Ilmu dan pendidikan amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Ia juga instrumen utama dalam membebaskan kita daripada kemiskinan dan menikmati hidup yang lebih baik.
Di dunia ini, alam persekolahan menjadi tempat utama memberikan pendidikan kepada manusia. Tanpa sekolah, mana mungkin kita boleh mengenal huruf, menulis, membaca dan mengira.
Sebab itu, usaha Kementerian Pendidikan untuk membendung masalah keciciran murid baik di sekolah rendah dan menengah amat dipuji.
Setakat ini, program outreach yang dijalankan berjaya membawa kembali 2,873 murid ke dalam sistem pendidikan negara.
Daripada jumlah itu, seramai 883 adalah murid sekolah rendah, manakala 1,990 lagi pelajar sekolah menengah. Mereka telah kembali bersekolah dan kekal sehingga tamat tempoh persekolahan. Dalam masa sama, kementerian turut membangunkan Sistem Pengesanan KPM (SiPKPM). Ia dapat mengesan dan mengenal pasti murid berisiko tercicir daripada dunia pendidikan.
Antara alasan berlaku keciciran adalah kemiskinan, lokasi yang terlalu jauh di pedalaman sehingga terpaksa menempuh perjalanan yang berjam-jam untuk ke sekolah selain tidak minat belajar.
Untuk itu, ibu bapa sangat perlu memainkan peranan penting dalam menangani hal ini. Jangan biarkan anak-anak yang masih kecil membuat keputusan sendiri yang akan merosakkan masa depan mereka.
Memanglah kemiskinan atau duduk di pedalaman itu menyukarkan untuk bersekolah. Kemiskinan misalnya menyebabkan tidak boleh bayar yuran, tidak boleh beli pakaian dan kelengkapan sekolah dan mungkin juga anak tidak ada duit belanja.
Barangkali anak-anak pun ada yang beri cadangan lebih baik mereka turut bekerja. Sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan belanja dapur keluarga.
Namun, ibu bapa perlu berkeras dan bertegas.
Fikirlah jauh ke hadapan. Biarlah kita bekerja lebih keras membanting tulang mencari rezeki menyekolahkan anak-anak.
Jangan biar atau izinkan mereka yang masih mentah itu bekerja.
Biarlah kita, para ibu bapa tak berganti baju, naik motor atau kereta buruk asalkan pendidikan anak-anak tidak terabai.
Ibu bapa mesti teguhkan pendirian dan prinsip walau apa pun berlaku, anak-anak mesti terus bersekolah.
Setiap ibu bapa juga mesti ada impian mahu melihat anak-anak lebih berjaya daripada mereka apabila mereka dewasa kelak.
Dalam masa sama, KPM telah mewujudkan model sekolah komprehensif 11 (K11) bagi menangani isu keciciran di kawasan pedalaman.
Terutama membabitkan murid yang menghadapi kesukaran meneruskan pendidikan ke peringkat menengah disebabkan lokasi jauh, bentuk muka bumi yang mencabar dan sosio ekonomi keluarga.
KPM turut sediakan 18 jenis bantuan persekolahan iaitu 13 jenis Bantuan Khusus dan lima jenis Bantuan Umum, mengambil kira faktor kemiskinan yang menyebabkan kanak-kanak cicir daripada sistem persekolahan.
Ingatlah, alam persekolahan selama 11 tahun itu akan menentukan masa depan anak-anak untuk meneruskan kehidupan. Berbekalkan ilmu, insya-Allah hidup akan berjaya. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia.
Keciciran murid: Ibu bapa kena bantu atasi

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved