MINGGU lalu saya ada menulis tentang isu sampah yang masih menjadi antara isu atau masalah yang terlalu sukar untuk ditangani. Turut disentuh ialah tentang amalan kitar semula yang boleh dikatakan masih gagal dihayati oleh sebahagian besar rakyat.
Berdasarkan pengalaman beberapa negara maju, kitar semula adalah kaedah berkesan kepada isu lambakan sampah. Jerman kitar semula 56.1 peratus daripada keseluruhan sampahnya, Austria (53.8%), Korea Selatan (53.7%), Wales (52.2%) dan Switzerland (49.7%). Di negara kita, kadar kitar semula di negara masih rendah. Lebih banyak bahan yang berakhir di tapak pelupusan.
Untuk berjaya, kempen kitar semula di negara kita perlu pendekatan lain atau perlu dikitar semula. Contohi negara yang terbaik. Di Eropah, stesen kitar semula berada dalam lingkungan setiap 300 hingga 400 meter daripada kawasan kediaman. Ada juga yang menyediakan mesin layan diri.
Ini bermakna, masyarakatnya tidak perlu mengumpul lama dan pergi jauh untuk bersama-sama menjaya kempen itu. Mereka juga tidak dibayar dengan wang tunai tetapi diberikan baucar diskaun tertentu. Tak tahulah sama ada rakyat Malaysia bersedia menerima baucar.
Memandangkan hasil atau wang dijana daripada kitar semula di negara ini tidak seberapa, pendekatan baharu yang perlu diambil ialah dengan menggalakkan orang ramai mendermakan sahaja bahan kitar semula mereka.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masjid dan surau atau rumah ibadat lain dan sekolah boleh menjadi ejen atau tempat pengumpulan. Sediakan tempat yang sesuai dan orang ramai meletakkan barang kitar semula di situ. Sistem pandu lalu juga boleh digunakan.
Sebagai contoh, jika program itu melibatkan sekolah atau surau, setiap hari pasti ada pelajar dan jemaah yang akan membawa bahan kitar semula dari rumah mereka dan dalam seminggu sahaja, saya yakin ratusan kilogram bahan boleh dikumpulkan.
Selain dapat mendidik khususnya pelajar tentang kepentingan dan manfaat kitar semula, hasil jualan bahan itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan pelajar dan sekolah.
Surau pula dapat menambah kutipan tabung.
Malah, hasil jualan itu mungkin mampu menampung kekurangan Bantuan Geran Per Kapita yang dipotong mulai sesi persekolahan minggu depan tanpa perlu mendesak kerajaan mengembalikan peruntukan yang dipotong.
Perkara ini lebih mudah dicadang daripada dilakukan. Ia memerlukan kerjasama semua pihak terutama yang akan menguruskan sampah yang dikumpulkan supaya tidak mencemarkan kawasan.
Justeru, siapa nak mulakan? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama kementerian lain serta ahli-ahli Yang Berhormat wajar mengambil inisiatif.
Jadikan beberapa sekolah dan rumah ibadat sebagai perintis.
Jika projek ini berjaya, usaha menguruskan baki sampah yang lain akan menjadi lebih mudah. Kalaupun kerajaan mahu membina loji rawatan termal atau insinerator, kita mungkin tidak memerlukan insinerator yang terlalu besar, sekaligus mengurangkan impak pencemaran.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Kitar semula perlu dikitar semula

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved