TERKINI
FLYsiswa bantu pelajar beli tiket kapal terbang – FadillahKPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bernilai RM420,000Amang seksual: Bekas guru tabligh kekal dijel 15 tahun, 14 sebatanPolis tahan 15 warga asing terbabit curi kad peralatan TMBeijing gunakan Kemboja untuk kuasai Laut China Selatan?Polis patahkan sindiket penipuan pelaburan hartanah50,096 pelajar layak dapat FlysiswaPiala Malaysia: Astro hadirkan kepuasan buat peminat di rumahEmpat CCTV di Apartmen Idaman tapi blok didiami Zayn Rayyan tiada CCTVPahang sasar satu juta terima hak milik tanah
Menu
Jualan Rahmah Beras ‘sejukkan’ hati rakyat
Jualan Rahmah membabitkan beras sejak Rabu lalu menggembirakan rakyat. Ramai lega dengan langkah kerajaan yang mengambil inisiatif tersebut.
Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai yang panik melihat rak-rak tempat letak beras tempatan kosong secara tidak langsung dapat menikmati rasa beras import dengan harga murah RM13 hingga RM14 bagi kampit lima kilogram.
Rakyat menaruh harapan program kemanusiaan itu diperluas dan diteruskan sebanyak mungkin sehingga bekalan beras tanpa mengira tempatan mahupun import kembali stabil.
Ini kerana arahan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan semua pengilang menyerahkan 20 peratus kuota padi masing-masing kepada Bernas untuk menstabilkan bekalan beras tidak menampakkan kesannya.
Kementerian kemudian mengumumkan isu beras akan selesai dalam tempoh sebulan lagi. Namun melihat kepada isu telur, ayam dan minyak peket dan kini sekali sekala berjangkit kepada gula, ramai ragu-ragu bagaimana masalah beras boleh diatasi? Ini kerana bekalan beras terjejas susulan India menghentikan eksport beras putihnya.
Lebih parah jika Vietnam dan Thailand mengikut langkah India. Negara pengeluar beras menghentikan eksport susulan kemerosotan hasil padi yang didakwa berpunca daripada perubahan iklim.
Jadi dalam tempoh sebulan, bagaimana bekalan beras boleh ditambah? Dari mana kerajaan mahu beli? Mengikut unjuran Malaysia ketika ini mempunyai stok bekalan beras 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok penimbal dan 650,000 tan bagi stok dagangan.
Bekalan tersebut dikatakan mencukupi bagi menampung keperluan bagi tempoh empat hingga lima bulan akan datang.
Masalahnya kekurangan beras bukan perkara remeh kerana jika berterusan ia boleh menimbulkan huru-hara. Ini kerana beras makanan ruji dan isu beras sebenarnya lebih buruk berbanding rakyat terputus bekalan telur, ayam mahupun minyak masak bersubsidi. Ini kerana barang makanan lain paling kurang boleh diganti.
Oleh itu, di tengah-tengah kekalutan tersebut, nasib baik kerajaan menerusi idea Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub melaksanakan Jualan Rahmah Beras di kawasan parlimen di seluruh negara. Meskipun bekas Ahli Parlimen Pulai itu sudah tiada namun inisiatif tersebut terus memayungi rakyat.
Bukti inisiatif itu berkesan apabila jualan hari pertama di negeri seperti Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka diserbu pemburu beras di negeri-negeri tersebut.
Dilaporkan semua bekalan beras untuk Jualan Rahmah licin dalam tiga jam. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memaklumkan harga diskaun membabitkan subsidi dengan peruntukan RM150 juta. Fuziah berharap Jualan Rahmah Beras sampai kepada kumpulan sasar terutama kalangan B40.
Berdasarkan sambutan tersebut, ramai mencadangkan kerajaan memperluaskan item jualan bawah payung Rahmah seperti telur, gandum dan ayam.
Jika semua berlaku seperti diharapkan Kerajaan Perpaduan boleh menyejukkan sedikit hati rakyat yang tengah ‘terbakar’ dengan lambungan kos sara hidup. Dilaporkan ketika ini lebih separuh manusia atau menyamai 3.3 bilion orang membelanjakan wang lebih banyak untuk membayar hutang berbanding untuk kesihatan, pendidikan atau perlindungan sosial.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Dunia sedang menonton, tapi tidak buat apa-apa
Mustahil OIC boleh ada pakatan tentera
Khan Younis tidak selamat, mentua Nurul Ain pindah
MN boleh dibentuk semula jika Presiden UMNO bukan Ahmad Zahid – Sanusi
UMNO bakal terkubur PRU16 – Hashim