TERKINI
Polis terima laporan pemandu lori dipukul27,000 kenderaan tinggalkan JakartaMasalah kesihatan punca utama nama Aaron Aziz digugurkan – Syamsul YusofWanita hamil lima bulan maut tercampak10 lokasi berjaya cerap hilal RamadanParlimen: Lebih 3,000 kes seksual kanak-kanak didakwa di mahkamah Parlimen: Kadar bayaran haji bersasar berdasar tahap kewangan individu, bukan isi rumah Ahmad Razif mahu kukuhkan ukhuwahAinaa Amani juarai Hong Kong Squash PSA Challenge Cup 2023Sanggup belanja RM5.4 juta jadi kembar Kim Kardashian
Menu
Mencari pewaris rumah pusaka bangsa
Hari ini bermula mesyuarat dan pemilihan peringkat cawangan UMNO di seluruh negara melibatkan sebanyak 22,274 cawangan daripada 191 bahagian.
Dalam tempoh 26 hari mesyuarat tersebut, kesemua cawangan terlibat akan melaksanakan proses demokrasi ketika parti yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu berhadapan krisis keyakinan ekoran prestasi hambar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu dan pemecatan dua tokoh utamanya iaitu Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar minggu lalu.
Walaupun hanya menang 26 kerusi Parlimen berbanding parti pesaing lain khususnya Pas (43), DAP (40 kerusi), PKR (31) dan Bersatu (31), UMNO masih bernasib naik kerana terus berada di dalam kerajaan selepas tiada satu parti pun yang mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Tanpa UMNO, kerajaan perpaduan yang ada sekarang pun belum tentu akan terbentuk. Keadaan itu sekali gus meletakkan UMNO dengan 3.4 juta ahlinya masih relevan dalam arus politik negara.
UMNO pernah berada di puncak kegemilangannya apabila menang PRU dengan majoriti lebih dua pertiga dan juga pernah diharamkan kesan daripada konflik antara pemimpin tertingginya.
Walaupun berdepan kritikan daripada pelbagai pihak dan dikatakan masa depannya sudah tidak menentu ketika ini, proses demokrasi dalam UMNO tetap berjalan seperti biasa. Pengalaman lampau menjadi pengajaran terbaik kepada parti itu untuk terus melangkah.
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan Mac ini atas alasan kestabilan parti, bukan bermakna demokrasi dalam parti sudah mati. UMNO ada tertibnya termasuk dalam soal memilih pewaris legasi.
Ini kerana jawatan lain khususnya Naib Presiden, ahli MT dan ketua-ketua sayap masih terbuka. Sehingga hari ini belum ada yang melobi agar mereka dipilih untuk jawatan tertentu termasuk tiga penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pemilihan kali ini penting kerana siapa pun yang menang, merekalah yang akan bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden dalam menentukan hala tuju parti. UMNO bukan milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin. Tetapi UMNO adalah sebuah parti yang berhasrat membela bangsa, agama dan negara.
Dan lebih penting pemilihan kali ini adalah pernyataan suara akar umbi dalam mencari pewaris rumah pusaka bangsa itu.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
PM kita konsisten berdepan isu Laut China Selatan
Sultan Ibrahim raja berjiwa rakyat
Jom ziarah sekolah lain dahulu
Sasar tingkat kerjasama dengan Arab Saudi
Kerajaan kaji kurikulum sekolah untuk anak Sindrom Down