Insentif sama seperti elaun pelajar wajar diperluas
Oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid
14 Jun 2023, 7:10 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Keputusan kerajaan menaikkan kadar elaun sara hidup (ESH) 43,595 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga ijazah lanjutan di dalam dan luar negara semalam sudah pasti melegakan.
Ini kerana kenaikan kos sara hidup ketika ini turut melibatkan golongan pelajar. Walaupun sedang belajar, mereka tetap hidup seperti orang yang bekerja iaitu terpaksa menanggung pelbagai kos seperti makan, peralatan pembelajaran, kediaman dan pengangkutan.
Kini segala-galanya bukan percuma. Perbelanjaan bulanan sekurang-kurangnya RM500 mungkin sudah tidak cukup lagi bagi mereka. Sebab itulah sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan pelajar untuk melakukan kerja sambilan ketika belajar.
Kenaikan 15 peratus ESH itu bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November 2022 dan RM100 bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian pasti meringankan sedikit beban mereka terutama daripada kumpulan keluarga B40.
Walaupun kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023, ia boleh disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang untuk negara.
Hampir kesemua yang dipilih menerima tajaan tersebut adalah pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan telah melalui tapisan ketat untuk menerima tajaannya.
Sebahagian besar daripada mereka bukan calang-calang pencapaiannya dan sepatutnya keupayaan mereka itu dihargai demi masa depan negara.
Inisiatif itu seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membolehkan pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.
Kadar ESH pelajar dalam negara sebelum ini adalah minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan manakala kadar bagi pelajar luar negara pula telah dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan.
Kadar kenaikan itu bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.
Kerajaan juga wajar melihat insentif yang sama untuk pelajar bukan tajaan kerana mereka juga berhadapan kos sara hidup tinggi di universiti. Ikat perut dan berkongsi belanja untuk pengangkutan dan peralatan pembelajaran bersama rakan-rakan, antara yang mereka lakukan dalam meneruskan kehidupan di kampus.
Mungkin sukar untuk kerajaan memberi ESH kepada semua pelajar tetapi insentif pengurangan yuran pengajian setiap semester mungkin boleh membantu mereka.
Sekurang-kurangnya wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima boleh diguna juga untuk keperluan lain, bukan kesemuanya habis membayar yuran. – UTUSAN
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Insentif sama seperti elaun pelajar wajar diperluas
Keputusan kerajaan menaikkan kadar elaun sara hidup (ESH) 43,595 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga ijazah lanjutan di dalam dan luar negara semalam sudah pasti melegakan.
Ini kerana kenaikan kos sara hidup ketika ini turut melibatkan golongan pelajar. Walaupun sedang belajar, mereka tetap hidup seperti orang yang bekerja iaitu terpaksa menanggung pelbagai kos seperti makan, peralatan pembelajaran, kediaman dan pengangkutan.
Kini segala-galanya bukan percuma. Perbelanjaan bulanan sekurang-kurangnya RM500 mungkin sudah tidak cukup lagi bagi mereka. Sebab itulah sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan pelajar untuk melakukan kerja sambilan ketika belajar.
Kenaikan 15 peratus ESH itu bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November 2022 dan RM100 bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian pasti meringankan sedikit beban mereka terutama daripada kumpulan keluarga B40.
Walaupun kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023, ia boleh disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang untuk negara.
Hampir kesemua yang dipilih menerima tajaan tersebut adalah pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan telah melalui tapisan ketat untuk menerima tajaannya.
Sebahagian besar daripada mereka bukan calang-calang pencapaiannya dan sepatutnya keupayaan mereka itu dihargai demi masa depan negara.
Inisiatif itu seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membolehkan pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.
Kadar ESH pelajar dalam negara sebelum ini adalah minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan manakala kadar bagi pelajar luar negara pula telah dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan.
Kadar kenaikan itu bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.
Kerajaan juga wajar melihat insentif yang sama untuk pelajar bukan tajaan kerana mereka juga berhadapan kos sara hidup tinggi di universiti. Ikat perut dan berkongsi belanja untuk pengangkutan dan peralatan pembelajaran bersama rakan-rakan, antara yang mereka lakukan dalam meneruskan kehidupan di kampus.
Mungkin sukar untuk kerajaan memberi ESH kepada semua pelajar tetapi insentif pengurangan yuran pengajian setiap semester mungkin boleh membantu mereka.
Sekurang-kurangnya wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima boleh diguna juga untuk keperluan lain, bukan kesemuanya habis membayar yuran. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved