HARI ini masuk hari raya kedua Hari Raya Korban atau Aidiladha. Walaupun Aidiladha ini tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun ia memberi makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam terutama kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Aidiladha mengajak kita untuk mengenang kembali peristiwa besar dalam sejarah umat Islam iaitu kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS selepas mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk berbuat demikian melalui mimpi.
Pengorbanan dari segi bahasa membawa maksud dekat, sementara dari segi istilah pula ia memberi makna menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS ini memberi banyak manfaat dari segi agama, sosial dan kemanusiaan. Antara manfaat utamanya ialah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Untuk meningkatkan ketakwaan ini, kita harus berkorban dan taat kepada perintah Allah SWT walaupun terpaksa mengorbankan apa saja yang kita amat sayangi.
Selain itu, lagi manfaat ialah memupuk sifat ikhlas dan pengorbanan. Sebagai umat Islam, kita harus berkongsi rezeki dan mengutamakan kepentingan orang lain melalui penyembelihan dan pengagihan daging korban. Dengan cara ini ia dapat membantu golongan memerlukan terutama golongan fakir miskin dan masyarakat setempat untuk turut menikmati makanan baik dan segar pada hari perayaan.
Aidiladha ini juga menyuruh kita untuk mengeratkan silaturahim dengan menyertai aktiviti gotong-royong semasa operasi penyembelihan binatang korban seperti lembu, kambing atau unta. Kerjasama dalam agihan tugasan melapah dan mengagihkan daging korban mampu mengkonritkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan.
Semua tindakan itu kita lakukan demi menghidupkan syiar Islam yang membawa kita kepada perpaduan ummah dan mengingatkan masyarakat tentang kepentingan ibadah serta nilai kemanusiaan. Sesungguhnya melalui ibadah korban, ia melatih kita untuk sentiasa bersyukur, menghargai nikmat rezeki dan prihatin terhadap mereka yang serba kekurangan dengan berkongsi rezeki diberikan Allah SWT.
Secara keseluruhannya, Hari Raya Korban bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga satu ibadah yang mendidik umat Islam supaya menjadi lebih taat, pemurah dan bersatu padu terutama sesama umat Islam tanpa latar belakang, asal keturunan dan parti mana.
Para pemimpin dan ahli-ahli politik yang mengucap dua kalimah syahadah, yang sering bertelagah demi kepuasan diri dan nasfu, jadikanlah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS ini sebagai iktibar untuk menyatukan semula semua orang Melayu yang berpecah.
Cukup-cukuplah berbalah. Bersatulah demi agama, bangsa dan tanah air. Apabila Melayu dan Islam itu kuat, tiada pihak luar yang berani menghina. Tembok Melayu dan Islam tidak akan runtuh jika tapaknya tidak ‘digali’ oleh orang Melayu itu sendiri hanya kerana tamak dan hasad dengki.
Imran Mohamad Nor, Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Iktibar satukan semua orang Melayu

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved