SETIAP tahun dianggarkan kira-kira 60 juta mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di kemudahan kesihatan kerajaan iaitu sama ada klinik atau hospital.
Pesakit yang ingin mendapat rawatan di sektor awam hanya perlu membayar RM1 untuk rawatan dan ubatan sementara kos lain akan ditanggung oleh kerajaan. Ini antara faktor yang menyebabkan kemudahan kesihatan awam sesak selain kerajaan terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi untuk sektor kesihatan.
Sebab itu ada cadangan supaya caj perkhidmatan kesihatan kerajaan ini dinaikkan sekurang-kurangnya RM10 supaya sesuai dengan keperluan sekarang. Dengan RM1 kerajaan hanya mengutip RM60 juta setahun daripada khidmat pesakit luar.
Sedangkan perbelanjaan oleh kerajaan untuk sektor kesihatan pada tahun ini adalan RM41.2 bilion meningkat daripada RM36.3 bilion pada 2023. Daripada jumlah ini RM5.5 bilion dibelanjakan untuk menyediakan bekalan ubatan dan vaksin sahaja termasuk ubat-ubat yang diberikan kepada 60 juta pesakit luar, yang sebahagiannya dibuang apabila penyakit sudah sembuh.
Sebab itu ada yang berpandangan caj untuk RM1 untuk mendapatkan rawatan pesakit luar di kemudahan kesihatan kerajaan adalah tidak logik. Kalau kita ke klinik swasta kerana demam misalnya, caj yang dikenakan sekitar RM80.
Lagi pula RM1 itu caj yang diperkenalkan 45 tahun lalu ketika harga seliter petrol hanya 80 sen, sekati (0.6kg) gula hanya 70 sen dan sekotak rokok 20 batang ada yang dijual pada harga 20 sen.
Dalam tempoh 45 tahun itu inflasi di Malaysia meningkatkan hampir 500 peratus tetapi caj kesihatan awam tetap kekal RM1. Sebab itu ada yang mencadangkan supaya ia dinaikkan kepada RM10 atau sekurang-kurangnya RM5 dahulu.
Jika RM10, kerajaan akan ada pendapatan RM600 juta setahun jika berdasarkan kepada jumlah pesakit luar 60 juta orang setiap tahun. Sudah tentu ia boleh digunakan untuk menambah baik kemudahan kesihatan termasuk memberikan insentif yang lebih kepada doktor dan jururawat.
Tetapi seperti biasa, apabila ada cadangan kenaikan seperti reaksi pertama orang kita adalah membantah. Alasan membebankan rakyat. Betulkah kalau caj pesakit luar RM10 itu membebankan?
Agaknya sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia, mereka rela berbelanja lebih untuk perkara-perkara yang memudaratkan, tetapi apabila ia membabitkan soal jagaan kesihatan sangat berkira, semuanya mahu dibebankan kepada kerajaan.
Mereka sanggup membayar RM17 untuk sekotak rokok, RM5 untuk satu tin air berkarbonat, RM15 untuk satu hidangan makanan segera, yang mana semua ini boleh menjejaskan kesihatan, tetapi tidak sanggup bayar RM10 (bukan setiap hari) untuk rawatan kesihatan.
Tetapi kalau kena bayar RM80 atau RM100 di klinik swasta mereka tahu pula diam, tidak merungut.
Lagi pula kerajaan ada mekanismenya. Bukan semua orang perlu bayar apabila mendapatkan perkhidmatan di kaunter-kaunter kerajaan. Ada pengecualian untuk orang miskin, warga emas, golongan kurang upaya dan sebagainya. Tetapi bagi yang mampu, yang ada keupayaan kewangan apa salahnya bayar lebih sikit untuk satu perkhidmatan kesihatan yang bertaraf dunia?
Aznan Bakar adalah pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Kita rela bayar mahal untuk rosakkan kesihatan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved