Kesihatan mental pekerja, sejauh mana majikan ambil peduli?
Oleh Yulpisman Haji Asli
23 September 2026, 7:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LAPORAN akhbar ini bahawa seramai 55,169 penjawat awam dikenal pasti berada dalam kategori berisiko tinggi berkaitan kesejahteraan mental, termasuk mempunyai kecenderungan membunuh diri sepatutnya menjadi isyarat amaran.
Sebagaimana ditegaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd. Bakhari Ismail, jumlah itu menunjukkan isu kesihatan mental dalam perkhidmatan awam perlu diberi perhatian serius dan ditangani menerusi pendekatan lebih menyeluruh.
Itu di peringkat penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta daripada lebih 16 juta pekerja di negara ini.
Bagaimana dengan pekerja sektor swasta? Kita kurang didedahkan dengan kajian kesihatan mental membabitkan pekerja sektor swasta yang mewakili sebahagian besar tenaga kerja dalam negara.
Malah, amat jarang dibincangkan masalah dihadapi oleh pekerja sektor swasta berbanding awam.
Misalnya, soal bebanan kerja. Yang lebih kerap dibincangkan adalah pekerja sektor awam seperti guru dan doktor mengalami bebanan kerja berlebihan. Tidak banyak pula yang membicarakan soal bebanan dan tekanan kerja dihadapi oleh pekerja swasta dalam kategori sama dan lain-lain sektor misalnya pekerja industri media. Berapa banyak kajian dibuat mengenai kesihatan mental pekerja dalam bidang itu?
Apa yang majikan peduli ialah ‘anda yang pilih bidang ini, maka buatlah kerja.’ Anda bekerjalah sehingga larut malam, majikan tidak ambil pusing, tidak jadi isu. Yang jadi isu bila anda terlepas berita penting. Boleh dikatakan pekerja industri media antara paling terdedah kepada kesihatan mental.
Begitu juga soal gaji. Penjawat awam lebih mendapat perhatian majikannya iaitu kerajaan. Berbeza dengan majikan swasta yang sangat berkira soal gaji dan imbuhan kepada pekerjanya. Jika di pihak penjawat awam, bebanan berlebihan mereka dibalas dengan pelbagai imbuhan dan elaun. Mereka ada elaun perumahan dan bermacam lagi.
Semua itu tidak ada pada pekerja sektor swasta. Nak beli rumah, ikut nasib masing-masing. Sebab itu masih ramai pekerja swasta tiada rumah sendiri berbanding penjawat awam.
Justeru, bukan hanya penjawat awam, tekanan dan bebanan kerja berlebihan boleh menjerumuskan pekerja swasta ke dalam krisis kesihatan mental.
Namun, sejauh mana pihak majikan ambil peduli? Berapa banyak majikan yang ada menjalankan kaji selidik tahap kesihatan mental pekerjanya? Berapa ramai pula majikan yang bersedia melabur untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan yang kondusif yang membantu masalah tekanan mental para pekerjanya?
Atau mungkinkah bagi majikan pekerja diperlukan selagi boleh mendatangkan untung, jika sudah tidak berupaya, banyak lagi calon yang boleh mengisi jawatan tersebut? – UTUSAN
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved