KETIKA dunia mahu menyaksikan perdamaian dalam konflik di Thailand dan Kemboja, begitu juga di bumi Gaza serta peperangan antara Russia dan Ukraine, Amerika Syarikat (AS) pula memulakan tahun baharu dengan menakluk Venezuela.
Peperangan bukan hanya merugikan rakyat di negara terlibat malah membawa kerugian yang amat besar dari segi kemusnahan harta benda dan juga meragut ramai nyawa.
Kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa turut diheret bersama dalam peperangan yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik dan di meja rundingan.
Tetapi negara-negara terlibat memilih untuk berperang dan dengan segala ego yang ada, mereka tidak peduli orang awam menjadi mangsa.
Lebih malang dalam perang Palestin dan Israel di Gaza, rejim Zionis dengan segala kekuatan tentera, kecanggihan sistem pertahanannya dan disokong oleh negara Kuasa Besar seperti AS, mereka berperang dengan rakyat Palestin yang tidak mempunyai kekuatan senjata langsung.
Sejak perang itu bermula pada 7 Oktober 2023, hampir 70,000 rakyat Gaza menjadi korban termasuk kira-kira 20,000 kanak-kanak.
Gaza sudah menjadi padang jarak padang tekukur dan Israel terus menjarah bumi Palestin itu semata-mata untuk membina penempatan baharu bagi rakyat Yahudi.
Atas tujuan itu, sehingga kini Israel terus membantai rakyat Palestin, malah mereka yang kebuluran yang berkejar ke tempat-tempat bantuan makanan juga menjadi sasaran tembakan tentera rejim Zionis.
Ia berlaku di sebalik usaha damai yang sedang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza.
Dunia mengutuk kekejaman dan kezaliman Israel, malah pemimpin Benjamin Netanyahu juga berhadapan tuduhan jenayah perang di Mahkamah Antarabangsa tetapi rejim itu tidak mempedulikannya.
AS pula seperti menutup mata dengan apa yang berlaku di Gaza dan Netanyahu dibiar begitu sahaja.
Layanan terhadap Netanyahu itu tidak sama seperti yang dilakukan terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang diculik oleh tentera AS di Caracas, Sabtu lalu.
Jika Netanyahu terbabit dengan jenayah perang dan genosid, Nicolas Maduro pula didakwa terlibat dengan pengedaran dan keganasan dadah.
Beliau yang sedang dipenjara bakal didakwa di AS dalam minggu ini dan tuduhan itu dinafikan oleh Presiden Venezuela tersebut sebelum ini.
Nicolas Maduro diculik bersama isterinya oleh pasukan khas AS selepas mengebom ibu kota Venezuela, sebuah negara yang kaya dengan minyak.
Tindakan itu merupakan kempen perang AS bagi tahun ini dengan menggunakan undang-undang mereka sendiri untuk memerangi pemimpin yang tidak sealiran dengan mereka.
Tuduhan jenayah terhadap Nicolas Maduro hanya alasan untuk menakluk Venezuela apabila Presiden Donald Trump mengesahkan AS akan menguruskan negara itu dan sumber minyaknya.
Dan tindakan terbaharu AS itu sudah pasti tidak akan terhenti di Venezuela kerana negara seperti Cuba dan Iran juga dikatakan dalam perhatian negara Kuasa Besar itu.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia – UTUSAN
Melangkah 2026 dengan peperangan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved