PADA hujung minggu dan cuti umum orang kita sering merungut kerana tempat-tempat tumpuan dipenuhi dengan warga asing. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah di bandar-bandar utama lain di seluruh negara fenomenanya sama sahaja.
Hujung minggu dan cuti umum tenaga kerja asing yang berada di negara ini akan keluar untuk berlibur dan bertemu dengan rakan-rakan senegara yang mencari makan di Malaysia.
Apabila kita melihat mereka berkumpul seolah-olah memberi bayangan para pekerja asing ini telah menguasai negara ini.
Walaupun pada mata kasar kita, jumlah mereka itu sudah terlalu ramai hingga menyebabkan orang tempatan pun takut, namun realitinya ia masih belum mencukupi. Pelbagai sektor industri di negara ini masih memerlukan pekerja asing bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Berdasarkan maklum balas daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), negara kita masih memerlukan sekitar 700,000 orang tenaga kerja asing bagi mengisi keperluan di tiga sektor industri utama.
Tiga sektor terbabit adalah pembuatan, perhotelan dan restoran. Sektor pembuatan memerlukan tambahan kira-kira 600,000 pekerja asing untuk memastikan operasi berjalan lancar dan memenuhi permintaan pasaran.
Jika tidak diisi ia akan menjejaskan pengeluaran dan keupayaan industri untuk memenuhi pesanan pelanggan termasuk untuk eksport. Ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi negara.
Di sektor perhotelan pula yang kini sedang bersedia untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 memerlukan kira-kira 20,000 pekerja asing untuk memenuhi keperluan operasi harian dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
Ketika kita merungut negara ini dibanjiri oleh warga asing, pada masa sama sektor-sektor industri kita bergelut untuk mendapatkan tenaga kerja bagi memastikan operasi berjalan dan ekonomi bergerak.
Apa jadi kalau semua warga asing yang kita meluat sangat itu dihantar pulang? Siapa akan siapkan bangunan yang sedang dibina? Siapa akan siapkan rumah kediaman yang sudahpun ditempah? Siapa akan kait buat kelapa sawit dan siapa akan angkut sampah yang kita buang setiap hari?
Dalam pada itu timbul juga persoalan apa jadi dengan sumber tenaga tempatan kita? Setiap tahun ada kira-kira 300,000 lepas Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak melanjutkan atau menyambung pelajaran. Ke mana mereka ini pergi. Jika kita ambil angka lepasan SPM ini sejak tahun 2020, pada tahun ini kita sepatutnya ada sekitar 1.5 juta tenaga kerja tidak mahir tempatan. Tetapi ke mana mereka ini pergi? Adakah mereka bekerja di luar negara, bekerja sendiri atau langsung tidak mahu kerja?
Kalau kita bercakap dengan majikan pun terutama pemilik restoran, diakui memang sukar untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan. Kalau ada pun mereka ini penuh dengan bermacam-macam kerenah.
Ini dilema yang dihadapi Malaysia sebagai sebuah negara membangun. Dilema kenapa warga tempatan tidak mahu kerja. Adakah bantuan yang mereka terima daripada kerajaan itu sudah cukup untuk mereka hidup hingga tidak perlu kerja?
Jika rakyat tempatan tidak mahu kerja maka sektor ekonomi di negara ini terpaksa mengambil tenaga kerja asing. Siapa yang kita mahu salahkan dalam hal ini?
Aznan Bakar ialah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Kenapa tidak mahu kerja?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved