SUDAH lebih seminggu umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Mac lalu. Minggu ini segalanya kembali kepada kebiasaan, jalan raya dan lebuh raya di Lembah Klang yang sebelum ini lengang kembali sesak.
Para perantau dari Pantai Timur, utara, selatan, mahupun Sabah dan Sarawak majoritinya telah kembali ke ibu kota meneruskan rutin mencari rezeki demi sesuap nasi.
Seperti mana jenaka dalam media sosial yang menggambarkan perantau dari Kelantan khususnya telah kembali ke kampung halaman, maka hari ini Shah Alam kembali menjadi ‘Shah Aley’, begitu juga lokasi-lokasi tumpuan lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Di sebalik kegembiraan menyambut Syawal tahun ini, tidak dapat dinafikan majoriti rakyat berpendapatan rendah mungkin runsing setiap kali menyeluk saku, dompet atau menyemak baki wang tersisa dalam akaun bank.
Tambahan pula, lebaran tahun ini disambut pada awal bulan, lantas menyebabkan ‘kesenjangan’ yang panjang, sementara menunggu tarikh gaji seterusnya.
Ada yang menggunakan 100 peratus gaji untuk memenuhi keperluan perayaan, malah ada juga yang berbelanja sehingga 200 peratus melebihi pendapatan bulanan, lantas menjerat kepada hutang.
Ditambah dengan ruang untuk berhutang yang luas ditawarkan pelbagai pihak seperti penyedia perkhidmatan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL), kehendak pastinya akan membatasi keperluan.
Laporan menunjukkan, kira-kira 50 peratus daripada lebih sembilan juta isi rumah berpendapatan rendah dijangka berdepan dengan tanggungan pinjaman selepas Hari Raya Aidilfitri kerana melakukan pelbagai pinjaman.
Jumlah pinjaman peribadi di Malaysia telah mencapai 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di samping 70,000 orang daripada 1.6 juta penjawat awam telah berhutang menjelang 1 Syawal.
Beban-beban tambahan sebegini memuncakkan lagi tekanan selepas meraikan lebaran kerana pembayaran hutang itu akan mengganggu pendapatan pada bulan-bulan mendatang, terutama kepada kumpulan ‘cukup-cukup makan’.
Sedikit kelegaan, beza Aidilfitri tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya adalah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April lalu.
Peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada itu memperuntukkan RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan untuk isi rumah.
Nilai RM100 yang sebelum ini boleh dihabiskan dalam masa satu jam di bazar Ramadan pastinya memberikan makna besar tatkala dirudum kesempitan.
Setidak-tidaknya dapatlah membeli keperluan asas seperti beras, telur dan sebagainya, sementara menunggu hari gaji.
Di bawah SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan kad pengenalan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara, berbanding hanya 700 buah pada 2024.
Barangan keperluan asas terpilih itu adalah seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain barangan makanan asas. – UTUSAN
Hadi Ab. Manap ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Menghayati nilai RM100 selepas Aidilfitri
SUDAH lebih seminggu umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Mac lalu. Minggu ini segalanya kembali kepada kebiasaan, jalan raya dan lebuh raya di Lembah Klang yang sebelum ini lengang kembali sesak.
Para perantau dari Pantai Timur, utara, selatan, mahupun Sabah dan Sarawak majoritinya telah kembali ke ibu kota meneruskan rutin mencari rezeki demi sesuap nasi.
Seperti mana jenaka dalam media sosial yang menggambarkan perantau dari Kelantan khususnya telah kembali ke kampung halaman, maka hari ini Shah Alam kembali menjadi ‘Shah Aley’, begitu juga lokasi-lokasi tumpuan lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Di sebalik kegembiraan menyambut Syawal tahun ini, tidak dapat dinafikan majoriti rakyat berpendapatan rendah mungkin runsing setiap kali menyeluk saku, dompet atau menyemak baki wang tersisa dalam akaun bank.
Tambahan pula, lebaran tahun ini disambut pada awal bulan, lantas menyebabkan ‘kesenjangan’ yang panjang, sementara menunggu tarikh gaji seterusnya.
Ada yang menggunakan 100 peratus gaji untuk memenuhi keperluan perayaan, malah ada juga yang berbelanja sehingga 200 peratus melebihi pendapatan bulanan, lantas menjerat kepada hutang.
Ditambah dengan ruang untuk berhutang yang luas ditawarkan pelbagai pihak seperti penyedia perkhidmatan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL), kehendak pastinya akan membatasi keperluan.
Laporan menunjukkan, kira-kira 50 peratus daripada lebih sembilan juta isi rumah berpendapatan rendah dijangka berdepan dengan tanggungan pinjaman selepas Hari Raya Aidilfitri kerana melakukan pelbagai pinjaman.
Jumlah pinjaman peribadi di Malaysia telah mencapai 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di samping 70,000 orang daripada 1.6 juta penjawat awam telah berhutang menjelang 1 Syawal.
Beban-beban tambahan sebegini memuncakkan lagi tekanan selepas meraikan lebaran kerana pembayaran hutang itu akan mengganggu pendapatan pada bulan-bulan mendatang, terutama kepada kumpulan ‘cukup-cukup makan’.
Sedikit kelegaan, beza Aidilfitri tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya adalah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April lalu.
Peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada itu memperuntukkan RM50 sebulan untuk golongan warga emas tiada pasangan dan RM100 sebulan untuk isi rumah.
Nilai RM100 yang sebelum ini boleh dihabiskan dalam masa satu jam di bazar Ramadan pastinya memberikan makna besar tatkala dirudum kesempitan.
Setidak-tidaknya dapatlah membeli keperluan asas seperti beras, telur dan sebagainya, sementara menunggu hari gaji.
Di bawah SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan kad pengenalan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 3,500 buah di seluruh negara, berbanding hanya 700 buah pada 2024.
Barangan keperluan asas terpilih itu adalah seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain barangan makanan asas. – UTUSAN
Hadi Ab. Manap ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved