KELMARIN 11 stesen minyak dan kedai serbaneka di Selatan Thai khususnya di Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat dibom secara serentak sehingga memaksa pihak berkuasa Thailand meningkatkan langkah keselamatan.
Serangan itu dikata dilakukan oleh lebih 50 anggota kumpulan pemberontak yang lengkap bersenjata api. Mereka melepaskan tembakan ke arah kedai serbaneka terlebih dahulu sebelum meletupkan bom.
Bagaimanapun pihak-pihak yang dikaitkan dengan pembebasan wilayah berkenaan menafikan pembabitan mereka dengan kejadian tersebut.
Konflik di wilayah tersebut bukanlah perkara baharu kerana ia sudah lama berlaku di wilayah berkenaan yang melibatkan dua pihak utama iaitu Melayu Islam Thai dan penganut Buddha Thai.
Letupan juga seringkali berlaku di kawasan tersebut. Jumlah kematian dari tahun 2004 sehingga tahun lalu mencatatkan lebih 7,000 nyawa yang melibatkan kedua-dua pihak terlibat.
Ketika ini rundingan damai antara pihak keselamatan Thailand dan pihak-pihak terlibat masih dijalankan dan harapan untuk melihat kedamaian antara pihak bertelagah amat tinggi dalam kalangan rakyat.
Dua etnik yang bertelagah itu dilihat seperti sering bersengketa antara satu sama lain. Hubungan antara mereka dilihat seperti rapuh. Benarkah demikian?
Hakikatnya dua etnik itu boleh sahaja hidup dengan harmoni di wilayah lain, begitu juga dengan di tiga wilayah yang sering menyaksikan pengeboman berlaku.
Mereka juga boleh berurus niaga dan saling bergantung antara satu sama lain dalam banyak hal kehidupan.
Kehilangan nyawa berlaku melibatkan kedua-dua pihak dan yang paling dikhuatiri adalah pembabitan pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada hubungan yang rapuh antara kedua-dua etnik itu.
Selagi tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan dapat ditangkap serta dibuktikan penglibatan mereka dalam sebarang insiden letupan dan keganasan, maka sukar untuk ditentukan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik insiden letupan itu.
Pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah juga pernah dikaitkan dengan insiden letupan sebagai satu cara untuk mengalih perhatian pihak berkuasa terhadap aktiviti mereka.
Ataupun ada pihak lain yang sengaja mengambil kesempatan daripada konflik di tiga wilayah bagi menjayakan agenda mereka.
Apapun konflik itu juga menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya yang mempunyai tali persaudaraan dan mereka yang tinggal berdekatan sempadan wilayah selatan Thai itu.
Lebih-lebih lagi pihak Thailand turut meningkatkan keselamatan dan pemantauan terhadap pergerakan rakyat Malaysia ke negara itu.
Apa yang kita belajar dari konflik selatan Thailand itu?
Sebenarnya ia ada persamaan dari segi perbezaan agama dan fahaman antara Melayu Islam Thai dan juga penganut Buddha. Di Malaysia juga seperti itu.
Tetapi toleransi tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain menjadi asas kekuatan perpaduan rakyat negara ini.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia – UTUSAN
Letupan Selatan Thailand iktibar untuk Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved