Perkhidmatan kesihatan kebangsaan diakui antara yang terbaik di dunia dan usaha mempertingkatkannya lagi sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
Walaupun caj mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan rendah, rakyat negara ini masih boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa.
Fi rawatan kes pesakit luar luar hanya RM1 bagi warganegara ini dan jika kes dirujuk kepada doktor pakar, cajnya pula RM5. Ia memang amat rendah dan boleh dikatakan percuma sebenarnya mengambilkira kos rundingan dengan doktor dan ubat yang dibawa pulang.
Perkhidmatan murah tetapi berkualiti tinggi itu dilakukan semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.
Namun ada yang berpandangan kerajaan patut menaikkan kadar fi yang sudah empat dekad tidak berubah itu supaya perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan.
Jika ia memberi manfaat seperti dapat memastikan bekalan ubat berterusan, lebih ramai doktor dilantik, kes-kes bayar dahulu rawat kemudian boleh dikurangkan atau pesakit perlu membeli peralatan tertentu untuk rawatan kesihatan mereka, maka wajarlah fi itu dinaikkan sedikit.
Fi dan caj rawatan tidak perlu terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat kerana Kementerian Kesihatan antara penerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan 2025.
Kementerian itu menerima RM45.27 bilion termasuk RM6 bilion bagi tujuan bekalan perubatan fasiliti kesihatan.
Lagi pula perkhidmatan kesihatan melibatkan semua orang, peringkat umur dan juga sosioekonomi. Setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan sememangnya untuk kesejahteraan semua rakyat.
Ketika kos kesihatan swasta yang semakin tinggi, ramai terpaksa memilih klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.
Sama seperti bidang pendidikan, perkhidmatan kesihatan juga menjadi tumpuan hampir semua rakyat.
Soal fi itu juga antara yang dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Ke-8 2025 bersama enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam pagi semalam.
Mesyuarat itu membincangkan Halatuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional sebagai persiapan menghadapi ancaman kesihatan yang mungkin berlaku pada masa hadapan, termasuk rintangan antimikrob.
Isu pembiayaan kesihatan itu juga antara tumpuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagi tahun ini selain usaha pendigitalan kesihatan serta penyusunan semula sumber manusia untuk menambah baik dan mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian sistem kesihatan negara.
Apapun keputusan kerajaan dalam soal pembiayaan kesihatan awam, ia mesti dibuat untuk kesejahteraan rakyat dan perkhidmatan yang lebih baik. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Ke arah perkhidmatan kesihatan lebih baik
Perkhidmatan kesihatan kebangsaan diakui antara yang terbaik di dunia dan usaha mempertingkatkannya lagi sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
Walaupun caj mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan rendah, rakyat negara ini masih boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa.
Fi rawatan kes pesakit luar luar hanya RM1 bagi warganegara ini dan jika kes dirujuk kepada doktor pakar, cajnya pula RM5. Ia memang amat rendah dan boleh dikatakan percuma sebenarnya mengambilkira kos rundingan dengan doktor dan ubat yang dibawa pulang.
Perkhidmatan murah tetapi berkualiti tinggi itu dilakukan semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.
Namun ada yang berpandangan kerajaan patut menaikkan kadar fi yang sudah empat dekad tidak berubah itu supaya perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan.
Jika ia memberi manfaat seperti dapat memastikan bekalan ubat berterusan, lebih ramai doktor dilantik, kes-kes bayar dahulu rawat kemudian boleh dikurangkan atau pesakit perlu membeli peralatan tertentu untuk rawatan kesihatan mereka, maka wajarlah fi itu dinaikkan sedikit.
Fi dan caj rawatan tidak perlu terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat kerana Kementerian Kesihatan antara penerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan 2025.
Kementerian itu menerima RM45.27 bilion termasuk RM6 bilion bagi tujuan bekalan perubatan fasiliti kesihatan.
Lagi pula perkhidmatan kesihatan melibatkan semua orang, peringkat umur dan juga sosioekonomi. Setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan sememangnya untuk kesejahteraan semua rakyat.
Ketika kos kesihatan swasta yang semakin tinggi, ramai terpaksa memilih klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.
Sama seperti bidang pendidikan, perkhidmatan kesihatan juga menjadi tumpuan hampir semua rakyat.
Soal fi itu juga antara yang dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Ke-8 2025 bersama enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam pagi semalam.
Mesyuarat itu membincangkan Halatuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional sebagai persiapan menghadapi ancaman kesihatan yang mungkin berlaku pada masa hadapan, termasuk rintangan antimikrob.
Isu pembiayaan kesihatan itu juga antara tumpuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagi tahun ini selain usaha pendigitalan kesihatan serta penyusunan semula sumber manusia untuk menambah baik dan mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian sistem kesihatan negara.
Apapun keputusan kerajaan dalam soal pembiayaan kesihatan awam, ia mesti dibuat untuk kesejahteraan rakyat dan perkhidmatan yang lebih baik. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved