan perbezaan fahaman antara pemimpin Malaysia dan Singapura.
Isu perkauman juga antara punca perpisahan itu yang tidak boleh lagi dibendung.
Tunku Abdul Rahman memilih jalan damai dengan mengeluarkan Sinngapura bagi memastikan kemerdekaan negara terus terbela dan memastikan pembangunan yang dirancang tidak terjejas.
Ia seharusnya menjadi pengajaran kepada semua betapa isu perkauman hanya membawa kemusnahan kepada sebuah negara dan tidak mustahil boleh berulang lagi. Negara pernah melalui sejarah itu termasuk
tragedi berdarah antara kaum apabila isu perkauman terus diapi-apikan. Sejarah tidak pernah menipu dan nikmat kemerdekaan yang ada perlu dihayati serta dihargai.
Menyingkap 60 tahun penubuhan Malaysia

Selamat Hari Malaysia Ke-60. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved