Apa makna kemerdekaan kepada kita? Adakah sekadar kibar Jalur Gemilang semata-mata? Fahamkah kita dengan sejarah negara?
Minggu sudah sempat saya singgah di Melaka yang terdapat A’Famosa atau kubu-kubu usang tinggalan Portugis yang lengkap dengan isian serta likuan serangan hendap Feringghi. Lebih dari itu, ia mewujud dan mengekalkan lambang kemegahan Portugis pasca 1511.
Oleh kerana pegangan sejarah kita tidak begitu kukuh, A’Famosa terus menjadi elemen tarikan pelancongan yang saban hari mencernakan imej kekalahan dan kemusnahan dinasti kesultanan Melaka.
Apa agaknya yang diceritakan oleh cikgu sejarah sekolah menengah kepada murid-muridnya yang melawat A’Famosa? Sampai bila pun kisah dinasti Raja Melaka dikalahkan melalui perlambangan A’Famosa akan berterusan.
De Sequiera dan Alfonso D’Albuquerque sendiri membuat catatan ‘heroisme’ tentang penaklukan Melaka dan dianggap sebagai pahlawan besar, negarawan dan Gabenor Goa yang tiada tolok bandingnya kepada masyarakat Portugis.
Tetapi bagi rakyat Sultan Mahmud yang terpaksa lari ke Bintan dan Siak bagaimana? D’Albuquerque difahami sebagai penceroboh, pembunuh dan penakluk yang kejam.
Setiap negara berdepan dengan persoalan sejarahnya sendiri. Terutama bagi sebuah negara separa maju seperti Malaysia yang harus terus menerokai nilai-nilai kebangsaannya menerusi sistem politik dan pendidikannya sendiri.
Jika bidang sejarah sebuah negara itu terasas kepada kriteria dan bahan punca yang lemah asasnya, maka sejarah kenegaraannya akan dilihat condong tanpa tupang, yakni lemah dan tidak kental. Seterusnya tidak autoritatif. Akhirnya tidak akan dipedulikan orang.
Sebaliknya, jika aspek-aspek naratif persejarahan itu tersusun, berlandaskan bukti dan fakta-fakta ulung, maka sejarahnya diterima sebagai warisan yang dibanggakan.
Ikut mana pun, ini semua terasas dan bergantung kepada sistem pendidikan yang kukuh lagi mantap dari segi keilmuan.
Anak muda, sesekali baca dan imbaslah tanah air. Sekurang-kurangnya akan wujud kesedaran, keinsafan dan anda ‘tidak akan lagi mendabik dada’.
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Makna merdeka dari tinggalan kubu Portugis
Apa makna kemerdekaan kepada kita? Adakah sekadar kibar Jalur Gemilang semata-mata? Fahamkah kita dengan sejarah negara?
Minggu sudah sempat saya singgah di Melaka yang terdapat A’Famosa atau kubu-kubu usang tinggalan Portugis yang lengkap dengan isian serta likuan serangan hendap Feringghi. Lebih dari itu, ia mewujud dan mengekalkan lambang kemegahan Portugis pasca 1511.
Oleh kerana pegangan sejarah kita tidak begitu kukuh, A’Famosa terus menjadi elemen tarikan pelancongan yang saban hari mencernakan imej kekalahan dan kemusnahan dinasti kesultanan Melaka.
Apa agaknya yang diceritakan oleh cikgu sejarah sekolah menengah kepada murid-muridnya yang melawat A’Famosa? Sampai bila pun kisah dinasti Raja Melaka dikalahkan melalui perlambangan A’Famosa akan berterusan.
De Sequiera dan Alfonso D’Albuquerque sendiri membuat catatan ‘heroisme’ tentang penaklukan Melaka dan dianggap sebagai pahlawan besar, negarawan dan Gabenor Goa yang tiada tolok bandingnya kepada masyarakat Portugis.
Tetapi bagi rakyat Sultan Mahmud yang terpaksa lari ke Bintan dan Siak bagaimana? D’Albuquerque difahami sebagai penceroboh, pembunuh dan penakluk yang kejam.
Setiap negara berdepan dengan persoalan sejarahnya sendiri. Terutama bagi sebuah negara separa maju seperti Malaysia yang harus terus menerokai nilai-nilai kebangsaannya menerusi sistem politik dan pendidikannya sendiri.
Jika bidang sejarah sebuah negara itu terasas kepada kriteria dan bahan punca yang lemah asasnya, maka sejarah kenegaraannya akan dilihat condong tanpa tupang, yakni lemah dan tidak kental. Seterusnya tidak autoritatif. Akhirnya tidak akan dipedulikan orang.
Sebaliknya, jika aspek-aspek naratif persejarahan itu tersusun, berlandaskan bukti dan fakta-fakta ulung, maka sejarahnya diterima sebagai warisan yang dibanggakan.
Ikut mana pun, ini semua terasas dan bergantung kepada sistem pendidikan yang kukuh lagi mantap dari segi keilmuan.
Anak muda, sesekali baca dan imbaslah tanah air. Sekurang-kurangnya akan wujud kesedaran, keinsafan dan anda ‘tidak akan lagi mendabik dada’.
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved