Kecantikan bola sepak dan kekejian politik

Kecantikan bola sepak dan kekejian politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLA sepak disebut sebagai the beautiful game. Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang adalah testimoni kecantikan sukan ini. Selama sebulan setiap empat tahun, dunia akan tertumpu meraikan kegemilangan bola sepak.

Tidak kira sama ada negara seperti Malaysia yang tidak layak ke peringkat akhir. Tidak kira negara itu dari benua Afrika, gergasi kerdil Asia Barat atau samba Amerika Selatan. Penyokong dan peminat tertumpu ke kaca televisyen seawal jam 3 pagi. Tidak hairan ia adalah acara sukan yang paling ramai diikuti di dunia.

Ia juga bukan mengenai gaji besar pemain atau status kelab dalam liga tempatan. Ia juga bukan mengenai status atau latar belakang. Ia hanya mengenai memenangi piala paling berprestij dalam acara sukan dunia. Tiada kejuaraan menjanjikan kemasyhuran abadi atau eternal glory seperti Piala Dunia.

Pemain seperti Pele, Franz Beckenbauer, Gordon Banks, Jurgen Klinsmann, Diego Maradona dan Dino Zoff dijulang sehingga kiamat kerana mereka pernah memenangi piala itu. Malah seramai 455 pemain telah merasai eternal glory dengan memenangi Piala Dunia.

Seagung mana seorang pemain di kelab seperti Karl-Heinz Rummenigge, Lionel Messi, Johan Cruyff, Eusebio atau Cristiano Ronaldo, mereka tidak pernah menjulang Piala Dunia. Ini peluang terakhir untuk Messi dan Ronaldo.

Apa yang menjadikan bola sepak dan Piala Dunia sangat istimewa? Ia mengenai keazaman seseorang. Kemahuan mahu menjadi terbaik. Keikhlasan yang sejernih air sungai di gunung.

Dedikasi dan disiplin yang tiada batasan. Ia bukan mengenai saiz sosok badan. Kepakaran digarap sejak kecil hingga menakluk dunia. Tiada pilih kasih mencapai ke peringkat tertinggi atau melobi untuk jawatan seperti dalam politik. Perasaan menyarung jersi pasukan dan mewakili sesuatu pasukan dan kebanggaan apabila bermain bersama rakan sepasukan.

Anda disenaraikan kerana bakat dan bukan latar belakang keluarga atau hubungan mereka berkuasa. Ia bukan mengenai status sosio ekonomi atau siapa boleh dilobi. Kebanyakan pemain bola datang dari keluarga susah. Bola sepak jadi tiket keluar daripada kemiskinan. Anda menang kerana anda terbaik atau secara berpasukan menjadi unit yang mampu menewaskan mana-mana pasukan.

Piala Dunia di Qatar sudah membuktikan keajaiban itu. Kemenangan Iran dan Arab Saudi terhadap gergasi besar. Mereka dirai di seluruh dunia. Negara kerdil Jepun, Korea Selatan dan Australia layak ke peringkat kalah mati.

Pasukan yang tewas seperti Jerman, Uruguay dan Belgium pula tidak lari menangis dan melobi kepada FIFA mereka sepatutnya berada dalam kumpulan 16 terakhir hanya kerana ranking mereka lebih baik di dunia. Ia tidak seperti politik Malaysia. Yang kalah ada tempat di Kabinet. Bola sepak tidak boleh diputar belit dan hak orang lain tidak boleh dirampas.

Kita ada kurang dua minggu untuk menikmati sukan paling agung. Nama 26 pemain akan ditambah kepada senarai 455 pemain lampau yang pernah merasai kegemilangan memegang Piala Dunia. Mereka akan dijulang kerana kehebatan dan merasai eternal glory. Itu harga diri dan maruah berbanding….-UTUSAN

  • Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.