Isu kewarganegaraan antara masalah yang sensitif di Malaysia. Ini kerana Malaysia menganggap anugerah kewarganegaraan kepada seseorang individu itu ia mestilah layak selepas memenuhi semua syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, kewarganegaraan tidak akan diluluskan sewenang-wenangnya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya salah satu daripada kriteria disyaratkan tidak dipenuhi.
Betul, Malaysia perlu menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan berhati-hati selain tidak menganugerahkan status kerakyatan kepada mana-mana individu sesuka hati.
Mengikut statistik sejak 2013 sehingga 21 Februari tahun ini, KDN menerima 132,272 permohonan kewarganegaraan.
Bagaimanapun, ketika kerajaan menganggap kewarganegaraan sesuatu anugerah ‘istimewa’, apakah penyelesaian kepada individu-individu yang tidak dimiliki mana-mana negara. Terdapat kes-kes individu tidak diiktiraf sebagai warganegara bukan disebabkan individu berkenaan tetapi masalah ‘diwariskan’ ibu atau bapa ‘mangsa’ tersebut.
Beberapa contoh ialah anak-anak kepada pasangan tidak mendaftar perkahwinan. Jika pasangan tersebut iaitu lelaki melahirkan anak dengan wanita warga asing, akan amat malang buat kanak-kanak itu apabila dia tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia walaupun dilahirkan di negara ini dan berbapakan warga Malaysia.
Sebaliknya, jika wanita itu warganegara dan melahirkan anak tanpa berkahwin atau tidak mengambilkira siapa bapanya, anak itu tidak dinafikan kerakyatannya.
Malah menyedihkan apabila undang-undang turut mengkategorikan anak-anak itu sebagai tidak sah taraf. Ketahuilah anak-anak malang itu tidak boleh memilih ibu atau bapa mereka jadi isu ‘memasalahkan’ mereka dengan tidak memberi kewarganegaraan adalah tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, di manakah hak kanak-kanak berkenaan sedangkan Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada 17 Februari 1995. Konvensyen tersebut memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup, perlindungan dan perkembangan mereka.
Masalah-masalah lain membawa kepada tiada warganegaraan adalah anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya tetapi ditemui di Malaysia dan anak-anak dilahirkan di luar negara daripada perkahwinan antarabangsa.
Bagaimanapun, anak-anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing dilahirkan di luar negara kini lega apabila kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak-anak itu mendapat kerakyatan automatik.
Bermula dengan kelonggaran tersebut, masih berbaki mungkin puluhan ribu lagi anak-anak yang belum dimiliki mana-mana negara mengharap nasib mereka juga diberi perhatian oleh kerajaan Madani.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menetapkan KPI bagi beliau memutuskan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan diselesaikan menjelang akhir tahun ini. Dengan sikap terbuka KDN di bawah Saifuddin diharapkan kesengsaraan individu tanpa warganegara diberi sinar baharu untuk menjalani kehidupan harmoni di era Malaysia Madani.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Isu individu tanpa warganegara perlu diselesaikan
Isu kewarganegaraan antara masalah yang sensitif di Malaysia. Ini kerana Malaysia menganggap anugerah kewarganegaraan kepada seseorang individu itu ia mestilah layak selepas memenuhi semua syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, kewarganegaraan tidak akan diluluskan sewenang-wenangnya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya salah satu daripada kriteria disyaratkan tidak dipenuhi.
Betul, Malaysia perlu menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan berhati-hati selain tidak menganugerahkan status kerakyatan kepada mana-mana individu sesuka hati.
Mengikut statistik sejak 2013 sehingga 21 Februari tahun ini, KDN menerima 132,272 permohonan kewarganegaraan.
Bagaimanapun, ketika kerajaan menganggap kewarganegaraan sesuatu anugerah ‘istimewa’, apakah penyelesaian kepada individu-individu yang tidak dimiliki mana-mana negara. Terdapat kes-kes individu tidak diiktiraf sebagai warganegara bukan disebabkan individu berkenaan tetapi masalah ‘diwariskan’ ibu atau bapa ‘mangsa’ tersebut.
Beberapa contoh ialah anak-anak kepada pasangan tidak mendaftar perkahwinan. Jika pasangan tersebut iaitu lelaki melahirkan anak dengan wanita warga asing, akan amat malang buat kanak-kanak itu apabila dia tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia walaupun dilahirkan di negara ini dan berbapakan warga Malaysia.
Sebaliknya, jika wanita itu warganegara dan melahirkan anak tanpa berkahwin atau tidak mengambilkira siapa bapanya, anak itu tidak dinafikan kerakyatannya.
Malah menyedihkan apabila undang-undang turut mengkategorikan anak-anak itu sebagai tidak sah taraf. Ketahuilah anak-anak malang itu tidak boleh memilih ibu atau bapa mereka jadi isu ‘memasalahkan’ mereka dengan tidak memberi kewarganegaraan adalah tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, di manakah hak kanak-kanak berkenaan sedangkan Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada 17 Februari 1995. Konvensyen tersebut memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup, perlindungan dan perkembangan mereka.
Masalah-masalah lain membawa kepada tiada warganegaraan adalah anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya tetapi ditemui di Malaysia dan anak-anak dilahirkan di luar negara daripada perkahwinan antarabangsa.
Bagaimanapun, anak-anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing dilahirkan di luar negara kini lega apabila kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak-anak itu mendapat kerakyatan automatik.
Bermula dengan kelonggaran tersebut, masih berbaki mungkin puluhan ribu lagi anak-anak yang belum dimiliki mana-mana negara mengharap nasib mereka juga diberi perhatian oleh kerajaan Madani.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menetapkan KPI bagi beliau memutuskan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan diselesaikan menjelang akhir tahun ini. Dengan sikap terbuka KDN di bawah Saifuddin diharapkan kesengsaraan individu tanpa warganegara diberi sinar baharu untuk menjalani kehidupan harmoni di era Malaysia Madani.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved