Selepas berpuluh-puluh tahun hidup para pekebun kecil getah ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, golongan itu kini boleh menarik nafas lega.
Ini apabila difahamkan, kerajaan akan menggunakan getah beku tempatan (cup lump) sebagai bahan turapan jalan raya di seluruh negara.
Ia susulan laporan muka depan Utusan Malaysia semalam tentang penggunaan getah beku yang dicampur bitumen, dikenali sebagai Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB). Ia untuk menurap jalan raya seluruh negara, telah diambil cakna oleh Kementerian Kerja Raya.
Langkah itu juga membolehkan kerajaan menjimatkan kos setengah bilion ringgit setahun jika menggunakan getah asli tempatan sebagai bahan penurap dalam penyelenggaraan jalan raya di negara ini.
Selain itu, penggunaan getah beku tempatan mempunyai jangka hayat dua kali ganda lebih tinggi dari menggunakan teknologi lama sisa serbuk tayar terpakai (crum rubber) yang diimport dari luar negara.
Lebih penting, penggunaan sumber tempatan itu juga dapat merangsang industri pengeluaran getah yang mengalami penyusutan harga dengan permintaan 90,000 tan metrik setiap tahun. Ini sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang berdepan dengan isu harga getah sejak sekian lama.
Selama ini, hidup para pekebun kecil memang tersepit. Kejatuhan mendadak harga getah di pasaran menyebabkan kebanyakan penoreh terpaksa mencari pendapatan sampingan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Mingguan Malaysia pada September 2022 melaporkan, ketidaktentuan harga getah di pasaran yang disifatkan masih di tahap rendah terus menghantui lebih 200,000 pekebun kecil getah seluruh negara.
Sebabnya, harga komoditi itu hampir dua bulan mengalami penurunan mendadak daripada RM3.20 sekilogram membabitkan getah beku kepada RM2.30 sekilogram.
Senang cakap, harga getah yang murah itu bukan sekadar menjejaskan pendapatan, malah tidak berbaloi sekiranya masih terus menoreh berbanding penat lelah serta kos terpaksa dikeluarkan.
Dengan keputusan kerajaan ini, kira-kira 35,000 tan metrik getah beku tempatan setahun akan digunakan untuk teknologi CMB. Dengan jumlah penggunaan getah sebanyak itu, ia disasarkan untuk digunakan bagi kerja penurapan jalan raya sepanjang kira-kira 8,700 kilometer
Bagi meningkatkan pendapatan para pekebun kecil, kerajaan disaran menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara bagi tujuan penurapan jalan raya.
Dengan cara ini, barulah nasib pekebun kecil getah terbela dan dapat juga merasai nikmat hasil kekayaan negara sebagaimana para pekebun sawit.
Barangkali masih banyak kepakaran dan penemuan inovasi oleh pakar-pakar tempatan yang ‘jadi arkib’ di pusat-pusat penyelidikan negara. Khazanah inilah yang mesti digali dan dibongkar untuk memacu negara lebih maju dan membantu meningkatkan lagi ekonomi para petani terlibat. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Khabar gembira untuk pekebun kecil getah

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved