KENAKAN hukuman paling berat dan keras kepada pemandu yang menjadi punca kematian empat sekeluarga dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor kelmarin.
Hanya itu yang dapat menjadi faktor penggerun dan hukuman yang berkesan kepada pemandu kenderaan yang membawa secara melulu dan membabi-buta di atas jalan raya.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang viral, dapat kita saksikan bagaimana kedua-dua pemandu kereta BMW 530E dan Mercedes Benz A250 memang sesuka hati ‘membesit’ kenderaan mereka termasuk memotong pada garisan berkembar.
Tidak mengapa jika perbuatan mereka itu tidak membahaya dan melibatkan orang lain. Namun, perbuatan mereka itu mengakibatkan orang yang tidak berdosa hilang nyawa selain mencederakan orang lain.
Pendek kata, kalau pemandu itu mati seorang tak mengapa, ini ia turut meragut nyawa pengguna jalan raya lain yang mematuhi peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, siasatan mendapati kedua-dua kereta mewah berkenaan dipandu secara melulu dari bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam.
Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, pasangan suami isteri, Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, dan Nor Azlina Abd. Latif, 33, serta dua ahli keluarganya iaitu Semek Mat Soh, 73, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua beradik yang memandu kereta BMW dan Mercedes Benz secara melulu dan merbahaya punca empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.
Pemandu kereta BMW yang berusia 22 tahun itu turut maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, adik kepada pemandu kereta BMW yang memandu Mercedes Benz direman selama dua hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM15,000 selain hilang kelayakkan memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun jika sabit kesalahan.
Kita mahu hukuman yang keras termasuk digantung lesen seumur hidup kerana insiden itu menyebabkan kematian empat mangsa sekali gus. Tidak padan jika pesalah hanya didenda RM15,000 dan hanya digantung lesen lima tahun.
Bayangkan pula kesengsaraan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Dengarkan luahan ibu Nur Airish, Nurul Ain Mohd.Rashid.
“Dia bersalam dan mencium pipi saya beberapa kali sambil tersenyum. Dia kata ‘selamat tinggal Umi’. Itulah perbuatan dan ucapan terakhirnya sebelum pergi ke Johor dengan membawa lima helai baju saya untuk dipakai di sana,” kata Nurul Ain 38, selepas mengetahui anaknya maut dalam kemalangan tersebut.
Ingat, jalan raya adalah hak bersama. Kalau nak berlumba pergi ke litar lumba. Bukannya memandu macam orang gila terutama di jalan-jalan persekutuan dan laluan awam.
Semoga Allah merahmati keempat-empat mereka yang terkorban.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia – UTUSAN
Hukum maksimum pemandu ‘bunuh’ empat sekeluarga

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved