BEKERJASAMA selepas pilihan raya untuk membentuk kerajaan namun kembali bersaing apabila pilihan raya tiba bukanlah sesuatu yang asing dalam landskap demokrasi moden. Amalan ini lazim berlaku di negara yang mempunyai sistem pelbagai parti setelah tiada satu parti yang cukup dominan untuk membentuk kerajaan secara sendirian.
Dalam keadaan sedemikian, parti-parti politik terpaksa membentuk pakatan demi mencapai majoriti. Kerjasama lebih kepada keperluan politik untuk memastikan kestabilan pentadbiran negara dapat diteruskan.
Malaysia mula melalui fasa itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 pada tahun 2022. Daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, tiada satu pun parti atau gabungan yang memperoleh majoriti mutlak.
Situasi ini membuka lembaran baharu dalam sejarah politik negara apabila kerajaan akhirnya dibentuk melalui kertermasuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dua gabungan yang sebelum itu berada pada posisi persaingan sengit.
Perkembangan semasa politik negara menunjukkan bahawa corak ini berkemungkinan berterusan pada PRU Ke-16.Politik Malaysia memperlihatkan kewujudan beberapa blok utama iaitu PH, Perikatan Nasional (PN), dan BN. Pada masa yang sama muncul parti baharu serta perpecahan daripada parti sedia ada yang menambah rencam.
Sebagai contoh, Parti Bersama Malaysia (Bersama) hasil perpecahan daripada PKR ditunjangi oleh Datuk Seri Rafizi Ramli. Di samping itu terdapat jangkaan kemunculan gerakan politik baharu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Pada masa yang sama, parti-parti kecil seperti Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih mencari hala tuju dan strategi politik mereka menjelang pilihan raya akan datang.
Keadaan ini belum mengambil kira peranan blok politik di Sabah dan Sarawak, termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sering memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan.
Keseluruhan senario ini menunjukkan bahawa politik Malaysia sedang bergerak ke arah sistem yang lebih terbuka. Selepas pilihan raya parti-parti boleh bekerjasama demi membentuk kerajaan namun sebelum pilihan raya seterusnya, mereka kembali bersaing.
Daripada satu sudut, perkembangan ini mencerminkan kematangan demokrasi dengan pengundi kini mempunyai lebih banyak pilihan dan suara yang lebih pelbagai. Namun kematangan ini wajar dimulakan oleh semua parti politik.
Bukan menjadi satu kesalahan apabila parti politik ini berkeinginan untuk meluaskan pengaruh dan memaksimumkan kerusi yang akan ditandingi mereka. Itu adalah normal untuk setiap parti dan itulah objektif mereka untuk memasuki pilihan raya. Tiada parti politik yang boleh menafikan dan menentu hala tuju sesebuah parti lain. Itu sendiri sudah menyimpang daripada hasrat demokrasi dan kematangan berpolitik.
Jika tiada parti yang mampu mendominasi ketika pilihan raya nanti maka kembalilah ke meja rundingan untuk membentuk kerjasama baharu. Memang perbezaan ideologi, penerimaan ahli akar umbi akan menjadi isu namun di situlah kebijaksanaan dituntut. Ia kelak bukan lagi tentang mahu menjadi dominan sebaliknya tanggungjawab membentuk kerajaan stabil, berfungsi dan diyakini rakyat.
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Malaysia ke arah kematangan berpolitik

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved