KETEGASAN kerajaan yang mengekalkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kaum Melayu, Orang Asli dan anak Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan. Hal ini juga termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
UiTM sudah membantu ramai anak bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor awam mahupun dalam sektor industri.
Penubuhannya sebagai respons terhadap kekurangan golongan profesional yang terlatih, terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia yang rata-ratanya terlibat dalam sektor pekerjaan tidak mahir pada ketika itu
Kini, UiTM masih diperlukan dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan merapatkan jurang antara kaum terutama apabila melibatkan aspek sosioekonomi.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan isu parallel pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotorasik, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.
Ia selepas MMA menolak permohonan empat pakar bedah kardiotorasik untuk disenaraikan dalam Daftar Pakar Kebangsaan, ekoran FRCS Ed yang diperoleh mereka, tidak diiktiraf.
Status kemasukan pelajar ke UiTM menjadi isu kerana dikaitkan dengan parallel pathway ini yang mengheret universiti itu dalam kancah pertikaian.
Sebabnya, UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.
Pembedahan kardiotoraks secara umumnya merujuk kepada pembedahan untuk jantung, paru-paru, esofagus dan organ-organ berkaitan lain yang berada di dalam dada.
Negara pula memang kekurangan pakar tersebut kerana Kementerian Kesihatan kini hanya mempunyai 17 pakar pembedahan kardiotorasik yang masih berkhidmat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Dewan Rakyat semalam.
Katanya, terdapat seramai 23 pelatih yang merangkumi 16 latihan kepakaran laluan Parallel dan tujuh Program Sarjana Perubatan UiTM yang sedang mengikuti latihan kepakaran pembedahan kardiotorasik.
Serentak itu, isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks yang dihadapi negara ketika ini dijangka mampu diselesaikan sedikit masa lagi apabila Universiti Malaya (UM) bakal menawarkan kursus pembedahan kardiotoraks selepas adakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari mengenai masalah dihadapi dan ingin menyelesaikan isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks dengan kadar segera.
“Kita jangkakan pada Oktober nanti, kursus berkaitan kardiotoraks ini dapat diselesaikan. Maknanya (akan) ada laluan-laluan lain selain UiTM, ada juga di universiti-universiti lain yang akan menawarkan.” jelasnya
Dalam masa yang sama, kita menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti jurusan perubatan di 10 lagi universiti awam selain UiTM yang menawarkan kursus perubatan bagi menampung keperluan doktor dalam negara.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan kacau lagi UiTM
KETEGASAN kerajaan yang mengekalkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kaum Melayu, Orang Asli dan anak Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan. Hal ini juga termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
UiTM sudah membantu ramai anak bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor awam mahupun dalam sektor industri.
Penubuhannya sebagai respons terhadap kekurangan golongan profesional yang terlatih, terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia yang rata-ratanya terlibat dalam sektor pekerjaan tidak mahir pada ketika itu
Kini, UiTM masih diperlukan dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan merapatkan jurang antara kaum terutama apabila melibatkan aspek sosioekonomi.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan isu parallel pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotorasik, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.
Ia selepas MMA menolak permohonan empat pakar bedah kardiotorasik untuk disenaraikan dalam Daftar Pakar Kebangsaan, ekoran FRCS Ed yang diperoleh mereka, tidak diiktiraf.
Status kemasukan pelajar ke UiTM menjadi isu kerana dikaitkan dengan parallel pathway ini yang mengheret universiti itu dalam kancah pertikaian.
Sebabnya, UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.
Pembedahan kardiotoraks secara umumnya merujuk kepada pembedahan untuk jantung, paru-paru, esofagus dan organ-organ berkaitan lain yang berada di dalam dada.
Negara pula memang kekurangan pakar tersebut kerana Kementerian Kesihatan kini hanya mempunyai 17 pakar pembedahan kardiotorasik yang masih berkhidmat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Dewan Rakyat semalam.
Katanya, terdapat seramai 23 pelatih yang merangkumi 16 latihan kepakaran laluan Parallel dan tujuh Program Sarjana Perubatan UiTM yang sedang mengikuti latihan kepakaran pembedahan kardiotorasik.
Serentak itu, isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks yang dihadapi negara ketika ini dijangka mampu diselesaikan sedikit masa lagi apabila Universiti Malaya (UM) bakal menawarkan kursus pembedahan kardiotoraks selepas adakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari mengenai masalah dihadapi dan ingin menyelesaikan isu kekurangan pakar bedah kardiotoraks dengan kadar segera.
“Kita jangkakan pada Oktober nanti, kursus berkaitan kardiotoraks ini dapat diselesaikan. Maknanya (akan) ada laluan-laluan lain selain UiTM, ada juga di universiti-universiti lain yang akan menawarkan.” jelasnya
Dalam masa yang sama, kita menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti jurusan perubatan di 10 lagi universiti awam selain UiTM yang menawarkan kursus perubatan bagi menampung keperluan doktor dalam negara.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved