Hari ini nasib kira-kira 413,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diketahui apabila keputusannya diumumkan di sekolah masing-masing.
Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya, biasanya mereka akan menerima ungkapan SPM bukan pengakhiran perjalanan pembelajaran anda.
Itulah yang sering diucapkan kepada calon-calon SPM sebaik sahaja keputusan peperiksaan awam utama itu diketahui.
Memang itulah adatnya, yang berjaya diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan manakala yang mendapat keputusan biasa-biasa sahaja terpaksa memendam sendiri perasaan mereka.
Sebenarnya tidak ada yang pelik dengan keputusan setiap calon itu kerana mereka mendapat apa yang telah diusahakan sejak sebelum peperiksaan lagi.
Mustahillah yang tidak belajar bersungguh-sungguh akan mendapat A dalam mata pelajaran diambil. Malah yang telah bekerja keras boleh menjangka sendiri keputusan SPM mereka walaupun mungkin tidak tepat seperti yang disasarkan.
Apapun keputusan SPM memang menjadi penentu perjalanan pembelajaran seterusnya buat setiap pelajar kerana dengan keputusan yang baik, mereka boleh menyambung pengajian ke universiti, politeknik, matrikulasi atau ke tingkatan enam.
Sudah pasti tempat di IPT awam terhad untuk memenuhi permohonan semua calon yang layak dan berminat untuk menyambung pengajian tinggi. Di sinilah cabaran untuk mereka bermula kerana faktor merit setiap calon menjadi perkiraan.
Itu perkara yang difahami oleh semua pihak kerana tidak mungkin kerajaan dapat menjamin tempat di IPT untuk semua calon yang layak kerana pengajian tinggi sudah tentu melibatkan peruntukan kewangan yang besar.
Yang gagal mendapat tempat itu, mereka wajar memilih untuk menyertai IPT swasta dan pelbagai institusi latihan awam atau swasta yang pengajiannya juga tidak kurang hebat malah boleh menjadi landasan untuk menyertai semula institusi arus perdana pada masa depan.
Semangat mereka untuk menyambung pengajian tinggi itu harus disokong oleh keluarga dan tidak sepatutnya minat mereka terhenti begitu sahaja.
Kini ibu bapa atau waris lepasan sekolah itu perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat yang betul, panduan, sokongan serta pendedahan tentang pelbagai peluang untuk terus belajar.
Lepasan pelajar itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jika gagal ke mana-mana IPT kerana kesilapan membuat keputusan, hanya akan menutup peluang mereka untuk menikmati kehidupan lebih baik pada masa depan.
Tidak ramai yang menikmati kehidupan yang lebih baik sekiranya tiada pelajaran, kemahiran dan ilmu pengetahuan.
Memang ada yang berjaya dalam kerjaya atau perniagaan tanpa memiliki sijil, diploma atau ijazah, tetapi jumlahnya sedikit dan kualiti mereka memang luar biasa sejak dari awal lagi.
Sebab itulah dalam menentukan perjalanan masa depan lepasan sekolah, ia mesti dilakukan oleh ibu bapa dan pelajar itu sendiri dengan bijaksana.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Ke mana hala tuju calon SPM 2025?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved