BAGI pengundi baharu yang akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi pastinya sedang mencongak untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan mereka.
Terdapat 30 peratus penambahan pengundi baharu di negeri itu iaitu 749,731 orang sekali gus menjadikan jumlah pemilih keseluruhan kepada 2.5 juta orang.
Kesemua mereka akan menjadi penentu kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan selepas rakyat negeri Johor menyaksikan tiga Menteri Besar bersilih ganti dalam tempoh tidak sampai sepenggal sejak PRN terakhir diadakan 2018 lalu.
Semuanya gara-gara parti yang menang kerusi dalam PRN lalu tidak mendapat majoriti selesa dan berlaku pula keadaan wakil rakyat melompat parti. Dengan kelebihan dua kerusi dan yang terakhir satu kerusi, itupun selepas berlaku kerajaan campuran, ia hanya meletakkan politik Johor berada dalam ketidaktentuan. Bila-bila masa sahaja kerajaan negeri boleh runtuh.
Yang dikhuatiri, ketidakstabilan itu turut menjejaskan ekonomi negeri dan pelabur asing lari ke negara lain.
Perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk pembubaran DUN Sabtu lalu, membuka jalan diadakan PRN Johor buat kali ke-15 dan memberi peluang kepada rakyat negeri itu menentukan hala tuju baharu kerajaan negeri.
Persoalannya siapa pilihan pengundi baharu? Bagaimana pula dengan cita rasa mereka yang berusia 18 tahun tetapi masih berada di sekolah?
Mungkin sudah ada pengundi baharu yang bertekad memilih parti pilihan mereka, sebahagian pula mahu melihat dahulu manifesto parti yang bertanding dan sesetengah generasi muda pula mendapatkan maklumat di hujung jari mengenai calon dan parti yang terbaik untuk mereka.
Parti-parti politik juga sedang sibuk merangka manifesto untuk PRN nanti, yang akan menjadi ikrar mereka untuk melaksanakan pelbagai program demi kemajuan negeri dan kebajikan rakyat.
Segalanya dilihat molek.
Dalam memilih wakil rakyat terbaik, manifesto parti sahaja tidak cukup dan maklumat di hujung jari pun boleh memperdaya pengundi. Manifesto kadangkala dibuat hanya untuk menang.
Jika maklumat di hujung jari menjadi rujukan, mungkin juga pengundi akan menerima khidmat pun di hujung jari sahaja daripada wakil rakyat yang dipilih.
Sebab itulah banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memilih pemimpin. Malah undi juga tidak boleh dilakukan secara individu bagi kawasan tertentu sahaja.
Ia perlu dilakukan secara blok agar pembentukan kerajaan campuran melibatkan beberapa parti tidak berulang lagi. Jika tidak Johor akan melalui keadaan yang sama seperti sekarang.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan terpedaya dengan manifesto pilihan raya
BAGI pengundi baharu yang akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi pastinya sedang mencongak untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan mereka.
Terdapat 30 peratus penambahan pengundi baharu di negeri itu iaitu 749,731 orang sekali gus menjadikan jumlah pemilih keseluruhan kepada 2.5 juta orang.
Kesemua mereka akan menjadi penentu kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan selepas rakyat negeri Johor menyaksikan tiga Menteri Besar bersilih ganti dalam tempoh tidak sampai sepenggal sejak PRN terakhir diadakan 2018 lalu.
Semuanya gara-gara parti yang menang kerusi dalam PRN lalu tidak mendapat majoriti selesa dan berlaku pula keadaan wakil rakyat melompat parti. Dengan kelebihan dua kerusi dan yang terakhir satu kerusi, itupun selepas berlaku kerajaan campuran, ia hanya meletakkan politik Johor berada dalam ketidaktentuan. Bila-bila masa sahaja kerajaan negeri boleh runtuh.
Yang dikhuatiri, ketidakstabilan itu turut menjejaskan ekonomi negeri dan pelabur asing lari ke negara lain.
Perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk pembubaran DUN Sabtu lalu, membuka jalan diadakan PRN Johor buat kali ke-15 dan memberi peluang kepada rakyat negeri itu menentukan hala tuju baharu kerajaan negeri.
Persoalannya siapa pilihan pengundi baharu? Bagaimana pula dengan cita rasa mereka yang berusia 18 tahun tetapi masih berada di sekolah?
Mungkin sudah ada pengundi baharu yang bertekad memilih parti pilihan mereka, sebahagian pula mahu melihat dahulu manifesto parti yang bertanding dan sesetengah generasi muda pula mendapatkan maklumat di hujung jari mengenai calon dan parti yang terbaik untuk mereka.
Parti-parti politik juga sedang sibuk merangka manifesto untuk PRN nanti, yang akan menjadi ikrar mereka untuk melaksanakan pelbagai program demi kemajuan negeri dan kebajikan rakyat.
Segalanya dilihat molek.
Dalam memilih wakil rakyat terbaik, manifesto parti sahaja tidak cukup dan maklumat di hujung jari pun boleh memperdaya pengundi. Manifesto kadangkala dibuat hanya untuk menang.
Jika maklumat di hujung jari menjadi rujukan, mungkin juga pengundi akan menerima khidmat pun di hujung jari sahaja daripada wakil rakyat yang dipilih.
Sebab itulah banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memilih pemimpin. Malah undi juga tidak boleh dilakukan secara individu bagi kawasan tertentu sahaja.
Ia perlu dilakukan secara blok agar pembentukan kerajaan campuran melibatkan beberapa parti tidak berulang lagi. Jika tidak Johor akan melalui keadaan yang sama seperti sekarang.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved