SERING kali dalam banyak keadaan apabila berlaku kemelut politik atau isu berkaitan dengannya, ‘rakyat’ akan menjadi antara perkataan yang paling mudah dilaungkan. Rakyat kononnya perlu bersuara, bangkit dan berada di belakang perjuangan dibawa.
Isunya, sejauh mana benar rakyat mahu terheret dalam setiap kemelut yang berlaku? Pihak yang mencari makan melalui politik sering cuba membawa rakyat masuk ke dalam kancah pertelingkahan dengan pelbagai gesaan dan seruan seolah-olah merekalah selama ini paling memahami dan membela kepentingan rakyat.
Seringkali juga, setiap tindakan yang mempunyai kepentingan politik cuba digambarkan seolah-olah ia adalah suara keseluruhan rakyat. Sedangkan sebenarnya rakyat mempunyai kehidupan sendiri yang jauh lebih penting.
Rakyat sedang bekerja keras untuk menyara keluarga yang dibina. Ada yang keluar dari rumah malah sebelum waktu subuh dan menempuh perjalanan berjam-jam di atas jalan raya semata-mata untuk sampai ke tempat kerja.
Ada yang pada ketika ini sedang menghitung wang yang ada di tangan, mungkin hanya tinggal RM50, sambil memikirkan bagaimana mahu meneruskan kehidupan sehingga menerima gaji seterusnya.
Masih ramai juga yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Setiap hari resume dihantar ke sana sini dengan harapan dipanggil menghadiri temu duga. Kelayakan mungkin sudah memenuhi syarat tetapi pekerjaan yang setimpal masih belum kunjung tiba.
Ada pula yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki. Ketika sedang bertungkus-lumus membina kehidupan, tiba-tiba diuji dengan masalah kesihatan seperti diserang angin ahmar. Punca pendapatan terputus, perbelanjaan bertambah dan emosi turut terganggu.
Dalam keadaan sebegitu, adakah kita benar-benar mahu menganggap mereka mempunyai masa yang banyak untuk mengambil tahu setiap kemelut politik, apatah lagi terheret sama ke dalam konflik yang dicetuskan kelompok tertentu?
Bukanlah bermakna rakyat tidak mahu ambil peduli, mereka membaca, mengetahui, menilai dan menentukan siapa yang mereka percaya tetapi lebih memilih kehidupan tenang tanpa dipaksa menjadi sebahagian daripada apa-apa pertelingkahan.
Rakyat tidak seharusnya menjadi alat mana-mana pihak. Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini, rakyat telah menjalankan tanggungjawab menerusi pilihan raya.
Mereka telah memberikan mandat supaya kerajaan dapat dibentuk seterusnya menjalankan fungsi memastikan pentadbiran berjalan, ekonomi dalam keadaan baik, peluang pekerjaan tersedia dan segala manfaat akhirnya kembali dinikmati rakyat.
Rakyat telah terbeban dengan pelbagai perkara, apa yang diminta adalah supaya beban itu tidak ditambah dengan pertelingkahan yang seolah tidak berkesudahan.
Jangan ‘tunggang’ nama rakyat berkali-kali.
Sekiranya benar-benar mahu membela rakyat, buktikan melalui kerja, dasar dan hasil yang boleh dirasai.
Rakyat lebih menerima mereka yang bekerja dan menjalankan amanah diberi dalam senyap bagi memastikan kehidupan rakyat lebih baik berbanding pihak yang paling lantang tetapi hasilnya tiada.
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia. – UTUSAN
Jangan ‘tunggang’ guna nama rakyat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved