Cadangan pengambilan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Malaysia Airport Berhad (MAHB) menjadi tumpuan berikutan dakwaan salah satu pelabur adalah penyokong tegar rejim Israel.
Usaha dibentangkan Konsortium Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil 70 peratus kepentingan dalam MAHB. Baki 30 peratus akan dimiliki oleh gabungan Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah dana pelaburan prasarana yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA). Kerajaan mengekalkan hak golden share seperti dalam mana-mana syarikat strategik negara.
Pada kebanyakan masa, ini transaksi perpindahan saham mudah. Siapa ada wang, mengambil jumlah saham tertentu dan membuat tawaran am untuk semua saham yang tidak dimilikinya pada harga tertentu.
Begitu juga cadangan pengambilan dan nyahsenarai MAHB dari Bursa Malaysia. Apa yang mendorong kritikan terhadap Khazanah dan KWSP adalah pembabitan rakan yang menyokong zionis Israel dalam syarikat strategik negara.
Pelabur yang menyokong Israel ada di serata dunia. Yahudi mengawal kewangan dunia adalah fakta. Mereka melabur menerusi institusi pengurus dana antarabangsa dengan mudah di semua pasaran saham dunia sekiranya ada peluang meraih keuntungan.
Jadi, mari kita lupakan sementara penyokong Israel. Apa implikasi tawaran untuk mengambil MAHB sebagai syarikat persendirian? Bursa Malaysia akan kehilangan satu lagi syarikat berkualiti apabila ia dijadikan milik persendirian. Nilai pasaran Bursa akan berkurang kira-kira RM18 bilion.
Pelabur termasuk individu akan kehilangan peluang memiliki saham dalam syarikat blue chip yang ada konsesi tambahan 30 tahun menguruskan lapangan terbang di Malaysia. Konsesi itu memberi keteguhan pulangan wang kepada pelabur.
Kepada Khazanah dan KWSP, ini bukan wang mereka. Pengurus dana seperti Khazanah ‘diberikan’ saham oleh kerajaan seperti dalam TNB, Telekom, Axiata, CIMB serta yang lain sebagai ‘ihsan.’ Berapa ramai pengurus dana yang berjaya sebagai ahli perniagaan dengan melabur wang sendiri jika dibandingkan dengan pengasas Genting, Public Bank, Robert Kuok, Ananda, MrDIY, KK Mart, dan banyak lagi. Senang apabila kita bersembang tanpa menggunakan wang sendiri dan tanpa risiko kehilangan wang sendiri.
Penarikan MAHB akan menjadi seperti PLUS Expressways Berhad yang pada satu masa disenaraikan di Bursa Malaysia, operator lebuh raya terbesar di Asia Tenggara dan kelapan terbesar di dunia. Hari ini jika PLUS masih disenaraikan dan berdasarkan kesesakan di lebuh raya, operator lebuh raya itu sudah bernilai lebih RM30 bilion dalam nilai pasaran.
Mengekalkan status penyenaraian memastikan syarikat beroperasi secara telus, laporan keuntungan dihantar setiap tiga bulan dan kedudukan kewangan menjadi perhatian pelabur dan masyarakat luar.
Ia meningkatkan ketelusan dan meningkatkan prestij pasaran saham tempatan yang satu ketika dahulu adalah lebih besar daripada Hong Kong dan Singapura.
Jika semua syarikat terbaik dan disokong kerajaan dikeluarkan, apa yang tinggal di Bursa Malaysia?
Apabila kita hendak membeli semula 30 peratus kepentingan dalam MAHB daripada pelabur asing ini termasuk BlackRock, adakah mereka akan menjual semula dengan mudah? Mereka akan menuntut harga tinggi.
Alasan adakah kita patut menghentikan menggunakan telefon Apple atau WhatsApp atau produk lain yang dimiliki penyokong Israel adalah seperti bercakap dengan karakter kartun Fred Flintstone. Yang akan menjerit ‘Yabadabadoo’ adalah orang asing yang meraih permata di Bursa Malaysia. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
MAHB, Khazanah, BlackRock dan Fred Flintstone

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved