Jika tidak boleh, rakyat tempatan kenalah isi kekosongan yang ada
Oleh Yulpisman Haji Asli
4 Julai 2026, 7:23 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Kesediaan persatuan majikan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Berdasarkan komen yang diberikan kepada laporan yang disiarkan akhbar ini, rata-rata mempertikaikan `tawaran’ tersebut dengan alasan kenapa pendatang hendak dibantu sedangkan masih ramai rakyat tempatan tidak bekerja.
Dalam laporan itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman dilaporkan berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan membenarkan pelarian yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bekerja secara formal, khususnya dalam sektor yang berdepan kekurangan tenaga kerja.
Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja dapat mengoptimumkan sumber tenaga kerja sedia ada di dalam negara, malah mengurangkan kebergantungan kepada pengambilan pekerja asing baharu yang melibatkan kos tinggi serta proses yang panjang.
Bukan hendak menyokong 100 peratus, tetapi apa yang dikatakan oleh Presiden MEF itu ada benarnya. Menurut laporan media dua tahun lalu, lebih dua juta pekerja asing bekerja dalam sektor 3D di dalam negara. Berdasarkan laporan itu, jelas peluang besar pekerjaan dalam sektor berkenaan dan negara memerlukan ramai pekerja asing untuk mengisi perjawatan yang tidak mampu diisi oleh rakyat tempatan.
Jika tidak diisi, syarikat mungkin tutup operasi dan negara akan kekurangan hasil daripada cukai dan lain-lain. Mahu tidak mahu, pekerja asing akan terus dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang ada.
Selain itu, pihak majikan dilaporkan turut berdepan pelbagai tekanan dikenakan negara sumber. Jika majikan enggan, tiada pekerja akan dihantar. Satu lagi, pengambilan tenaga asing yang tinggi turut meningkatkan aliran keluar wang negara. Aliran keluar wang negara yang tinggi tidak baik untuk ekonomi negara.
Maka bagi mengatasi pelbagai masalah berkaitan tenaga kerja asing terutama dalam sektor 3D, timbullah cadangan supaya ribuan pelarian Rohingya yang sudah berpuluh tahun berada di negara ini, dibenarkan bekerja secara sah. Langkah itu diyakini bukan sahaja membolehkan kerajaan mengawasi pelarian berkenaan, malah secara tidak langsung mengurangkan pelbagai implikasi lain membabitkan mereka. Ini termasuk aspek sosial yang kebelakangan ini menjadi perhatian dan kebimbangan banyak pihak hingga mendesak mereka segera dihantar pulang atau dihantar ke negara ketiga.
Untuk jangka panjang, penglibatan secara sah pelarian Rohingya dalam sektor pekerjaan, boleh memberi penjimatan kepada negara dalam menanggung kos hidup mereka. Ini kerana, kita pun masih tidak tahu bila mereka boleh dihantar pulang. Ia juga diyakini boleh mengurangkan penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah disebabkan ketiadaan pekerjaan. Selain itu, aliran keluar wang negara juga boleh dikurangkan.
Bagi yang tidak bersetuju, adakah anda bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor 3D ini? Bersediakah anda membenarkan anak-anak anda, anak saudara anda bekerja dalam sektor berkenaan? Ketika ini, kerja-kerja seperti mengutip sampah di taman-taman perumahan khususnya, memotong rumput, membersihkan jalan-jalan, mengindahkan landskap di tepi-tepi jalan dan taman-taman, hampir kesemuanya dilakukan oleh pekerja asing dari pelbagai negara. Rumput sekeliling rumah pun kita upah pekerja asing potong dan bersihkan. Jadi, kenapa tidak kita manfaatkan dan berikan kerja-kerja itu kepada pelarian Rohingya, jika kita sendiri pun tidak mampu dan tidak mahu bekerja di sektor berkenaan!.
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved