Saya masih ingat lagi pada 2016, ketika proses mahu memilih unit rumah bagi projek PR1MA di Rantau. Saya antara ratusan pembeli yang terpilih selepas cabutan undi dilakukan sebelumnya.
Saya hadir ke Dewan Orang Ramai Rantau awal pagi, bersama isteri yang ketika itu baru beberapa bulan melahirkan anak kedua kami. Datang dengan penuh pengharapan, akhirnya ada peluang untuk memiliki rumah sendiri. Projek ini dijanjikan siap dalam tempoh beberapa tahun sahaja.
Masa berlalu, projek melibatkan 766 unit rumah yang sepatutnya selesai pada 2019 masih gagal disiapkan. Selepas itu, saban minggu saya melalui kawasan hadapan tapak projek, menanti untuk sesuatu saya sendiri tidak pasti bila boleh miliki.
Akhirnya projek ini berjaya disiapkan baru-baru ini, proses serah kunci kepada pembeli juga bermula semalam. Perasaan bercampur baur. Lega, syukur, sebak, tidak dinafikan ada juga kecewa.
Penantian panjang ditempuh bukanlah mudah. Bagi ramai pembeli, ia meninggalkan parut emosi yang dalam. Mereka mengalami tekanan kewangan bertahun-tahun.
Ansuran pinjaman bank perlu dibayar tetapi rumah masih belum siap, sambil menyewa pula rumah di tempat lain. Ada yang perlu menyimpan rasa segan terpaksa menumpang di rumah orang tua. Tidak kurang malu untuk bercerita tentang rumah yang ‘masih belum menjadi nyata’.
Ada kisah suami isteri yang tidak sempat tinggal bersama. Meninggal dunia dan juga yang sudah berpisah kerana masalah rumah tangga.
Sepatutnya menjadi permulaan baharu, namun bagi sesetengah pembeli, rumah ini tinggal kenangan yang tidak sempat dikecapi.
Sukar untuk dituding jari siapa yang harus dipersalahkan, kontraktor bertukar, pandemik melanda, kekurangan pekerja, harga bahan binaan meningkat, namun akhirnya pembeli menjadi mangsa keadaan.
Apa yang berlaku untuk PR1MA Rantau bukan kes terpencil. Ia cerminan masalah dalam sektor perumahan negara, terutama berkaitan projek-projek mampu milik.
Masalah yang berlaku tidak boleh berulang. Keyakinan umum terhadap sistem perumahan negara terjejas. Membeli rumah bukan sepatutnya menjadi perjudian. Sistem ini sepenuhnya perlu melindungi pembeli.
Bagaimanapun, saya dan pembeli lain berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus mahu memastian projek perumahan ini disiapkan.
Memang bukan mudah, tetapi sekurang-kurangnya hari ini kami boleh memulakan bab baharu dalam perjalanan kehidupan.
Semoga kisah kami menjadi pedoman, dalam membina rumah, sebenarnya kita sedang membina masa hadapan. Memiliki rumah sepatutnya jadi simbol ketenangan dan kegembiraan bukan kekecewaan. – UTUSAN
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kisah penantian panjang pembeli PR1MA Rantau
Saya masih ingat lagi pada 2016, ketika proses mahu memilih unit rumah bagi projek PR1MA di Rantau. Saya antara ratusan pembeli yang terpilih selepas cabutan undi dilakukan sebelumnya.
Saya hadir ke Dewan Orang Ramai Rantau awal pagi, bersama isteri yang ketika itu baru beberapa bulan melahirkan anak kedua kami. Datang dengan penuh pengharapan, akhirnya ada peluang untuk memiliki rumah sendiri. Projek ini dijanjikan siap dalam tempoh beberapa tahun sahaja.
Masa berlalu, projek melibatkan 766 unit rumah yang sepatutnya selesai pada 2019 masih gagal disiapkan. Selepas itu, saban minggu saya melalui kawasan hadapan tapak projek, menanti untuk sesuatu saya sendiri tidak pasti bila boleh miliki.
Akhirnya projek ini berjaya disiapkan baru-baru ini, proses serah kunci kepada pembeli juga bermula semalam. Perasaan bercampur baur. Lega, syukur, sebak, tidak dinafikan ada juga kecewa.
Penantian panjang ditempuh bukanlah mudah. Bagi ramai pembeli, ia meninggalkan parut emosi yang dalam. Mereka mengalami tekanan kewangan bertahun-tahun.
Ansuran pinjaman bank perlu dibayar tetapi rumah masih belum siap, sambil menyewa pula rumah di tempat lain. Ada yang perlu menyimpan rasa segan terpaksa menumpang di rumah orang tua. Tidak kurang malu untuk bercerita tentang rumah yang ‘masih belum menjadi nyata’.
Ada kisah suami isteri yang tidak sempat tinggal bersama. Meninggal dunia dan juga yang sudah berpisah kerana masalah rumah tangga.
Sepatutnya menjadi permulaan baharu, namun bagi sesetengah pembeli, rumah ini tinggal kenangan yang tidak sempat dikecapi.
Sukar untuk dituding jari siapa yang harus dipersalahkan, kontraktor bertukar, pandemik melanda, kekurangan pekerja, harga bahan binaan meningkat, namun akhirnya pembeli menjadi mangsa keadaan.
Apa yang berlaku untuk PR1MA Rantau bukan kes terpencil. Ia cerminan masalah dalam sektor perumahan negara, terutama berkaitan projek-projek mampu milik.
Masalah yang berlaku tidak boleh berulang. Keyakinan umum terhadap sistem perumahan negara terjejas. Membeli rumah bukan sepatutnya menjadi perjudian. Sistem ini sepenuhnya perlu melindungi pembeli.
Bagaimanapun, saya dan pembeli lain berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus mahu memastian projek perumahan ini disiapkan.
Memang bukan mudah, tetapi sekurang-kurangnya hari ini kami boleh memulakan bab baharu dalam perjalanan kehidupan.
Semoga kisah kami menjadi pedoman, dalam membina rumah, sebenarnya kita sedang membina masa hadapan. Memiliki rumah sepatutnya jadi simbol ketenangan dan kegembiraan bukan kekecewaan. – UTUSAN
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved