Satu daripada perkara yang ditunggu-tunggu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan negara ialah penggunaan perkataan-perkataan yang jarang diguna dan jarang didengar oleh kebanyakan kita.
Ini telah dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sewaktu di zaman kerajaan Barisan Nasional bermula tahun 1991 dahulu sehinggalah beliau kembali memegang jawatan itu sekarang.
Walaupun perkataan yang jarang digunakan itu ada juga disebut atau digunakan dalam majlis-majlis yang lain tetapi ia lebih ditunggu-tunggu semasa pembentangan belanjawan.
Justeru, apabila Anwar menggunakan perkataan ketimbang dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, tidak perlu rasanya dipersoalkan asal-usul perkataan itu, apatah lagi sehingga ada sanggup menelaah perbendaharaan kata bahasa Melayu sekadar untuk dijadikan isu.
Lebih teruk apabila Ahli Parlimen Hulu Terengganu menjadikan perkataan itu bahan jenaka dan sindiran politik kononnya bermaksud “kencing, tipu dan sembang”. Ada juga mendakwa perkataan itu berasal dari bahasa Indonesia atau Jawa. Kalau pun itu kata pinjaman, apa masalahnya. Sangat banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang berasal dari bahasa lain.
Namun, jawapan Anwar mengenai penggunaan perkataan ketimbang adalah satu jawapan yang ‘padu’. Katanya, “Kita menjadi pemimpin, kita tingkatkan penguasaan bahasa. Dulu tiada perkataan alaf, saya gunakan. Dulu tiada perkataan mampan dan telus saya perkenalkan. Tidak popular perkataan kesenjangan, kita popularkan. Kita didik bahasa anak-anak supaya menggunakan bahasa (Melayu)”.
Bahasa adalah alat komunikasi yang berkembang. Bahasa yang dinamik akan melalui pelbagai perubahan seiring waktu, dipengaruhi oleh faktor sosial, budaya, teknologi dan agama. Sebagai bahasa yang hidup, bahasa Melayu akan terus berkembang melalui pengenalan kepada perkataan dan istilah yang baharu termasuk yang dipinjam dari bahasa lain.
Sebab itu, kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada banyak edisi. Dalam setiap edisi, pasti ada perkataan baharu yang dimasukkan. Beberapa tahun lalu, DBP juga ada menerbitkan Kamus Dewan Perdana dan dilaporkan sebanyak 5,843 perkataan baharu dimasukkan. Itu tandanya bahasa kita berkembang.
Namun, perkembangan itu turut menyaksikan banyak perkataan-perkataan Melayu lama ditinggalkan dan perkataan yang baharu lebih banyak digunakan. Antaranya toleransi, dedikasi, infrastruktur dan banyak lagi yang kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Sebab itu, apabila ada pemimpin menggunakan perkataan Melayu lama, ia wajar dialu-aluka supaya perkataan itu kembali digunakan dan tidak hilang atau dilupakan. Ada banyak perkataan yang mungkin tidak pernah kita dengar tetapi sebenarnya ada dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Kalau Anwar menggunakan perkataan seperti abur, bancang, cacau, risi, pawana, atma, rancu dan banyak lagi, tentu lagi ramai yang tidak faham. Tidak faham tidak mengapa, boleh belajar tetapi jangan kata tidak wujud.
Ada banyak perkataan Melayu yang indah-indah tetapi oleh kerana jarang atau tidak pernah digunakan, terasa pelik apabila ada orang menggunakannya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara memperkaya penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia
Itu tandanya bahasa kita berkembang

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved