TIDAK ada seorang pun daripada kita yang mahu berhadapan dengan krisis, bencana atau malapetaka. Namun disebabkan kita hidup dalam dunia tanpa sempadan yang bergantung kepada aliran dagangan dan perniagaan global, krisis yang berlaku di wilayah lain, tempiasnya turut sampai ke negara kita.
Kalau ditanya kepada geostrategis, pakar ekonomi atau pakar-pakar yang lain, tidak siapa boleh beri jawapan berapa lama krisis ini akan berlarutan dan kesannya sampai ke tahap mana.
Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah mengambil langkah bertahan bagi memastikan impak daripada krisis bekalan tenaga global yang disebabkan perang di Asia Barat tidak sampai ke tahap memudaratkan rakyat di negara ini.
Sebab itu subsidi bahan api dilaraskan semula tetapi tetap dipastikan majoriti pengguna tidak terjejas. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti peniaga kecil di mana kerajaan telah mengurangkan sewa premis perniagaan yang di bawah seliaan mereka.
Kita juga kena ingat, usaha kerajaan tidak cukup bagi mewujudkan benteng menahan kesan krisis ini. Setiap daripada kita kena memainkan peranan termasuk mengamalkan penjimatan mandiri, supaya andainya krisis ini berlarutan kita mampu bertahan sambil disokong oleh polisi kerajaan.
Kerajaan pula jangan hanya dibebankan usaha bantu rakyat ini kepada Persekutuan sahaja. Negeri-negeri juga kena membantu. Mana-mana polisi Persekutuan yang manfaatkan rakyat perlu juga dilaksanakan oleh negeri.
Contohnya, dalam menurunkan caj sewa kepada peniaga kecil, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri juga perlu bertindak. Tidak perlu berdolak-dalik. Ini masa susah untuk membantu rakyat. Sama-sama kena memainkan peranan.
Apa juga usaha yang boleh mengurangkan kesan krisis ini kepada rakyat perlu dilaksanakan bersama, tidak kira negeri atau Persekutuan.
Begitu juga apabila kerajaan mahu mentakrifkan semula kategori B40, M40 dan T20 supaya bantuan dan subsidi dapat disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan, ramai yang bantah.
Tiba-tiba kumpulan T20 kata mereka sebenarnya M40. Pendapatan RM15,000 sebulan tidak layak dikategorikan T20 dan pelbagai alasan lagi untuk memastikan mereka adalah layak menerima bantuan.
Ini bukan sikap yang sepatutnya ketika berhadapan dengan krisis dan kesukaran. Ini masa untuk saling membantu dan saling berkorban. Ini bukan masa menjadi enau dalam belukar yang hanya mahu lepaskan pucuk masing-masing.
Matlamatnya adalah untuk rakyat. Sikap lepas tangan, saling menyerahkan tanggungjawab kepada pihak lain hanya akan memberi kesan kepada rakyat.
Kurangkan politik, kurangkan sikap menyalahkan orang lain. Sebaliknya, lebihkan bantu membantu, saling sokong menyokong. Letak tepi dahulu perbezaan ideologi politik. Jangan ambil kesempatan daripada masalah dan kesusahan rakyat demi kepentingan politik sempit.
Jika ada idea, kemukakan untuk tindakan. Jika tiada, lebih baik diam. Jangan tampil dengan kenyataan-kenyataan tidak logik yang hanya mengeruhkan keadaan yang sudahpun sukar.
Ini masa kita semua diuji. Sebab itu kita semua dituntut untuk bersatu di masa sukar ini agar badai yang hadir ini dapat dihadapi secara bersama. Ketika sukar ini yang ringan kita jinjing bersama, yang berat sama dipikul.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Masa untuk berkorban, saling membantu

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved