GAJI dan upah pekerja perlu setanding jika Malaysia mahu menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Itu persoalan perlu dijawab oleh pihak yang memandang sinis terhadap cadangan gaji minimum RM3,100 kononnya langkah itu boleh menambah kos operasi sekali gus meningkatkan harga barangan.
Sebaliknya mereka juga perlu melihat terhadap gaji pekerja yang tidak meningkat berbanding harga barangan tidak pernah murah. Harga teh tarik sudah mencecah RM5!
Malah persoalan wajar ditanya ialah berapa lama pekerja mampu menerima gaji rendah sedangkan mereka perlu membayar harga semakin tinggi untuk barangan dan perkhidmatan yang sama.
Perbahasan mengenai gaji minimum juga tidak seharusnya tertumpu kepada angka RM3,100 semata-mata.
Yang lebih penting ialah bagaimana struktur gaji negara dapat memastikan pekerja memperoleh pendapatan munasabah sementara majikan masih mampu beroperasi dan berkembang.
Kebimbangan sektor perniagaan mengenai peningkatan kos operasi sememangnya mempunyai asas. Namun, mengekalkan gaji rendah bukan penyelesaian jangka panjang.
Sebaliknya, negara perlu bergerak ke arah ekonomi yang berasaskan produktiviti dan kemahiran.
Dalam cabaran ekonomi semasa, peningkatan gaji sepatutnya dilihat sebagai sebahagian proses meningkatkan produktiviti. Pekerja kemahiran lebih tinggi sewajarnya mempunyai ruang untuk menikmati pendapatan yang lebih baik.
Pada masa sama, majikan juga memerlukan kepastian bahawa sebarang perubahan dasar gaji wajar dibuat secara terancang dan mengambil kira kemampuan.
Ini kerana matlamat akhirnya bukan sekadar menaikkan gaji minimum, tetapi membina struktur pasaran pekerjaan yang membolehkan pekerja menerima gaji munasabah dan meningkatkan pendapatan berdasarkan kemahiran dan produktiviti.
Jika tidak, negara berdepan situasi statik apabila ekonomi berkembang tetapi sebahagian pekerja masih bergelut memenuhi keperluan asas. Pertumbuhan ekonomi gagal diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah akhirnya menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana pembangunan benar-benar dinikmati rakyat.
Pada masa sama, peningkatan gaji juga boleh memberi kesan kepada kuasa beli. Pekerja pendapatan lebih tinggi mempunyai lebih banyak ruang berbelanja, membuat simpanan dan mendapatkan keperluan.
Justeru, hujah bahawa kenaikan gaji hanya menyebabkan harga barangan meningkat perlu dinilai bersama faktor lain dalam rantaian ekonomi. Harga ditentukan termasuk kos bahan mentah, sewa, tenaga, bukan semata-mata kos buruh.
Akhirnya, gaji minimum bukan sekadar angka tercatat dalam dasar kerajaan. Ia berkait secara langsung dengan maruah pekerjaan dan kuasa beli rakyat.
Jika Malaysia mahu menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, persoalannya bukan hanya berapa tinggi KDNK boleh dicapai, tetapi berapa tinggi pendapatan rakyat boleh berkembang seiring kemajuan ekonomi negara.
Juani Munir Abu Bakar ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Harga barang naik, gaji bila lagi?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved