GOLONGAN T20 adalah penyumbang terbesar selaku pembayar cukai dengan jumlah kutipan RM33.68 bilion atau 85 peratus daripada kategori berkenaan pada tahun lalu.
Mereka tidak culas walaupun telah kehilangan keistimewaan seperti subsidi tunai haji, biasiswa atau pinjaman pelajaran anak-anak yang dikurangkan dan terbaharu tarif elektrik juga mahu disenaraikan.
Ketika Samuel Morse menemukan teknologi komunikasi telegraf pada kurun ke-17, dia tidak pula menetapkan bayaran yang berbeza-beza mengikut kategori pendapatan penduduk Eropah ketika itu kerana tujuan membangunkan teknologi tersebut untuk faedah manusia sejagat.
Pengayaan teknologi sepatutnya untuk faedah rakyat keseluruhannya dan bukannya dibezakan mengikut kumpulan tertentu sehingga mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan warganegara yang merasakan diperlakukan seperti pendatang asing di negara sendiri.
Pada masa yang sama golongan B40 tidak termasuk sebagai pembayar cukai, hanya kerana ketetapan kerajaan mereka yang berpendapatan di bawah RM4,850 sebulan ‘dilepaskan’, sedangkan ramai tidak menyedari ada yang tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar.
Ramai mendakwa ahli B40 sedangkan mereka menjalankan perniagaan sendiri yang tidak didaftarkan. Atas alasan tidak memiliki penyata pendapatan, mereka layak mendapat pelbagai keistimewaan walaupun hakikatnya kehidupan golongan itu tidaklah seteruk disangkakan.
Di sini timbul persepsi adakah bancian terhadap rakyat Malaysia menggambarkan senario sebenar pendapatan isi rumah?
Tafsiran golongan T20 mengikut terjemahan segelintir menteri ialah hartawan yang memiliki rumah besar, berharta dan simpanan tunai yang tidak pernah kering walaupun hakikatnya orang kaya juga berhutang. Golongan ini adalah ahli perniagaan yang berjaya atau berjawatan besar.
Namun, bagi golongan T20 yang makan gaji, sempadan pendapatan mereka dibezakan dengan beberapa ringgit, puluhan atau ratusan ringgit sahaja daripada kelompok M40. Pada masa yang sama mereka terpaksa membayar kos sara hidup yang semakin tinggi.
Jika pendapatan isi rumah bagi sebuah keluarga ialah RM10,900 sebulan, adakah mereka layak diletakkan dalam kumpulan T20 jika menanggung tujuh atau lapan orang anak.
Pada masa sama mereka juga menyara ibu bapa, belum lagi hutang rumah, kenderaan dan kos sara hidup tidak termasuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jika ditolak semua kos dengan mengambil kira potongan cukai pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agak-agak berapakah baki yang tinggal dalam kocek?
Itu belum lagi mengambil kira mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya di Lembah Klang. Sebenarnya mereka ini sudah pun tergolong dalam kelompok M40 atau B40.
Dalam mengatasi isu ini, kerajaan perlu melihat rakyat T20 juga adalah warganegara yang mempunyai hak-hak dalam kitaran ekonomi yang tidak menentu. Mereka adalah pembayar cukai yang sewajarnya menerima balasan setimpal, sama seperti kumpulan B40 dan M40.
Janganlah ditarik semuanya sehingga tiada satu pun yang tinggal. Sebaliknya mereka wajar mendapat potongan tertentu dan pada masa yang sama semakan semula data pendapatan isi rumah perlu dikemas kini agar keadilan itu dapat dilaksanakan. – UTUSAN
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan lupa golongan T20 juga warganegara
GOLONGAN T20 adalah penyumbang terbesar selaku pembayar cukai dengan jumlah kutipan RM33.68 bilion atau 85 peratus daripada kategori berkenaan pada tahun lalu.
Mereka tidak culas walaupun telah kehilangan keistimewaan seperti subsidi tunai haji, biasiswa atau pinjaman pelajaran anak-anak yang dikurangkan dan terbaharu tarif elektrik juga mahu disenaraikan.
Ketika Samuel Morse menemukan teknologi komunikasi telegraf pada kurun ke-17, dia tidak pula menetapkan bayaran yang berbeza-beza mengikut kategori pendapatan penduduk Eropah ketika itu kerana tujuan membangunkan teknologi tersebut untuk faedah manusia sejagat.
Pengayaan teknologi sepatutnya untuk faedah rakyat keseluruhannya dan bukannya dibezakan mengikut kumpulan tertentu sehingga mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan warganegara yang merasakan diperlakukan seperti pendatang asing di negara sendiri.
Pada masa yang sama golongan B40 tidak termasuk sebagai pembayar cukai, hanya kerana ketetapan kerajaan mereka yang berpendapatan di bawah RM4,850 sebulan ‘dilepaskan’, sedangkan ramai tidak menyedari ada yang tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar.
Ramai mendakwa ahli B40 sedangkan mereka menjalankan perniagaan sendiri yang tidak didaftarkan. Atas alasan tidak memiliki penyata pendapatan, mereka layak mendapat pelbagai keistimewaan walaupun hakikatnya kehidupan golongan itu tidaklah seteruk disangkakan.
Di sini timbul persepsi adakah bancian terhadap rakyat Malaysia menggambarkan senario sebenar pendapatan isi rumah?
Tafsiran golongan T20 mengikut terjemahan segelintir menteri ialah hartawan yang memiliki rumah besar, berharta dan simpanan tunai yang tidak pernah kering walaupun hakikatnya orang kaya juga berhutang. Golongan ini adalah ahli perniagaan yang berjaya atau berjawatan besar.
Namun, bagi golongan T20 yang makan gaji, sempadan pendapatan mereka dibezakan dengan beberapa ringgit, puluhan atau ratusan ringgit sahaja daripada kelompok M40. Pada masa yang sama mereka terpaksa membayar kos sara hidup yang semakin tinggi.
Jika pendapatan isi rumah bagi sebuah keluarga ialah RM10,900 sebulan, adakah mereka layak diletakkan dalam kumpulan T20 jika menanggung tujuh atau lapan orang anak.
Pada masa sama mereka juga menyara ibu bapa, belum lagi hutang rumah, kenderaan dan kos sara hidup tidak termasuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jika ditolak semua kos dengan mengambil kira potongan cukai pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agak-agak berapakah baki yang tinggal dalam kocek?
Itu belum lagi mengambil kira mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya di Lembah Klang. Sebenarnya mereka ini sudah pun tergolong dalam kelompok M40 atau B40.
Dalam mengatasi isu ini, kerajaan perlu melihat rakyat T20 juga adalah warganegara yang mempunyai hak-hak dalam kitaran ekonomi yang tidak menentu. Mereka adalah pembayar cukai yang sewajarnya menerima balasan setimpal, sama seperti kumpulan B40 dan M40.
Janganlah ditarik semuanya sehingga tiada satu pun yang tinggal. Sebaliknya mereka wajar mendapat potongan tertentu dan pada masa yang sama semakan semula data pendapatan isi rumah perlu dikemas kini agar keadilan itu dapat dilaksanakan. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved