SEMALAM sebahagian daripada 2.597 juta pengundi di Johor telah membuat keputusan memilih kerajaan baharu bagi mentadbir negeri itu.
Tidak semua pengundi berdaftar keluar mengundi. Namun keputusan daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu adalah muktamad dan perlu dihormati oleh semua pihak.
Proses demokrasi telah pun dilaksanakan. Jika dahulu para pemimpin memberi alasan majoriti nipis punca kerajaan tidak stabil dan boleh tumbang lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk memberi laluan kepada pemilihan kerajaan baharu.
Semalam rakyat telah membuat keputusan. Jelas siapa yang dipilih untuk mentadbir negeri Johor. Sama ada ia kemenangan kecil atau besar itu tidak penting. Yang penting itu adalah kehendak rakyat melalui kertas undi yang mereka pangkah.
Bagi 239 calon daripada 11 gabungan dan parti politik yang bertanding pada PRN ini termasuk 16 calon Bebas, mereka perlu terima hakikat itu.
Matlamat DUN dibubarkan adalah untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Hasilnya mandat baharu sudah diberikan. Maka ia perlu dihormati dan dipatuhi. Jangan ulangi perangai lama lompat sana dan lompat sini kerana ia hanya mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh pengundi.
Yang menang dalam PRN semalam adalah rakyat Johor. Mereka yang membuat keputusan dan mereka yang memastikan kemenangan tersebut.
Pihak yang menang tidak perlu mendabik dada. Sebaliknya perlu buktikan mandat yang diterima daripada rakyat itu berbaloi dan mereka yang menang akan bekerja untuk mengotakan janji.
Pastikan alasan atau matlamat ketika mahu membubarkan DUN tempoh hari dilaksanakan. Segala janji yang tabur sama ada yang bernama ikhtiar, ikrar atau pelan tindakan eloklah ditunaikan tanpa sebarang alasan.
Mandat baharu yang dimahukan rakyat sudah berikan. Pasca pilihan raya adalah masa untuk bekerja dan masa membuktikan segala janji yang dilontarkan bukan sekadar menanam tebu di bibir.
Tempat-tempat yang sepanjang tempoh berkempen meriah dengan majlis pecah tanah mesti berubah menjadi bangunan selepas ini. Jangan selepas PRN janji hanya tinggal janji lalu dicipta pula alasan baharu untuk mengelakkan daripada menunaikan janji.
Ingat, keputusan PRN Johor semalam adalah kemenangan rakyat. Kemenangan itu mereka wakilkan kepada pemimpin dan parti yang mereka pilih.
Pemimpin dan parti yang menang tidak perlu mendabik dada, sebaliknya buktikan pilihan rakyat itu tepat dan mereka layak menerajui kerajaan negeri.
Ramai mahu lihat adakah Johor selepas PRN lebih baik daripada Johor yang sebelum PRN. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kemenangan rakyat di Johor
SEMALAM sebahagian daripada 2.597 juta pengundi di Johor telah membuat keputusan memilih kerajaan baharu bagi mentadbir negeri itu.
Tidak semua pengundi berdaftar keluar mengundi. Namun keputusan daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu adalah muktamad dan perlu dihormati oleh semua pihak.
Proses demokrasi telah pun dilaksanakan. Jika dahulu para pemimpin memberi alasan majoriti nipis punca kerajaan tidak stabil dan boleh tumbang lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk memberi laluan kepada pemilihan kerajaan baharu.
Semalam rakyat telah membuat keputusan. Jelas siapa yang dipilih untuk mentadbir negeri Johor. Sama ada ia kemenangan kecil atau besar itu tidak penting. Yang penting itu adalah kehendak rakyat melalui kertas undi yang mereka pangkah.
Bagi 239 calon daripada 11 gabungan dan parti politik yang bertanding pada PRN ini termasuk 16 calon Bebas, mereka perlu terima hakikat itu.
Matlamat DUN dibubarkan adalah untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Hasilnya mandat baharu sudah diberikan. Maka ia perlu dihormati dan dipatuhi. Jangan ulangi perangai lama lompat sana dan lompat sini kerana ia hanya mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh pengundi.
Yang menang dalam PRN semalam adalah rakyat Johor. Mereka yang membuat keputusan dan mereka yang memastikan kemenangan tersebut.
Pihak yang menang tidak perlu mendabik dada. Sebaliknya perlu buktikan mandat yang diterima daripada rakyat itu berbaloi dan mereka yang menang akan bekerja untuk mengotakan janji.
Pastikan alasan atau matlamat ketika mahu membubarkan DUN tempoh hari dilaksanakan. Segala janji yang tabur sama ada yang bernama ikhtiar, ikrar atau pelan tindakan eloklah ditunaikan tanpa sebarang alasan.
Mandat baharu yang dimahukan rakyat sudah berikan. Pasca pilihan raya adalah masa untuk bekerja dan masa membuktikan segala janji yang dilontarkan bukan sekadar menanam tebu di bibir.
Tempat-tempat yang sepanjang tempoh berkempen meriah dengan majlis pecah tanah mesti berubah menjadi bangunan selepas ini. Jangan selepas PRN janji hanya tinggal janji lalu dicipta pula alasan baharu untuk mengelakkan daripada menunaikan janji.
Ingat, keputusan PRN Johor semalam adalah kemenangan rakyat. Kemenangan itu mereka wakilkan kepada pemimpin dan parti yang mereka pilih.
Pemimpin dan parti yang menang tidak perlu mendabik dada, sebaliknya buktikan pilihan rakyat itu tepat dan mereka layak menerajui kerajaan negeri.
Ramai mahu lihat adakah Johor selepas PRN lebih baik daripada Johor yang sebelum PRN. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved