BELUM terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada Ustaz Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu lalu.
Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti 5,006 undi apabila mendapat 11,065 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Muhaimin 6,059 dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS yang meraih 1,106 undi.
Namun, kemenangan itu memang sudah dijangka kerana DUN berkenaan merupakan kubu kuat BN sejak dahulu, malah pertambahan majoriti juga tidak mengejutkan kerana seluruh jentera PH turut membantu berkempen untuk calon BN atas nama kerjasama parti kerajaan perpaduan.
Justeru, kemenangan itu tidak perlu diraikan secara berlebih-lebihan. Dakwaan menyatakan kerjasama BN-PH sudah diterima rakyat termasuk pengundi muda juga tidak wajar dibesar-besarkan walaupun ia mungkin benar. Yang lebih penting ialah apa lagi usaha perlu dilakukan supaya kerjasama itu terus diterima rakyat.
Bagaimanapun, kemenangan itu wajar menjadi penyuntik semangat untuk BN terutama UMNO bekerja lebih kuat selepas ini untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Ini merupakan kemenangan PRK yang keempat BN sejak 2023. Sebelum ini, BN menang di DUN Mahkota, Nenggiri dan Pelangai tetapi tewas dalam PRK Parlimen Kemaman.
Perlu diingat, walaupun tewas, undi PN tidak banyak merosot. Analisis menunjukkan mereka yang mengundi PN pada PRU lalu, masih mengundi parti yang sama Sabtu lalu. Ini patut menjadi peringatan kepada BN. Tidak boleh selesa.
Cabaran sebenar ialah mengekalkan kerusi itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang yang hanya tinggal kira-kira dua atau tiga tahun sahaja lagi. Tahniah kepada Ustaz Yusri kerana terus turun padang sehari selepas menang. Ini sikap yang pengundi mahukan.
Pengundi hari ini bukan seperti 20 tahun lalu. Sekarang ini, tiada kawasan yang boleh dianggap sebagai selamat bagi mana-mana parti. Hari ini, panglima perang tersohor pun boleh tersungkur jika mengambil mudah isu tempatan dan tidak peka sentimen semasa. Pengundi kini khususnya orang muda boleh berubah dalam sekelip mata.
Sebagai contoh, dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 2016, BN menang selesa dengan majoriti 9,191 undi tetapi hanya tinggal majoriti 731 undi dalam PRU14 pada Mei 2018 dan tewas dengan majoriti lebih 3,500 undi kepada PN pada PRU15 pada November 2022.
Majoriti besar dalam pilihan raya khususnya PRK bukan jaminan kemenangan dalam pilihan raya akan datang. Faktor calon memainkan peranan penting. Ustaz Yusri selaku Setiausaha UMNO Bahagian yang dikenali ramai memudahkan kerja jentera parti. BN dan semua parti lain perlu menyediakan calon dengan kriteria tersebut dalam mana-mana pilihan raya selepas ini.
Kepada Ustaz Yusri, gerak kerja berkesan perlu dirancang dan dilaksanakan segera. Yang penting, jangan pernah rasa penat untuk melayan orang kampung dan pengundi walaupun isu yang dibangkit mungkin kecil. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan pernah rasa penat layan orang kampung
BELUM terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada Ustaz Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu lalu.
Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti 5,006 undi apabila mendapat 11,065 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Muhaimin 6,059 dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS yang meraih 1,106 undi.
Namun, kemenangan itu memang sudah dijangka kerana DUN berkenaan merupakan kubu kuat BN sejak dahulu, malah pertambahan majoriti juga tidak mengejutkan kerana seluruh jentera PH turut membantu berkempen untuk calon BN atas nama kerjasama parti kerajaan perpaduan.
Justeru, kemenangan itu tidak perlu diraikan secara berlebih-lebihan. Dakwaan menyatakan kerjasama BN-PH sudah diterima rakyat termasuk pengundi muda juga tidak wajar dibesar-besarkan walaupun ia mungkin benar. Yang lebih penting ialah apa lagi usaha perlu dilakukan supaya kerjasama itu terus diterima rakyat.
Bagaimanapun, kemenangan itu wajar menjadi penyuntik semangat untuk BN terutama UMNO bekerja lebih kuat selepas ini untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Ini merupakan kemenangan PRK yang keempat BN sejak 2023. Sebelum ini, BN menang di DUN Mahkota, Nenggiri dan Pelangai tetapi tewas dalam PRK Parlimen Kemaman.
Perlu diingat, walaupun tewas, undi PN tidak banyak merosot. Analisis menunjukkan mereka yang mengundi PN pada PRU lalu, masih mengundi parti yang sama Sabtu lalu. Ini patut menjadi peringatan kepada BN. Tidak boleh selesa.
Cabaran sebenar ialah mengekalkan kerusi itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang yang hanya tinggal kira-kira dua atau tiga tahun sahaja lagi. Tahniah kepada Ustaz Yusri kerana terus turun padang sehari selepas menang. Ini sikap yang pengundi mahukan.
Pengundi hari ini bukan seperti 20 tahun lalu. Sekarang ini, tiada kawasan yang boleh dianggap sebagai selamat bagi mana-mana parti. Hari ini, panglima perang tersohor pun boleh tersungkur jika mengambil mudah isu tempatan dan tidak peka sentimen semasa. Pengundi kini khususnya orang muda boleh berubah dalam sekelip mata.
Sebagai contoh, dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 2016, BN menang selesa dengan majoriti 9,191 undi tetapi hanya tinggal majoriti 731 undi dalam PRU14 pada Mei 2018 dan tewas dengan majoriti lebih 3,500 undi kepada PN pada PRU15 pada November 2022.
Majoriti besar dalam pilihan raya khususnya PRK bukan jaminan kemenangan dalam pilihan raya akan datang. Faktor calon memainkan peranan penting. Ustaz Yusri selaku Setiausaha UMNO Bahagian yang dikenali ramai memudahkan kerja jentera parti. BN dan semua parti lain perlu menyediakan calon dengan kriteria tersebut dalam mana-mana pilihan raya selepas ini.
Kepada Ustaz Yusri, gerak kerja berkesan perlu dirancang dan dilaksanakan segera. Yang penting, jangan pernah rasa penat untuk melayan orang kampung dan pengundi walaupun isu yang dibangkit mungkin kecil. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka. – UTUSAN
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved