Pemimpin datang dan pergi. Menariknya setiap daripada mereka yang mengakhiri amanah sebagai pemimpin itu ada legasi yang ditinggalkan. Begitu juga Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia malam semalam.
Negarawan itu berusia 86 tahun ketika menghabiskan nafas terakhirnya selepas menghadapi masalah pernafasan dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Seperti ditakdirkan, setiap Perdana Menteri yang dipilih adalah mereka yang sesuai pada zaman tersebut. Cabaran politik dan ekonomi yang berbeza seolah-olah selari dengan kepemimpinan ketika itu.
Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003. Beliau dinamakan pengganti selepas Dr. Mahathir membuat keputusan melepaskan jawatan.
Selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir menerima kritikan hebat daripada pembangkang yang semakin agresif terhadap beliau, Walaupun dinafikan dakwaan itu, mereka tetap membuat kritikan bertalu-talu untuk menjatuhkan kerajaan.
Dr. Mahathir juga kecewa dengan isu rasuah yang didakwa berlaku dalam pemilihan kepemimpinan parti seperti diluahkannya dalam perhimpunan agung.
Lagi pula katanya, beliau tidak mahu mendongak langit, menjadi Perdana Menteri selama-lamanya.
Bagi beliau, kepemimpinan baharu harus mengambil alih kuasa daripada beliau. Setiap pemimpin mahukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Sebab itu Dr. Mahathir memilih Abdullah menggantikannya kerana imej yang dibawa oleh Pak Lah.
Ketika itu Abdullah dikenali dilihat paling sesuai lebih-lebih lagi dengan jolokan Mr. Clean kerana rekodnya yang bersih daripada salah laku selain perwatakan sederhana dan membawa legasi waris seorang ulama dari Pulau Pinang iaitu datuknya, Ustaz Abdullah Fahim
Rakyat menerima baik pelantikan kepemimpinan baharu dan polisi yang diperkenalkan oleh Pak Lah dan ini dapat dilihat apabila kerajaan di bawah teraju Abdullah menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 selepas beberapa bulan menggantikan Dr, Mahathir.
Dr. Mahathir semalam ketika memberi penghormatan terakhir kepada penggantinya itu berkata, kerajaan di bawah Pak Lah adalah yang paling cemerlang dan bersejarah apabila mendapat sokongan hampir 90 peratus pengundi dalam sejarah pilihan raya umum negara.
Namun lumrah politik demokrasi negara dan kebebasan untuk mengkritik pemimpin, Abdulah juga menerima penentangan daripada Dr, Mahathir sendiri apabila pendekatan pentadbirannya yang berbeza dengan polisi kerajaan terdahulu.
Atas alasan penjimatan wang kerajaan kerana cabaran ekonomi ketika itu, Pak Lah menangguhkan beberapa projek mega yang dirancang di bawah kerajaan Dr. Mahathir antaranya projek `Jambatan Bengkok`.
Ekoran itu Pak Lah menerima kritikan daripada Dr. Mahathir dan perkembangan politik yang tidak memihak kepadanya menyaksikan beliau membuat keputusan untuk berundur pada 3 April 2009.
Tidak banyak yang diketahui tentang Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah kesihatannya yang merosot terutama penyakit demensia yang dihidapinya. Namun berita pemergiannya kelmarin amat dirasai oleh semua orang.
Bumi Malaysia yang dibasahi hujan semalam merahmati persemadiannya di Makan Pahlawan, Masjid Negara.
Legasi Pak Lah dengan Islam Hadhari dan pembangunan modal insan yang amat ditekannya akan terus dikenang.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Legasi Pak Lah terus dikenang
Pemimpin datang dan pergi. Menariknya setiap daripada mereka yang mengakhiri amanah sebagai pemimpin itu ada legasi yang ditinggalkan. Begitu juga Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia malam semalam.
Negarawan itu berusia 86 tahun ketika menghabiskan nafas terakhirnya selepas menghadapi masalah pernafasan dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Seperti ditakdirkan, setiap Perdana Menteri yang dipilih adalah mereka yang sesuai pada zaman tersebut. Cabaran politik dan ekonomi yang berbeza seolah-olah selari dengan kepemimpinan ketika itu.
Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003. Beliau dinamakan pengganti selepas Dr. Mahathir membuat keputusan melepaskan jawatan.
Selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir menerima kritikan hebat daripada pembangkang yang semakin agresif terhadap beliau, Walaupun dinafikan dakwaan itu, mereka tetap membuat kritikan bertalu-talu untuk menjatuhkan kerajaan.
Dr. Mahathir juga kecewa dengan isu rasuah yang didakwa berlaku dalam pemilihan kepemimpinan parti seperti diluahkannya dalam perhimpunan agung.
Lagi pula katanya, beliau tidak mahu mendongak langit, menjadi Perdana Menteri selama-lamanya.
Bagi beliau, kepemimpinan baharu harus mengambil alih kuasa daripada beliau. Setiap pemimpin mahukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Sebab itu Dr. Mahathir memilih Abdullah menggantikannya kerana imej yang dibawa oleh Pak Lah.
Ketika itu Abdullah dikenali dilihat paling sesuai lebih-lebih lagi dengan jolokan Mr. Clean kerana rekodnya yang bersih daripada salah laku selain perwatakan sederhana dan membawa legasi waris seorang ulama dari Pulau Pinang iaitu datuknya, Ustaz Abdullah Fahim
Rakyat menerima baik pelantikan kepemimpinan baharu dan polisi yang diperkenalkan oleh Pak Lah dan ini dapat dilihat apabila kerajaan di bawah teraju Abdullah menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 selepas beberapa bulan menggantikan Dr, Mahathir.
Dr. Mahathir semalam ketika memberi penghormatan terakhir kepada penggantinya itu berkata, kerajaan di bawah Pak Lah adalah yang paling cemerlang dan bersejarah apabila mendapat sokongan hampir 90 peratus pengundi dalam sejarah pilihan raya umum negara.
Namun lumrah politik demokrasi negara dan kebebasan untuk mengkritik pemimpin, Abdulah juga menerima penentangan daripada Dr, Mahathir sendiri apabila pendekatan pentadbirannya yang berbeza dengan polisi kerajaan terdahulu.
Atas alasan penjimatan wang kerajaan kerana cabaran ekonomi ketika itu, Pak Lah menangguhkan beberapa projek mega yang dirancang di bawah kerajaan Dr. Mahathir antaranya projek `Jambatan Bengkok`.
Ekoran itu Pak Lah menerima kritikan daripada Dr. Mahathir dan perkembangan politik yang tidak memihak kepadanya menyaksikan beliau membuat keputusan untuk berundur pada 3 April 2009.
Tidak banyak yang diketahui tentang Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah kesihatannya yang merosot terutama penyakit demensia yang dihidapinya. Namun berita pemergiannya kelmarin amat dirasai oleh semua orang.
Bumi Malaysia yang dibasahi hujan semalam merahmati persemadiannya di Makan Pahlawan, Masjid Negara.
Legasi Pak Lah dengan Islam Hadhari dan pembangunan modal insan yang amat ditekannya akan terus dikenang.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved