Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi pastinya akan berlangsung sengit apabila kesemua parti yang terlibat masing-masing mempunyai konflik antara satu sama lain.
Barisan Nasional (BN) yang menerajui Johor ketika ini telah memuktamadkan keputusannya untuk bertanding solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Di Negeri Sembilan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga akan bertembung di semua 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Keputusan itu sudah tentu mengundang tentangan sengit antara kedua-dua parti yang selama ini berharap satu kerjasama dapat dibentuk kerana kedua-duanya berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat.
Penyertaan Perikatan Nasional (PN) terutama Bersatu juga akan menghangatkan lagi keadaan dan parti itu sama sekali tidak boleh bersama BN kerana sejarah lampau sebelum ini.
Bagaimana pula dengan Pas? Jawatankuasa Pusat Pas yang bermesyuarat hari ini akan menentukan hubungannya dengan Bersatu selepas berbalah dalam beberapa isu kebelakangan ini dan hubungan baik mereka seperti tidak boleh dipertahan lagi.
PH juga akan berhadapan dengan Bersama iaitu parti baharu yang diketuai bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli.
Salah satu komponen PH iaitu DAP juga menghadapi masalah sama dalam PRN kali ini kerana hubungan yang semakin tegang dengan UMNO selain sememangnya ditolak terus oleh Pas.
Atas sebab itu, PRN Johor dan Negeri Sembilan kali ini akan menjadi medan untuk semua parti terlibat bersaing sengit bagi mendapatkan sokongan dan undi sebanyak mungkin.
Apakah kempen dan isu yang akan dibawa oleh setiap parti dalam mendapatkan sokongan tersebut?
Terdapat kira-kira 2.7 juta pengundi di Johor dan kira-kira 800,000 pengundi di Negeri Sembilan. Apakah pengundi terlibat telah bersedia untuk memilih wakil rakyat baharu mereka atau mengekalkan sokongan kepada yang sedia ada.
Sudah pasti kempen agresif akan dijalankan oleh setiap parti terlibat sama ada secara terbuka atau pun ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah.
Dalam proses itu dan kerana keterujaan untuk mendapatkan sokongan, sudah tentu akan keluar kata nista dan mencela calon-calon lawan.
Ucapan berapi-api daripada penceramah parti yang kadangkala semberono sahaja tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain sering diabaikan.
Sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak terperangkap dengan permainan politik kebencian dan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat.
Semua pihak perlu menyedari kesan daripada kempen negatif yang dijalankan mereka, supaya tidak berlaku yang menang jadi arang, yang kalah menjadi abu.
Tidak ada gunanya mereka menang pilihan raya tetapi keharmonian negara terjejas dan perpecahan rakyat terus meluas.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Menang jadi arang kalah jadi abu

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved