BERSERABUT, malah ada mengatakan kemelut politik kuasa yang berlaku ‘era Covid-19’ hari ini memualkan.
Dikatakan masyarakat Melayu sudah pun retak perpaduannya. Padahal orang-orang politiklah juga menjadi penentu kepada resipi perpaduan ini. Tapi apakah perpaduan itu kini hanya penting diperjuangkan di dalam lingkungan Melayu orang politik sahaja? Bukankah seluruh Melayu harus dilibatkan.
Jadi, mana perginya kebanyakan cendekiawan yang diasuh media massa tempoh hari? Adakah kini menjadi orang suruhan yang berkokok dengan satu nada sahaja? Yakni, nada yang dikokokkan oleh pemegang politik kuasa, bukan nada Melayu sejagat.
Mana suara mereka ini dari UM, UKM, USM, UPM, USIM, UiTM dan lain-lain institusi Melayu? Setakat berkokok dalam Facebook, WhatsApp grup, ‘mengarang’ dari dalam bilik universiti bak armchair reporting sekadar mendengar cerita, ‘mengupas’ bahan berita akhbar, tanpa turun padang bercampur masyarakat, anda tidak akan ke mana.
Ah! Tidak kedengaran lagi suara, nada kritis, pena tajam Allahyarham Prof. Ungku Aziz atau arwah Rustam A.Sani yang bercakap pasal survival Melayu. Kekadang saya ‘malu alah’ sendiri dengan mendiang Prof. Emeritius Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, waima Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong pun yang tinggi piawaian kupasannya terhadap isu Melayu, bangsa dan kenegaraan.
Malangnya, sebahagian besar cendekiawan Melayu di menara gading termasuk dari bidang sains politik dan pendidikan boleh ‘menyorok’ untuk mencambah minda merungkai permasalahan politik Melayu.
Realitinya mereka kena terlibat sama menungkan darihal bangsa kita yang masih lemah. Yang ada cuma pangkat dan daulat bagi kita. Yang perlu diingati ialah setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per.153 atau kedaulatan Raja-Raja Melayu (Per.38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per.152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu serta Islam agama rasmi negara.
Ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu.
Yang pasti, kedudukan, kekuatan, malah kalau mahu dilabel ‘ketuanan’ sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat pun tidak boleh dipergantungkan sangat. Ia lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Laungan ketuanan’ Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab termasuklah disiplin politik itu sendiri.
Sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain, barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.
Ayuh cendekiawan Melayu di universiti tersohor, sahut cabaran saya tadi.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Mana suara “sohor” cendekiawan Melayu?
BERSERABUT, malah ada mengatakan kemelut politik kuasa yang berlaku ‘era Covid-19’ hari ini memualkan.
Dikatakan masyarakat Melayu sudah pun retak perpaduannya. Padahal orang-orang politiklah juga menjadi penentu kepada resipi perpaduan ini. Tapi apakah perpaduan itu kini hanya penting diperjuangkan di dalam lingkungan Melayu orang politik sahaja? Bukankah seluruh Melayu harus dilibatkan.
Jadi, mana perginya kebanyakan cendekiawan yang diasuh media massa tempoh hari? Adakah kini menjadi orang suruhan yang berkokok dengan satu nada sahaja? Yakni, nada yang dikokokkan oleh pemegang politik kuasa, bukan nada Melayu sejagat.
Mana suara mereka ini dari UM, UKM, USM, UPM, USIM, UiTM dan lain-lain institusi Melayu? Setakat berkokok dalam Facebook, WhatsApp grup, ‘mengarang’ dari dalam bilik universiti bak armchair reporting sekadar mendengar cerita, ‘mengupas’ bahan berita akhbar, tanpa turun padang bercampur masyarakat, anda tidak akan ke mana.
Ah! Tidak kedengaran lagi suara, nada kritis, pena tajam Allahyarham Prof. Ungku Aziz atau arwah Rustam A.Sani yang bercakap pasal survival Melayu. Kekadang saya ‘malu alah’ sendiri dengan mendiang Prof. Emeritius Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, waima Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong pun yang tinggi piawaian kupasannya terhadap isu Melayu, bangsa dan kenegaraan.
Malangnya, sebahagian besar cendekiawan Melayu di menara gading termasuk dari bidang sains politik dan pendidikan boleh ‘menyorok’ untuk mencambah minda merungkai permasalahan politik Melayu.
Realitinya mereka kena terlibat sama menungkan darihal bangsa kita yang masih lemah. Yang ada cuma pangkat dan daulat bagi kita. Yang perlu diingati ialah setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per.153 atau kedaulatan Raja-Raja Melayu (Per.38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per.152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu serta Islam agama rasmi negara.
Ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu.
Yang pasti, kedudukan, kekuatan, malah kalau mahu dilabel ‘ketuanan’ sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat pun tidak boleh dipergantungkan sangat. Ia lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Laungan ketuanan’ Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab termasuklah disiplin politik itu sendiri.
Sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain, barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.
Ayuh cendekiawan Melayu di universiti tersohor, sahut cabaran saya tadi.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved