Keputusan lima negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu menunjukkan sikap pemimpin yang mementingkan diri sendiri.
Lima negeri yang sah tidak membubarkan DUN adalah Kedah, Kelantan, Terengganu di bawah Pas manakala Selangor dan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH). Sementara Pulau Pinang dan Perak masih belum buat keputusan.
Dalam keadaan politik yang tidak stabil sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, pelabur asing memang bimbang untuk masuk melabur di Malaysia. Tidak pernah berlaku, sejak PRU14 pada 2018, suasana politik Malaysia bercelaru yang menyaksikan tiga kali bertukar Perdana Menteri.
Ia bermula dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020; Tan Sri Muhyiddin Yasin (1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (21 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2023).
Situasi ekonomi negara juga kurang memberangsangkan. Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) menjangkakan dunia berhadapan ‘ribut ekonomi’ tahun hadapan. Semua ini perlukan kepada pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Ini supaya dapat memacu pemulihan ekonomi negara bagi mengharungi ketidaktentuan yang dijangka melanda dunia.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kos mengurus perbelanjaan PRU15 yang melibatkan Parlimen dan DUN adalah kira-kira RM1 juta. Berkeras enggan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen melibatkan kos tambahan. Jumlahnya bukan kecil. Ia menelan belanja kira-kira RM300 juta.
Selain membebankan kewangan negara, ia turut membazirkan masa rakyat dan proses pentadbiran negara. Sebabnya, parti-parti politik akan terus berkempen bagaikan tiada noktah. Sedangkan perkara yang lebih utama ialah meneruskan agenda pembangunan negara, tadbir urus yang baik dan menghentikan politiking.
Semua ini akan mengundang rasa marah rakyat. Sudahlah ramai yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 dan baru mula mahu bernafas selepas lebih dua tahun ekonomi dan pendapatan terjejas.
Kempen politik yang berterusan juga menyebabkan rakyat jadi muak dan bosan. Sebabnya, tidak habis-habis kena menghadapi pilihan raya. Baru selesai PRU kini nak mengundi lagi untuk DUN.
Apabila banyak sangat kempen, sudah tentu masa ahli politik akan dibuang untuk ke sana ke mari. Jadi bila masanya, mereka mahu berkhidmat kepada rakyat walhal mereka sudah dipilih sebagai wakil rakyat dalam PRU15.
Orang politik suka mendakwa, segala keputusan yang mereka lakukan adalah demi rakyat dan mengembalikan mandat kepada rakyat. Namun, dalam keputusan membubarkan DUN ini nampaknya mereka lebih utamakan diri sendiri daripada rakyat jelata.
Berapa lama lagi rakyat perlu menanggung sengsara dengan kerajaan memerintah yang rapuh. Negara jiran, Indonesia semakin jauh meninggalkan kita daripada aspek ekonomi kerana kestabilan politiknya sekarang.
Negara itu turut menjadi pilihan pelabur Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai RM93.5 bilion merangkumi pelaburan dalam tenaga dan sektor lain, baru-baru ini. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan pentingkan diri sendiri
Lima negeri yang sah tidak membubarkan DUN adalah Kedah, Kelantan, Terengganu di bawah Pas manakala Selangor dan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH). Sementara Pulau Pinang dan Perak masih belum buat keputusan.
Dalam keadaan politik yang tidak stabil sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, pelabur asing memang bimbang untuk masuk melabur di Malaysia. Tidak pernah berlaku, sejak PRU14 pada 2018, suasana politik Malaysia bercelaru yang menyaksikan tiga kali bertukar Perdana Menteri.
Ia bermula dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020; Tan Sri Muhyiddin Yasin (1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (21 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2023).
Situasi ekonomi negara juga kurang memberangsangkan. Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) menjangkakan dunia berhadapan ‘ribut ekonomi’ tahun hadapan. Semua ini perlukan kepada pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Ini supaya dapat memacu pemulihan ekonomi negara bagi mengharungi ketidaktentuan yang dijangka melanda dunia.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kos mengurus perbelanjaan PRU15 yang melibatkan Parlimen dan DUN adalah kira-kira RM1 juta. Berkeras enggan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen melibatkan kos tambahan. Jumlahnya bukan kecil. Ia menelan belanja kira-kira RM300 juta.
Selain membebankan kewangan negara, ia turut membazirkan masa rakyat dan proses pentadbiran negara. Sebabnya, parti-parti politik akan terus berkempen bagaikan tiada noktah. Sedangkan perkara yang lebih utama ialah meneruskan agenda pembangunan negara, tadbir urus yang baik dan menghentikan politiking.
Semua ini akan mengundang rasa marah rakyat. Sudahlah ramai yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 dan baru mula mahu bernafas selepas lebih dua tahun ekonomi dan pendapatan terjejas.
Kempen politik yang berterusan juga menyebabkan rakyat jadi muak dan bosan. Sebabnya, tidak habis-habis kena menghadapi pilihan raya. Baru selesai PRU kini nak mengundi lagi untuk DUN.
Apabila banyak sangat kempen, sudah tentu masa ahli politik akan dibuang untuk ke sana ke mari. Jadi bila masanya, mereka mahu berkhidmat kepada rakyat walhal mereka sudah dipilih sebagai wakil rakyat dalam PRU15.
Orang politik suka mendakwa, segala keputusan yang mereka lakukan adalah demi rakyat dan mengembalikan mandat kepada rakyat. Namun, dalam keputusan membubarkan DUN ini nampaknya mereka lebih utamakan diri sendiri daripada rakyat jelata.
Berapa lama lagi rakyat perlu menanggung sengsara dengan kerajaan memerintah yang rapuh. Negara jiran, Indonesia semakin jauh meninggalkan kita daripada aspek ekonomi kerana kestabilan politiknya sekarang.
Negara itu turut menjadi pilihan pelabur Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai RM93.5 bilion merangkumi pelaburan dalam tenaga dan sektor lain, baru-baru ini. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved