Isu doktor di hospital kerajaan menarik perhatian rakyat kalangan berpendapatan rendah dan pertengahan. Ini kerana kumpulan tersebut sangat bergantung harap kepada bantuan doktor-doktor berkenaan jika mereka ditimpa musibah kesihatan.
Kumpulan sederhana dan ke bawah tidak mampu ‘bertandang’ ke hospital swasta yang meletakkan harga rundingan belum lagi ubat-ubatan mencapai ratusan ringgit sekali jumpa.
Apatah lagi untuk membeli kad perubatan terlalu banyak perlu diambil kira antaranya terpaksa mengutamakan hal-hal mengisi perut seharian isi rumah.
Kehidupan rakyat biasa tidak memberi ruang buat mereka memikirkan masa hadapan kerana masa sedang dilalui setiap hari sentiasa sesak, ibarat skrit tidak cukup kain, tarik sana sini terlondeh, tarik sini sana pula terserlah.
Justeru, kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sidang Dewan Rakyat Rabu lalu berhubung masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan menarik minat golongan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut usaha bakal dilakukan menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia.
Menerusi sesi tersebut, Khairy seolah-olah mengetahui isu masa menunggu pesakit sama ada untuk mendapat rawatan kecemasan mahupun berjumpa doktor pakar yang terlalu lama di seluruh hospital kerajaan.
Mereka yang ada pengalaman berurusan di hospital kerajaan tentu tahu bagaimana ‘sengsaranya’ untuk mendapat rawatan, apatah lagi jika pesakit berkenaan dirujukkan kepada doktor pakar.
Temu janji pertama hingga ketiga, belum tentu mencapai solusinya, jadi mahu tidak mahu sesi temu janji sahaja sudah ‘membuang’ masa kerana setiap slot lazimnya turut memakan masa yang biasanya sehingga berbulan bergantung kepada faktor pesakit dan juga kelapangan pakar.
Masalah daripada janji temu itu tentu membuat pesakit tertekan kerana sistem kesihatan yang dilalui tidak memberi keyakinan buat mereka untuk sembuh.
Yang pasti, mungkin penyakit yang mulanya masih berpeluang untuk sembuh jika mendapat rawatan segera tetapi menjadi serius kerana menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar.
Situasi begini menganiaya pesakit kerana akhirnya mereka ini mungkin meninggal dunia begitu sahaja kerana menunggu rawatan yang terlalu lama.
Jadi, rakyat kini menagih harapan kepada Khairy agar segera melakukan tranformasi secara keseluruhan dalam sistem kesihatan negara.
Hospital kerajaan tidak harus ‘diperlekehkan’ golongan mewah sebaliknya institusi kerajaan tersebut perlu dilihat sentiasa ‘istimewa’ buat rakyat secara keseluruhan.
Stigma hospital kerajaan hanya buat rakyat marhaen selain ada yang enggan mendapatkan rawatan kerana ‘kelembapan’ perkhidmatannya harus segera diubah demi kesejahteraan rakyat.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Jangan biar pesakit tunggu lama untuk dirawat
Isu doktor di hospital kerajaan menarik perhatian rakyat kalangan berpendapatan rendah dan pertengahan. Ini kerana kumpulan tersebut sangat bergantung harap kepada bantuan doktor-doktor berkenaan jika mereka ditimpa musibah kesihatan.
Kumpulan sederhana dan ke bawah tidak mampu ‘bertandang’ ke hospital swasta yang meletakkan harga rundingan belum lagi ubat-ubatan mencapai ratusan ringgit sekali jumpa.
Apatah lagi untuk membeli kad perubatan terlalu banyak perlu diambil kira antaranya terpaksa mengutamakan hal-hal mengisi perut seharian isi rumah.
Kehidupan rakyat biasa tidak memberi ruang buat mereka memikirkan masa hadapan kerana masa sedang dilalui setiap hari sentiasa sesak, ibarat skrit tidak cukup kain, tarik sana sini terlondeh, tarik sini sana pula terserlah.
Justeru, kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sidang Dewan Rakyat Rabu lalu berhubung masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan menarik minat golongan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut usaha bakal dilakukan menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia.
Menerusi sesi tersebut, Khairy seolah-olah mengetahui isu masa menunggu pesakit sama ada untuk mendapat rawatan kecemasan mahupun berjumpa doktor pakar yang terlalu lama di seluruh hospital kerajaan.
Mereka yang ada pengalaman berurusan di hospital kerajaan tentu tahu bagaimana ‘sengsaranya’ untuk mendapat rawatan, apatah lagi jika pesakit berkenaan dirujukkan kepada doktor pakar.
Temu janji pertama hingga ketiga, belum tentu mencapai solusinya, jadi mahu tidak mahu sesi temu janji sahaja sudah ‘membuang’ masa kerana setiap slot lazimnya turut memakan masa yang biasanya sehingga berbulan bergantung kepada faktor pesakit dan juga kelapangan pakar.
Masalah daripada janji temu itu tentu membuat pesakit tertekan kerana sistem kesihatan yang dilalui tidak memberi keyakinan buat mereka untuk sembuh.
Yang pasti, mungkin penyakit yang mulanya masih berpeluang untuk sembuh jika mendapat rawatan segera tetapi menjadi serius kerana menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar.
Situasi begini menganiaya pesakit kerana akhirnya mereka ini mungkin meninggal dunia begitu sahaja kerana menunggu rawatan yang terlalu lama.
Jadi, rakyat kini menagih harapan kepada Khairy agar segera melakukan tranformasi secara keseluruhan dalam sistem kesihatan negara.
Hospital kerajaan tidak harus ‘diperlekehkan’ golongan mewah sebaliknya institusi kerajaan tersebut perlu dilihat sentiasa ‘istimewa’ buat rakyat secara keseluruhan.
Stigma hospital kerajaan hanya buat rakyat marhaen selain ada yang enggan mendapatkan rawatan kerana ‘kelembapan’ perkhidmatannya harus segera diubah demi kesejahteraan rakyat.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved