MALAYSIA perlu tekad melangkah mempertahankan keharmonian dengan pelbagai kaumnya hidup bersatu padu. Formula tolak ansur yang asal itu patut dipertahankan dan dihormati.
Jangan dipersoalkan, dijadikan isu serta dicairkan dengan pelbagai tuntutan dan desakan lain. Atau dimusnahkan dengan pelbagai ‘tolak ansur’ lain yang dibuat oleh mana-mana pihak berdasarkan kepentingan politik, budaya dan ekonomi etnik masing-masing.
Cukuplah konflik politik Melayu terjadi disebabkan soal kuasa. Banyak berkisar senario politik di negara ini yang lebih bersifat menyerang dan menjatuhkan seseorang untuk memastikan kedudukan terpelihara.
Begitupun sehingga kini politik Melayu masih menjadi sendi dan tiang seri kepada politik negara. Cuma hendak pegang ketat-ketat pepatah ‘terapung sama hanyut, terendam sama basah’ kepada satu-satu parti bukannya semudah kata-kata.
Cakap-cakap yang didengari, orang Melayu mesti menjadi bangsa contoh di negara ini. Boleh saja formula tolak ansur yang dipersetujui pada 1957 ‘ditolakansurkan’ lagi melalui persaingan yang lebih pragmatik.
Bangsa yang lemah tidak mampu bertolak ansur secara beralah atau secara mengalah. Mereka akan hadapi masalah untuk mengekalkan apa jua hak yang masih ada padanya dalam dunia yang nasibnya tidak lagi dapat diselamatkan melalui ideologi tolak ansur yang formal itu.
Melainkan, diselamatkan melalui kecekapan bangsa itu – menerusi daya saingnya dalam segala bidang. Lebih penting lagi melalui kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpinnya. Pemimpin yang tidak mempunyai kualiti moral yang tinggi dan korup misalnya, pasti tidak akan dapat menyelamatkan bangsanya.
Walhasil, tolak ansur tidak sama dengan perbuatan sorong papan tarik papan atau seperti permainan tarik tali dengan satu pihak melonggarkan tarikan talinya manakala satu lagi menarik tali yang sudah longgar itu.
Jika ‘permainan diplomasi’ seperti ini terus berlaku di negara ini, belum tentu perpaduan antara kaum akan dapat berkekalan. Orang Melayu tidak pernah menentang hak agama lain dan kemewahan yang diperoleh. Orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberikan pelbagai kemudahan kepada bangsa lain.
Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai begitu banyak cuti demi merayakan pelbagai perayaan agama lain. Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai aliran sekolah mengikut bangsa. Orang Melayu memiliki rasa sangat cinta pada perdamaian, jauh sekali rasis.
Dalam The Federation of Malaya Agreement 1948 atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, semasa Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal.
Perkara-perkara pokok seperti hak hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya. Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak disia-siakan.
Tolak ansur, konflik politik Melayu, perebutan kuasa, jawatan dan merit – meletakkan segalanya hari ini tanpa sempadan dari realitinya.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Konflik politik rugikan bangsa

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved