Dalam bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, perkara paling sukar bagi pengundi adalah memilih wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.
Lebih sukar jika mereka yang bertanding mewakili parti-parti yang bertanding, seorang yang tidak pernah dikenali atau muka baharu dan tidak ada rekod perkhidmatan. Kalau guna Google untuk rujukan pun tidak ada maklumat tentang mereka.
Mungkin keadaan menjadi lebih mudah sekiranya pengundi setia kepada parti dan letaklah siapapun calonnya, parti tersebut tetap mendapat sokongan. Jika itu keadaannya, untunglah parti berkenaan.
Kecenderungan itu memang berlaku dalam setiap pilihan raya kerana mana mungkin puluhan ribu atau ratusan ribu pengundi di sesuatu kawasan itu dapat berjumpa dengan calon parti dan begitu juga sebaliknya pemimpin berkenaan dapat berjumpa dengan setiap pengundi. Akhirnya rekod parti menjadi sandaran.
Namun apakah keadaan sama masih diguna pakai atau pengundi kini mahu mengenali siapa calon yang akan bertanding terlebih dahulu sebelum dipilih menjadi wakil kepada mereka di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
Itu akan menjadi cabaran kepada bakal YB berkenaan kerana kalau tak dapat bersemuka, sekurang-kurangnya kehadiran mereka diketahui di dunia maya bahawa mereka sememangnya layak untuk dipilih.
Memang mudah untuk bercakap pilih sahaja si polan atau si polan kerana kriteria yang ada pada mereka. Kalau rujuk buku atau kitab tentang kepimpinan pun ada ciri-ciri yang dicadangkan untuk menjadi wakil rakyat. Siapa tidak mahu pemimpin yang bijak, bersih, wibawa, berani dan berjiwa rakyat.
Namun apakah mereka yang bertanding mewakili sesuatu parti itu ada ciri-ciri tersebut?
Ada pemimpin yang kelihatan hebat berkata-kata di atas pentas politik tetapi rakyat di bawah tetap tidak berpuas hati kerana perkhidmatannya malah ada yang sememangnya gagal pun sebagai wakil rakyat.
Bagi mereka yang pernah mengundi, pengalaman lampau semestinya banyak mengajar tentang pemilihan yang betul. Mereka tahu siapa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan siapa pula yang hanya muncul ketika kempen pilihan raya sahaja. Mereka juga tahu dan dapat melihat parti mana yang betul-betul bekerja dan dapat membawa negara ke arah haluan yang betul.
Malah mereka juga percaya mungkin perlunya pelbagai parti bergabung dalam satu kumpulan demi kebaikan negara.
Memilih wakil rakyat bukan semudah membeli barang di Shopee, Lazada atau e-dagang yang lain kerana tersilap pilih pengundi jugalah yang menanggung kesannya. – UTUSAN
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Mencari wakil terbaik untuk rakyat
Dalam bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, perkara paling sukar bagi pengundi adalah memilih wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.
Lebih sukar jika mereka yang bertanding mewakili parti-parti yang bertanding, seorang yang tidak pernah dikenali atau muka baharu dan tidak ada rekod perkhidmatan. Kalau guna Google untuk rujukan pun tidak ada maklumat tentang mereka.
Mungkin keadaan menjadi lebih mudah sekiranya pengundi setia kepada parti dan letaklah siapapun calonnya, parti tersebut tetap mendapat sokongan. Jika itu keadaannya, untunglah parti berkenaan.
Kecenderungan itu memang berlaku dalam setiap pilihan raya kerana mana mungkin puluhan ribu atau ratusan ribu pengundi di sesuatu kawasan itu dapat berjumpa dengan calon parti dan begitu juga sebaliknya pemimpin berkenaan dapat berjumpa dengan setiap pengundi. Akhirnya rekod parti menjadi sandaran.
Namun apakah keadaan sama masih diguna pakai atau pengundi kini mahu mengenali siapa calon yang akan bertanding terlebih dahulu sebelum dipilih menjadi wakil kepada mereka di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
Itu akan menjadi cabaran kepada bakal YB berkenaan kerana kalau tak dapat bersemuka, sekurang-kurangnya kehadiran mereka diketahui di dunia maya bahawa mereka sememangnya layak untuk dipilih.
Memang mudah untuk bercakap pilih sahaja si polan atau si polan kerana kriteria yang ada pada mereka. Kalau rujuk buku atau kitab tentang kepimpinan pun ada ciri-ciri yang dicadangkan untuk menjadi wakil rakyat. Siapa tidak mahu pemimpin yang bijak, bersih, wibawa, berani dan berjiwa rakyat.
Namun apakah mereka yang bertanding mewakili sesuatu parti itu ada ciri-ciri tersebut?
Ada pemimpin yang kelihatan hebat berkata-kata di atas pentas politik tetapi rakyat di bawah tetap tidak berpuas hati kerana perkhidmatannya malah ada yang sememangnya gagal pun sebagai wakil rakyat.
Bagi mereka yang pernah mengundi, pengalaman lampau semestinya banyak mengajar tentang pemilihan yang betul. Mereka tahu siapa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan siapa pula yang hanya muncul ketika kempen pilihan raya sahaja. Mereka juga tahu dan dapat melihat parti mana yang betul-betul bekerja dan dapat membawa negara ke arah haluan yang betul.
Malah mereka juga percaya mungkin perlunya pelbagai parti bergabung dalam satu kumpulan demi kebaikan negara.
Memilih wakil rakyat bukan semudah membeli barang di Shopee, Lazada atau e-dagang yang lain kerana tersilap pilih pengundi jugalah yang menanggung kesannya. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved